Assalamualaikum wbt..
kiter mmg pantang tengok orang tayang kek cekelat...teruih2 datang je angin rajin...hehehe...geram tengok kek cekelat Ayu kt Singapore tu..kiter pon berkayuh le di dapo..tp buat kek cekelat versi sempoi je... ok resepi dari Ibu Halimah Shuib yang dikongsi di dalam majalah Saji...tastewise..kaya dengan rasa cekelat..kurang manis..lembab dan bole ulang-ulang makan!
Bahan-bahan
250 gm gula castor
250 gm mentega
4 biji telur
250 gm tepung naik sendiri* ayak
70 gm serbuk koko *ayak
1 sd kecil serbuk penaik *
250 ml air sejuk
Ganache
350 gm coklat masakan
150 whipping cream
1 sdb butter
1.Masak coklat dan whipping cream secara double boiler hingga coklat cair.
2.Kacau rata dan tambahkan butter
3. Biarkan ganache sejuk dan pekat pada suhu bilik.
Cara-cara
1. Pukul gula dengan mentega hingga kembang.
2. masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
3. masukkan bahan yang telah diayak tadi dan air sejuk.
4. Gaul sebati.
5. Kukus selama 45 minit.
6. Bila sudah masak,biarkan sejuk dan belah kek menjadi tiga lapisan.
7. Sapukan ganache di antara ketiga-tiga lapisan.