Sunday 29 September 2013

Snowwy cheese....mmmmm




Assalamualaikum wbt...
demam snow cheese terus melanda alam maya dan alam realiti...hehehehe...
Kek ni baru-baru saja dicuba...macam biasa lah..always better late than never...muahahaa



Snowwy Cheese
Kek Span vanilla
250 gram tepung sponge mix
4 biji telur (A atau B)
60 ml air
1 sdt esen vanilla
60 ml minyak jagung atau butter cair suam
Pukul tepung sponge mix dan telur hingga kembang.
Tambah air,esen vanilla dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 8-10 minit hingga kembang dan gebu  (bancuhan warna keputih-putihan)
Tambah minyak dan pukul lagi dengan kelajuan perlahan hingga bancuhan rata.
Bakar selama 40 minit pada 180 celcius.
Selepas masak terus terbalikkan kek span atas jaring sekejap baru dikeluarkan dari loyang.

Cheese Cream
250 gm cream cheese
1 cwn susu pekat
1 cwn fresh cream (pukul hingga kental)
Cream cheese dan susu pekat dipukul hingga kembang.
Tambahkan fresh cream dan pukul rata.

Untuk Snowwy Cheese
Kek Span Vanilla
Cheese cream
250 gm cheddar cheese parut (1/2 pon cukup)

Kek span dipotong melintang kepada 3 keping
Kek Span  diapisi dengan cream cheese filling pada setiap lapisan dan salutkan keseluruhan kek juga.
Taburkan cheddar cheese parut ke seluruh kek.

Saturday 21 September 2013

Kuetiaw Kungfu..Aiyyakkkk


Assalamualaikum wbt....
sekali-sekali bila dah jemu makan nasi..kita beralih ke menu kuetiaw pulak!!! 
bagi yang suka order menu ni  kalo di kedai ( ai la tuuu..)......apakata buat sendiri je....
dapat jimat RM 5.50 kot!



Kuetiaw Kungfu
1 bungkus kuetiaw
3-4  biji telur (dipukul)
minyak
Panaskan minyak dan masukan keutiaw dan telur dan goreng hingga garing

Kuah
5 biji bawang putih (diketuk)
300 gram isi ayam (dihiris)
200 gram udang
200 gram sotong (dihiris)
8-10 biji cili api siam (diketuk)
3 sdb sos tiram
stok ayam  secukupnya (lebih kurang 2-3 cawan)
sayuran (lobak,kailan,bunga kubis dipotong kecil)
2 sdb tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)

1. Tumis bawang putih hingga wangi dan garing.
2. Tambah kan isi ayam,udang,sotong,cili api,sos tiram dan stok ayam dan masak.
3.Rasakan garamnya.
4. Tambahkan sayuran dan masak hingga lembut.
5. Tambahkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga agak pekat.
6. Tuang kuah ke atas kuetiaw.
7. Taburkan bawang goreng dan daun sup.
3. Kalau nak masam,perahkan limau nipis.

Tuesday 17 September 2013

Pavlova dealova..lova


 Assalamualaikum wbt..
tak sabo rasanya nak berkongsi resepi pavlova ni...saya memang sangat-sangat ketinggalan bab pavlova ni...orang lain dah berkurun buat..saya baru nak belajor-belajor!!!
Sebenonya memang nak tunggu ada buah markissa ni baru nak buat cik lova ni...masa balik kampung baru ni...sy kirim bubur kacang setapawe ke jiran depan rumah...sebagai balasannya dia kirim balik 5 bijik buah markisa tu....so balik rumah teruih la godek resepi yang sesuai denagn telur yang ada 3 biji je dalam peti ais tu.....Alhamdulillah percubaan pertama menjadi...walaupun agak brown kalernya ye....tastewise...sangat best dimakan sejuk bersama  stroberi filling,oren dan buah markisa made from bagan datok!


Pavlova (adaptasi dr AllRecipe-thanks to Kim Cleave )
3 putih telur 
1 cawan gula ising
1 sdt cuka
1 sdt esen vanila
3 sdt tepung jagung

1. Panaskan oven ke 150 celcius
2. Pukul putih telur hingga kaku (stiff).
3. Tambahkan gula ising sedikit demi sedikit sambil terus memukul.
4. Tambahkan cuka,esen vanila dan tepung jagung dan terus pukul hingga rata.
5.  Letakkan adunan ke atas loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak.
6.  Bakar selama 45 minit -1 jam .
7.  Kurangkan proses buka tutup pintu oven untuk hasil yang baik.
8. Apabila telah sejuk, hidangkan bersama krim putar dan buah-buahan segar.


lova

Monday 16 September 2013

Bubur Kacang...pencuci mulut sepanjang zaman

Assalamualaikum wbt..
Selamat menyambut hari Malaysia.....
Sempena hari Malaysia ni..tetiba tringat nk buat dessert yang klasik sepanjang zaman......bubur kacang hijau yang menjadi dessert masa kecik-kecik dulu...cicah ngan roti paun atau sekut 4 segi....sesetengah orang tak tahan dengan 'wind effect' yang dihasilkan...petuanya kena tambah halia sikit dalam bubur tu...tp sy mmg x bole masyukk bubur ngan halia...hehehe....
Ok...dikongsi resepinya di sini..semoga bermanfaat!

 
Bubur Kacang Hijau

250 gm kacang hijau (direndam beberapa jam dan direbus hingga lembut)
200 gm gula merah
100 gm gula pasir
800 ml-l liter santan(sederhana pekat dr sebiji kelapa)
200 gm sagu (direndam 5 minit)
2 helai daun pandan
sedikit garam
Kacang hijau yang telah direbus (jangan dibuang airnya) dicampurkan semua bahan lain.
Masak hingga mendidih dan rasa manisnya.

Saturday 7 September 2013

Siakap 3 Rasa Masam Manis Pedas


 Assalamulaikum wbt...
Selamat berhujung minggu....kalau takde idea nak masak apa cuti-cuti ni..
bole la masak ikan siakap ni kot...sekali-sekala layan tekak nak  makan ikan saiz beso dr biasa..
 apa salahnya kan?
 Sebenonya ini menu masa berpuasa baru-baru ni...dah jemu lauk ayam je....terpikir nak makan ikan pulak...
Masa tu gulai-gulai pon dah tak berselera...nk menu kering-kering dan simple  je....


Ikan Siakap 3 Rasa Masam Manis Pedas
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap (sederhana besar)
2 sudu tepung goreng serbaguna
Lumurkan tepung pada ikan dan goreng ikan sehingga masak dan sedikit garing.

Bahan kuah
4 ulas bawang putih (cincang)
3 bj bawang merah (hiris)
3 sdb cili mesin
2 sdb sos tiram
3 sdb sos tomato
5-6 biji cili api diketuk
1/2 batang timun (didadu)
1/2 batang lobak(didadu)
1 biji tomato (potong 6)
1 biji bawang besar (dihiris)
garam
gula
air
Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga wangi dan garing.
Tambahkan cili kisar dan tumis hingga garing.
Tambahkan semua bahan-bahan lain dan  masak hingga semua sayuran lembut dan  cukup rasa.



Tuesday 3 September 2013

Tat Nanas Syawal


Assalamualaikum wbt...
Bulan Syawal dah nak meninggalkan kiter....tp dapo ni baru nak tayang tat nanas.....walaweiiiii!!!
takpe...better late than never!!!! Ok...sy tau ada banyak resepi tat nanas yang best-best...and I think this is one of it.......
resepi ni sy ditutunkan dr kakanda saya yang bernama Syawal...Resepi ni sangat senang dan sangat memenuhi citarasa saya dan pengorder-pengorder masa musim raya baru ni...cuma masa shooting gambo ni..masih guna acuan lama..
so very the ugly.....tapi sy dh ada acuan baru yang lebih cumil....ok...cekidauttt!






Tat Nanas Syawal
250 gm butter
2 sdb gula icing
2 bj kuning telur(tambah sedikit pewarna kuning)
2 sdb susu tepung ( Fernleaf untuk lebih wangi)
3 sdb tepung jagung
5 senduk nasi tepung gandum (i used Bakers Choice)
Cara-cara
Kacau butter dan gula icing dengan senduk hingga rata.
Tambah  telur kuning dan kacau rata.
Tambah semua bahan lain dan uli hingga rata dan menjadi doh yang lembut.

Jem Nanas
2-3 biji nanas madu (diparut/mesin)
2 senduk gula
sedikit butter
Nanas yang telah diparut atau dimesin dimasak di atas api hingga hampir kering sambil dikacau selalu.
Bila sudah hampir kering tambahkan gula dan kacau lagi hingga agak kering sedikit.

Paipkan adunan tat ke dalam tray dan letakkan sedikit jem nanas dan gulungkan.
Sapukan kuning telur yang dicampurkan sedikit pewarna kuning ke atas tat.
Bakar  pada 180 celcius hingga masak (10-15 minit)

#Sy mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang ramai sahabat yang telah mencuba pelbagai resepi dr blog ini terutamanya resepi Nasi Mandy Kambing dan ada yang bertanya di mana nak beli rempah  Al Bayt tu..sy beli melalui kawan saya..bole juga dibeli online yang sy telah link di entry berkenanan...kalo tak jumpa juga..anda tinggalkan address yang boleh dihubungi dan sy akan belikan untuk  anda. Harap dapat membantu.