demam snow cheese terus melanda alam maya dan alam realiti...hehehehe...
Kek ni baru-baru saja dicuba...macam biasa lah..always better late than never...muahahaa
Snowwy Cheese
Kek Span vanilla
250 gram tepung sponge mix
4 biji telur (A atau B)
60 ml air
1 sdt esen vanilla
60 ml minyak jagung atau butter cair suam
Pukul tepung sponge mix dan telur hingga kembang.
Tambah air,esen vanilla dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 8-10 minit hingga kembang dan gebu (bancuhan warna keputih-putihan)
Tambah minyak dan pukul lagi dengan kelajuan perlahan hingga bancuhan rata.
Bakar selama 40 minit pada 180 celcius.
Selepas masak terus terbalikkan kek span atas jaring sekejap baru dikeluarkan dari loyang.
Cheese Cream
250 gm cream cheese
1 cwn susu pekat
1 cwn fresh cream (pukul hingga kental)
Cream cheese dan susu pekat dipukul hingga kembang.
Tambahkan fresh cream dan pukul rata.
Untuk Snowwy Cheese
Kek Span Vanilla
Cheese cream
250 gm cheddar cheese parut (1/2 pon cukup)
Kek span dipotong melintang kepada 3 keping
Kek Span diapisi dengan cream cheese filling pada setiap lapisan dan salutkan keseluruhan kek juga.
Taburkan cheddar cheese parut ke seluruh kek.