Tuesday 28 February 2012

Lemon Rosemarry Grilled Chicken


Assalamulaikum wbt..
ni resepi ayam panggang omputeh yg simple dan sedap...buatnya pon senang...tumbuk2 sikit bahan2 tu..lumurkan kt cik yam tu...paling best mesti le kt kepak...tp tak elok makan ayam kepak ayam selalu..kt situ la depa inject chemical  bagi ayam cepat besor! kalu ayam organic takpe la...


LEMON ROSEMARY GRILLED CHICKEN -Jamie Oliver

1 ekor ayam

1 biji lemon
3 ulas bawang putih -
2 sudu besar olive oil -  guna minyak biasa ja
Segenggam Rosemary Kering
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots -  guna carot biasa
1 biji capsicum - potong kasar2
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika (guna serbuk cili)
Kicap Pekat - teman boh sos lada hitam
Garam dan gula secukup rasa (gula tu dlm 1 sudu besar & garam tu agak2lah yer )

Cara menyediakannya:


1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.

2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat. (rosemary tu payah sikit nak lumat.. kasar2 pun takper )
3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam, gula, paprika dan serbuk lada hitam.
4. Ambil sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, carrots, capsicum dan tomato.
5. Lemon tadi dicucuk-cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
6. Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi setakat mana muat perut ayam tu... hehehe..
7. Cucuk/jahit lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi. Boleh guna dawai bunga yg bersih.. macam jahit guni jer jadiknya.. )
8. Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk lebihan tadi dan masukkan dalam loyang.
9. Susun kentang, tomato, bawang, capsicum dan carrots di sekeliling ayam dan bakar didalam oven dengan suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan bersama mashed potato, coleslaw atau baked bean.

Tuesday 21 February 2012

Blueberry Peach Puff

 Assalamualaikum...
kalo tengok tajuk bukan main lagi..tp wayang je tu...
ater..pakai pastri puff ready made tu...lipat sikit-sikit...kita bakor..kita bakor!

pas tu..boh je blueberry filling..susun buah peach...siapp!

Monday 20 February 2012

Simple choc chip cookies

Assalamualaikum..
hari ini saya nak share satu resepi biskut  yang selalu saya buat..tak tahu la berapa bintang nk bagi kat biskut ni..tp anak2 sy minat sangat la...kejap je dah licin balang...buatnya mudah je..
dapat resepi ni dr sorang bibik yang memang bines biskut raya...orangnya mmg tak kedekut ilmu....tak kisah berkongsi resepi..walaupun resepi dia meniaga..
biskut ni mungkin tak mabeles sangat la...tp sangat ok bagi tekak saya.
oklah kalo nk cuba tgk resepi ..enjoyzz





Saturday 18 February 2012

Tom yam lala

Assalamualaikum...
apa itu dlm kuali.?..lalalala...itu dlm kuali tomyam lala...senang dimasak sedap dimakan....lalalala

Tomyam lala
500gm lala 
3 sdb pes tomyam (dalam botol)
sedikit air
garam
gula
daun limau purut
  • Masukkan semua bahan dalam kuali
  • Masak hingga lala terbuka kulitnya.
  • Rasakan garamnya.Tutup api.

Friday 17 February 2012

Seri Muka

 Assalamualaikum...dan selamat berhujung minggu..
orang lain bole kot berehat ujung minggu tp tidak bagiku..tiap-tiap Sabtu ada je agenda rasmi yang menanti..hari Ahad je betoi2 free...
Ok lah..ni ada Kuih seri muka seloyang...sila lah jamu mata ye...kuihnya dah lebohhh..kata orang perak...hehehe..resepi dari sifu masakan tersohor Chef Hanieliza yang tersayang..


 Terima kasih kepada Chef Hanieliza kerana telah banyak berkongsi resepi2 yg sedap dan mudah...kuih seri muka ni antara kuih yg sy pernah fail dulu..tp dengan resepi ni memang mudah dan InshaAllah menjadi..sayang Kak Liza..

Dolu-dolu..masa tahun 2007..sy ni hari2 mengintai dapur Kak Liza..terngiang-ngiang lagi lagu kt FP Kak Liza tu..masa tu tenet takde lagi kat rumah..wireless free ada kat Menara condong je...so selalu le melepak kt dlm keta tumpang tenet free sambil ngintai2 resepi...ditemani cik abang dan anak2..masa tu br anak dua..hehehehe..sabonya laki aku tu!
Lepas tu baru le berani buat FP sendiri...(yg dah bersawang sekarang )..sebelum tuan tanah pindah banglo..*wink*

Seri Muka (Chef Hanieliza)
  • Lapisan Pulut
  • 2 cawan pulut (sy x rendam-elok je lembut)
  • santan cair (dituang dalam pulut hingga pulut tenggelam 1/2 inci)
  • sedikit garam
  • Kukus pulut hingga masak (20-25 min)(Saya guna loyang 9 inci )
  • Bila dah masak,tekan-tekan dengan sudu supaya pulut mampat
  • Lapisan atas
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan air pandan
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula
  • 1/4 cawan tepung kastard
  • 1 bj telur
  • garam
  • sedikit pewarna hijau
  • Kacau semua bahan hingga larut (sy blend)
  • Tuang atas pulut yg telah mampat tadi
  • Kukus lagi hingga lapisan atas masak (25-30 min)
  • Bila agak2 dh masak teruskan mengukus tanpa tudung (untuk keringkan permukaan atas)
  • nak kuih lebih wangi, semasa mengukus,letakkan daun pandan yg telah dicarik di tepi loyang (dalam pengukus)
  • Biasanya loyang dibalut dengan kain untuk elak air menitik, selain dr itu ,penutupnya tidak perlu dibalut,tetapi bila nak buka,angkat penutup dengan cepat (supaya air tidak sempat menitik ke kuih) dan lap kain tersebut

Tuesday 14 February 2012

Cucur jawa


Assalamualaikum...hehehe..jangan la digelakkan kuih saya yang ireng ni...alkisahnya satu hari tu saya terserempak ngan resepi ni di alam maya..cepat2 saya save dalam otak je..kelam kabut sangat sampai tak sempat save pengirim resepinya.Ya ampunnn...kepada tuan punya resepi terima kasih sangat dan mohon dihalalkan..
Mula-mula goreng pagi tu..memang tak menjadi..keras kejung..bentuknya pon tak membulat cam sepatutnya...frust jugakla..bila dah petang saya sambung goreng lagi..barulah dapat tekstur yang lebih lembut dan bersarang...baru puas hati..lain kali kalo buat kena peram lebih lama..

Cucur Jawa
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula
  • 11 cawan gula merah
  • garam
  • 2 cawan air
  • Masak air ,gula dan gula merah.Tapis. Sejukkan
  • Tambah tepung gandum dan tepung beras dan kacau dengan whisk hingga rata.
  •  Peram semalaman (atau lebih).
  • Sendukkan dengan senduk bulat dan goreng dalam minyak yang sederhana banyak.

Monday 13 February 2012

Golden Potato Bun



Assalamualaikum..
Di petang Isnin ni sy nak berkongsi resepi Potato Bun yang amat memenuhi citarasa saya...kalau nak tahu saya ni mmg penggemar potato bun...pernah cuba buat dulu-dulu tapi tak menjadi sbb masa tu guna ubi kentang yag direbus..mungkin lenyek pon x cukup halus...piping kastard pon x menjadi..maka saya pon merajuk lama juga lah..hingga la sy jumpa potato pureen kt kedai..sy guna utk buat mash potato...dan br sy teringatkan resepi ni yg menggunakan potato pureen..
Kalo nk cuba..ini resepinya...

Golden Potato Bun (Home Bread)
260 gm tepung roti
1 sdb susu tepung
1/2 sdb bread improver(sy xde)
70 gm gula castor
sedikit garam
 1 bj telur
40 gm potato pureen
150 gm air sejuk
1 sdb yis
60 gm butter/majerin
** Saya guna BM..jd hanya campurkn semua bahan dlm Bm dan akan dpt doh slps 30 min.
**kalo tiada BM
Campurkan semua bahan kecuali butter. Uli hingga jd doh yg elastik dan kenyal (;ebih kurang 10-15 min )
Tambah butter dan uli lagi hingga jd doh yg lembut.
Tutup doh dengan tuala lembab dan biarkan doh naik 2 kali ganda.
Bulatlan kecil-kecil dan susun dlm dulang pembakar.
Biarkan ia naik lg 2X ganda.
Paipkan kastad dan bakar pada 180 Celcius selama 20-25 minit

Toping kastad (resepi pandai2 sendiri)
2 sdb tepung kastad
3 sdb susu segar
1 sdb gula halus
Campur semua bahan dan kacau dgn whisk di atas api hingga pekat sedikit.Biarkan sejuk. Kalo ada kastad segera hanya campur dengan air dan paipkan atas doh.


Saturday 11 February 2012

Sup ayam ringkas






Assalamualaikum..
sup ayam dan nasi putih memang menu yang paling kerap berulang di dapo ku..dah rumah ramai budak2...mak bapak pon kena makan lauk budak-budak..tp tu yang ada sambal kicap tu...bagi menyuntik elemen 'kedewasaan' gitu...kalo x pedas..mmg tak lalu makan punya!!

** resepi ni khas untuk anak2 ummi...inilah yg komer makan dr kecik sampai beso!
Sup Ayam (ummi's style)

3 ulas bawang putih dan sedikit halia(diketuk)
sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang
4-5 ketul ayam (dipotong kecil)
2 bj ubi kentang (potong 4)
1/2 ketul kiub ayam (semestinya knorr)
1 bj tomato
1/2 btg lobak merah
  • Tumis bawang putih , halia ,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
  • Masukkan ayam,ubi kentang dan air. Masak hingga ubi lembut.
  • Tambah lobak merah, kiub,garam dan masak hingga lobak lembut.
  • Masukkan tomato, masak sekejap dan tutup api.




Wednesday 8 February 2012

Popia Daging Black Peper


Assalamualaikum wbt..
bercinta sungguh nak apdet blog version baru ni...tenet line pon merangkak-rangkak...tuan tanah plak tak beraper pro IT....haruskah aku berputus asa untuk apdet blog ni? gambo yg telah diedit tak bole plak update secara vertical...dia nak menelentang gak..jd kok tulisannya pon terlentang sekali...sudahnya terpaksa publish gambo yg fresh..tanpa touch-up..natural beauty gitu!*wink*

Resepi popia yang diolah2 sendiri lepas makan kat rumah kawan di JB beberapa tahun dulu..


Popia Daging Black Pepper
Kulit Popia (sy  guna jenama Pertama)
Inti
2 bj bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (didadu)
4 -5 bj kentang (didadu)
300 gm daging kisar
1-2 sdb serbuk lada hitam
300 gm mix vege
2 sdb sos tiram
sedikit daun sup
sedikit bawang goreng

Tumis bawang putih hingga wangi,masukkan kentang dan sedikit air. Masak hingga kentang empuk.
Tambah daging kisar,sos tiram,lada hitam. Masak hingga daging empuk.
Tambah mix vege ,bawang besar dan kacau sebetar.Rasakan garamnya.
Tutup api.Tabur daun sup dan bawang goreng dan gaulkan.
Biarkan inti sejuk .Masukkan inti ke atas kulit popia dan gulung seperti biasa.
Goreng  hingga kuning keemasan.

Tuesday 7 February 2012

Durian Butter Sponge


Assalamualaikum wbt...
Ini adalah versi ulang tayang menu di dapo lama..juga dh basi di fb hehehehe... buat kek ni  masa zaman musim deriyan melimpah2 ujung tahun lepas...tiap2 ari buat cekodok deriyan..org kiri kanan dah tau dah kalo bau cekodok deriyan tu dr dapo saper...hahaha..
So saya pon selak buku resepi yg bertimbun2 tu. ( buku resepi bertimbun..tp ari-ari msk sama je...)
dapat le resepi ni..dr Chef Alex Goh...hasilnya mmg mabeles dan gojes...kalo x nak guna butter cream..bole guna fresh cream...rasanya cam kek eskrem gitu...


Durian Butter Sponge (Alex Goh)
Bahan-bahan

A:340 gm tepung sponge mix
5 bj telur
1 sdt ovalet (sy saja-saja tambah)

B:100gm isi durian ( sy bubuh lebih)
60 gm air

C 110gm butter cair

D Butter cream

Cara-cara
Pukul A dengan kelajuan tinggi hingga pekat
tambah B dan terus putar hingga ringan dan gebu.
tambah C dan kaup balik adunan hingga rata.
Tuangkan adunan dalam loyang 4 segi 40 X 25 X 3 cm (gris dan lapikkan dengan kertas minyak)
Bakar pd 190 celcius selama 20 min

Bila kek sudah masak terus terbalikkan di atas jaring dan biarkan sejuk.
Bila sejuk,potong kek kepada dua bahagian.
setiap bahagian tadi di hiris secara melintang kepada 4 lapis (if posible..sy hanya giris kepada 2 lapsan )
sapukan butter cream pada setiap lapisan dan menjadikannya 8 lapisan (sy cuma dapat 4 )Saya juga tambah isi durian pada setiap lapisan butter cream.
Tutup seluruh kek dengan butter cream.
Sejukkan kek sebelum dipotong.



Monday 6 February 2012

Tasty Little Butter Bun




Assalamualaikum...
ku meroti lagi..ku meroti lagi...di saat kau tinggalkan diriku pergi...tak pernah ada yang menghiasi hariku..

huhu...sambil buat roti..sambil menyanyi...
roti ni lembut..lemak2 manis...buat cumil-cumil..senang nak ngapp!

Tasty Little Butter Bun (I Can Bake-Agnes Chang)

Doh roti manis
400 gm tepung roti
100 gm tepung gandum
1 sdb susu tepung
1 sdt garam
1 sdb yis
100 gm gula kastor
1 telur
220 ml air
75 gm butter/marjerin
  • Campurkan semua bahan kecuali butter dan uli hingga menjadi doh yang tak melekat dan kenyal. Tambahkan butter dan uli lagi hingga doh kenyal dan lembut. 
  • Tutup doh dengan tuala lembap dan letak di tempat yg panas supaya doh cepat naik.



Filling
200 gm butter (dilembutkn dan dicampur dgn 40 gm gula icing)

  • Bahagikan doh kepada 10 gm dan bentukkan bulat. Leperkan doh tersebut dan masukkan sedikit filing dan tutup kembali.
  • Susun dalam tray. Tutup dengan kain lembap dan biarkan doh naik hingga rapat antara satu sama lain. sapukan sedikit kuning telur pada satu arah saja. (utk elakkan permukaan keras)
  • Bakar pada 180 celcius selama 15-20 min.
  • Selepas masak,keluarkan dr oven dan terus sapukan butter untuk kilatkan permukaan roti.








Choc Moist Cupcake

 Assalamualaikum wbt...
buat kek coklat lagi saya ni....menggunakan resepi kek coklat yg saya blajo  dulu-dulu ..masa baru2 nk rajin k dapo...akak yg ajor ni buat sendiri dan jual tepung kek segera...camne le dia ayak tepung tu sampai
3 kali...siang keje...mlm ayak tepung..huhu..superwoman!!

Choc Moist Cupcake

250 gm butter
300 gm gula kastor
5 bj telur
200 ml airsejuk
ayak 3 kali-300 gm tepung ros
                  1 sdt baking powder
                  1 sdt soda bikabornat
                 50 gm serbuk koko
1 sdt coklat emulco

  • Pukul butter dan gula kastor hingga kembang .
  • Tambah telur sebiji demi sebiji
  • Tambah coklat emulco
  • Tambah tepung dan air sejuk berselang seli.
  • Gaul rata.
  • Boleh dibakar 180 celcius atau dikukus.







Sunday 5 February 2012

Mi Kari Lemak



Assalamualaikum wbt...selamat bercuti untuk kawan2 semua..
OOouuhhh...sy seorang peminat mi yg tegar...sgt suka mkn mi berbanding bihun atau kuetiaw...tp memanglah mi yg ada di pasaran skrang tidakle terlalu selamat untuk dimakan selalu kan...oleh itu sy akan berusaha untuk belajar buat mi yg selamat..hahaha...for the time being mak bli aje !!*wink*
salah satu menu mi feberet ialah mi kari....dh lama dh buat ni..dh keluar kt fb pon..tp tak semapt didokumenkan...jd kita  buat siaran ulangan di sini saja...
resepi dr dapur tersohor Kak Ita Masam manis... banyak edit di sini sana..guna apa yg ada di dapo saja..hasilnya mak aaai...sgt kena pada tekak saya..terima kasih Kak Ita...sayang kak Ita..


 

MI KARI LEMAK

1/2 ekor ayam di potong kecil2 dan dicuci bersih
12 biji fish ball
2 keping fish cake - dihiris
4 keping tauhu - potong 2 dan digoreng
mi halus - dicelur
taugeh
sedikit daun kucai - dipotong 1 cm (x bubuh)
2 batang serai - dititik
secawan air asam jawa
1 biji santan kelapa
air secukupnya
2 sudu besar rempah kari
garam dan gula secukup rasa
1 kiub ayam

Bahan Kisar
15 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc lengkuas (x bubuh)
2 inc halia
3 sudu besar ikan bilis - direndam hingga lembut
3 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut

Tumis serai, bahan kisar dgn minyak hingga garing dan terbit minyak. Masukkan rempah kari dan masak lagi hingga garing.
Tuangkan air secukupnya dan masukkan kiub ayam,  masak hingga kuah mendidih. Masukkan air asam dan santan.
Kemudian masukkan ayam biar kuah mendidih lagi hingga ayam empuk dan masak.
Rasakan garam dan gulanya.
Kemudian barulah masukkan fish ball, fish cake dan tauhu. Biar kuah masak sepenuhnya.
Bolehlah hidangkan dgn mi, taugeh dan taburan daun kucai.

Wednesday 1 February 2012

Lepat liat


Assalamualaikum wbt..
Pernah  ke dengo nama lepat liat?  rasanya lepat ni ada kt belah2 utara..Lepat ni ialah makanan nostalgia kami adik beradik..sbb jarang jumpa orang jual lepat ni...selalu jumpa kat dapo kami je..hehehe..hasil air tangan mak. jadi untuk menyambung warisan turun temurun..sy abadikan di sini..supaya nanti..kot2 anak dara saya tu nak buat..dan saya pon dah takde untuk ajarkan dia..dia bole refer kat sini...
FYI..lepat kt perak ni  (tp bukan semua tempat la..)..mesti berintikan kelapa atau nyor yang digaul dengan garam.. lain macam rasanya kalu lepat tu tak berinti..tak pueh rasanya..hahaha
Kawan saya org Melaka sampai cakap..orang perak ni semuanya nk dibubuh kelapa..isy..isy..apa nak buat dah dari azali dah mcm itu..siap ada nama Kampung Nyior lagi ..
Ok  kalau nk cuba ini resepinya...

Lepat Liat
500 gm tepung pulut
250-300 gm gula merah
3sdb gula pasir
sebiji kelapa parut (separuh digaul dengan garam halus utk dijadikan inti dan separuh lagi diperah dengan 500 ml air)
Daun pisang (dilayur)
Sedikit minyak (untuk disapu pada daun pisang)

Masak santan dengan gula merah dan gula pasir hingga larut.
Tapis dan biarkan suam.
Bubuh tepung pulut dalam bekas dan tambah bancuhan gula merah tadi sedikit demi sedikit sambil uli menjadi doh yang lembut.
Ambil daun pisang dan sapukan sedikit minyak (untuk elak melekat)
Ambil sedikit bancuhan tepung dan ratakan pada daun pisang. Letak inti kelapa dan balut seperti biasa.
Kukus selama 15-20 minit.

Selamat Mencuba!