Tuesday 31 January 2012

Puding simple..



Assalamualaikum...

Cuaca sekarang ni memang tak tentu kan? kejap panas..kejap hujan...kejap terik...kejap mendung.
kalo tengah panas tu...tekak ni mereka-reka nak makan benda yang sejuk je...kalau ikut  cara saya...buat puding koktel guna serbuk dadih segera tu..ada macam2 perisa..saya suka perisa laici..bancuhan dadih tu dimasukkan dalam bekas-bekas kecil dan simpan dlm peti ais. Bila dah beku. bole le taburkan buah-buahan koktel dalam tin sekali dengan airnya...mmmm..memang simple tapi sedap..
Sesuai juga untuk dimasukkan dalam bekas plastik kecik untuk pencuci mulut untuk kenduri-kendara...

Selamat Mencuba!

Monday 30 January 2012

Snow Almond


Assalamualaikum..
Aritu sesaja buat sekut ni...sekut yg senang dibuat dan mmg sedap...tp yg lecehnya bila bab celup-celup cekelat tu..comot jugak ler...budak2 mmg gemor le bab celup2 ni...dah siap terus masuk mulut deme..tak dan nk masuk mulut balang..hehehe
Resepi dr tenet..tp serius tak ingat dr mn..mintak maap ye..terima kasih kpd penyumbang resepi...*wink*

Bahan A
225 gm butter
100 gm gula castor
1 sdt serbuk kopi segera
1 telur kuning

Bahan B
200 gm tepung ros
50 gm nestum
70 gm tepung ubi
40 gm serbuk badam
2 sdb coffee mate( sy guna susu tepung biasa)

Coklat masakan yg diacairkan
Bread crumb putih
** Kacau semua bahan A hingga rata guna spatula dan tambah bahan B dan uli hingga jd doh.
     Ambil sedikit doh dan digelek. Potong 4 segi.
     Bakar pada 180 celcius sehingga masak. Lebih kurang 15-20 min.
     Bila dh sejuk. celup dlm coklat cair dan golekkn dalam bread crumb.


Enjoy Your Biscuit!

Saturday 28 January 2012

Puree & Kari sardin


Assalamualaikum...

hari ni sy nk share resepi puree ..yg di ajar oleh kakak sy...senang dan InshaAllah sedap...dah 2-3 kali buat  dan sgt sesuai  dengan tekak orang rumah ni...sagat sesuai digndingkan dengan sebarang kari..sy suka  makan ngan kari sardin..

Puree
1/2 kg tepung gandum
200 ml susu segar
3-4 sdb majerin
garam

Masukkan tepung dalam bekas untuk uli.tambah susu dan garam.Uli perlahan sambil tambah majerin.Uli hingga doh lembut (macam buat kulit karipap tu).
Bahagikan kepada bebola2 kecil (dapat lebih kurang 20 biji)
Simpan dalam bekas.
Bila nk makan...ambil sebiji bebola tadi dan digelek nipis .
Goreng dalam  minyak yang panas.
* Mula-mula mungkin  puree x menggelembung, bila dah 4-5 kali goreng baru dapat puree uang menggelembung cantik.
*Seeloknya kalau nk makan pagi,bole le buat malam sebelumnya dan simpan dalam peti ais. Bila nk goreng keluarkan dr peti ais dan biar lembut.

Kari sardin
1 tin sardin (kecil)
1/2  biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sdb halba campur
1 tangkai daun kari
1 peket kecil serbuk kari ikan (bancuh dengan air)
2 biji kentang (potong kecil)
santan dari 1/2 biji kelapa
Tumis bawang putih,bawang besar,halba campur dan daun kari hingga garing.
Tambahkan serbuk kari ikan.Tumis hingga garing. Kalau kering tambah air.
Tambah santan dan kentang .Masak hingga mendidih dan kentang lembut.
Tambah sardin dan perasakan dengan garam.




Friday 27 January 2012

Masak Lemak Cili Api Rebung Madu



Assalamualaikum wbt..
Memalam ni buat tayangan perdana cerekarama yg bertajuk sepert di atas...hahaha..
Ini sebenonya gambo lama yang b4 ni pernah publish di fb tp takde resepi..jadi sy masukkan semula di sini beserta resepi untuk rujukan masa depan..kot-kot anak2 saya nk buat ikut air tangan ummi deme..
sukatan agak2 saja...MasterChef dapo sendiri punya resepi...hehehe
Rebung madu ni banyak di belah2 utara..yg ni pon diberi oleh adik angkat orang Kuala Nerang..sedap dan tak berbau macam rebung biasa tu...mmg sedap di masak lemak..kalo ada udang besor lg sedap kot!


Masak Lemak Cili Api Rebung Madu
 10-12 ketul rebung madu (dihiris menegak jgn putus dan direbus sekejap)
10-12 bj cili api kampung
1 biji kelapa parut (diperah untuk 250 ml santan pekat dan  500 ml santan cair)
2 keping asam gelugor (kalo ada belimbing buluh lg best)
2 batang serai (diketuk)
sedikit udang untuk rencah

Masukkan semua bahan dalam periuk (kecuali santan pekat)
Masak hingga mendidih,tambah garam .
Tambah santan pekat dan kacau sentiasa untuk elakkan pecah minyak.
Bila dah cukup rasanya  boleh lah tutup api,.





Thursday 26 January 2012

Spageti Bolognaise

the simple version of mine!!

Assalamualaikum..
Alkisahnya spageti ni memang kegemaranku seorang...dalam rumah ni i makan sorang-sorang je ..huk..huk
Teringin makan ni masa zaman mak buyung 5-6 bulan lepas...terus beli barang..terus masak..dah masak..terus ngadap sampai tiga round...sampai sengkak perut..Astagfirullah hal Aazim...


Spageti bolognaise
1/2 peket spageti (direbus dan ditos-tambah 2 sdb minyak semasa rebus)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar -dipotong dadu
1/2 peket daging kisar
1 tin kecil puri tomato
1/2 tin cendawan butang-dihiris
1 sdb lada hitam serbuk

Panaskan sedikit minyak (kalo ada minyak zaitun lagi baguih)
Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
Masukkan daging kisar dan sedikit air dan masak hingga daging masak.
Tambah tomato puri,cendawan butang  dan tambah air lagi mengikut kesesuaian.
Tambah lada hitam,garam,sedikit gula


Doughnut

Doughnut-the all time favourite


Assalamualaikum..
Terpampangnya gambo donat kat atas tu..maka dengan rasminya entri pertama untuk blog baru...blog lama
 ada problem...so tahun baru blog baru..*wink*
Donat ni ialah makanan yang sentiasa laku  kat rumah ni...dh banyak versi yang telah dicuba..dan inilah rasaya versi yang terbaik...

Doughnut (Joy Of Baking)

160 gm tepung gandum
340 gm tepung roti
80 gm gula halus
1 sd teh garam
1 sd teh baking powder
15 gm susu tepung
10 gm yis segera
100 gm telur
200 ml air sejuk
60 gm lemak sayuran

Cara:
Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk (kecuali lemak sayuran) dan adun dengan 'hook' selama 3 minit.
Tambah lemak sayur dan adun lagi selama 10 minit sehingga doh matang.
Kemudian biarkan doh rehat selama 15 minit atau lebih.
Gelek adunan dan potong dengan donut cutter
Biarkan donut kembang selama 1 1/2-2 jam sebelum digoreng dengan api yang perlahan 

** Selepas dipotong dengan donut cuuter seeloknya diletakkan di atas talam yang dilapik dengan kain tuala..InshaAllah takkan melekat dan senang diangkat bila hendak digoreng

Selamat Mencuba