Wednesday, 18 April 2012
Cream Puff
Assalamualaikum..
Jom jamu mata dengan cream puff ni..kalo rajin bole le jamu perut sendiri pulak..terima kasih pada Kak wan kerana sudi berkongsi resepi yg sedap ni..dolu-dolu pernah buat tapi krim puff nya kembang semasa panas dan kecut bila sejuk...sungguh kecewa..tp dengan resepi ni alhamdulillah menjadi..
sy tak sempat buat inti kastardnya..tp dah penah cuba ari tu memang sedap...
tringat pulak makan krim puff kt cafe kt Istana Budaya Ahad lepas masa bawak budak2 tgk Upin Ipin..Cream Puffnya sedap..fillingnya pon sedap sangat...isy...tuan tanah ni apa yg tak sedap..semuanya sedap!
Cream Puff (terima kasih Blog Citarasawan
110 gm mentega
250 ml air
1 sdk gula kaster
1/4 sdk garam
150 gm tepung gandum
4 bj telur B
Didihkan air,mentega,gula dan garam.
Tutup api dan masukkan tepung gandum,kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan menjadi doh.
Buka api dan kacau selama 2-3 min dengan api sederhana hingga kelihatan lapisan nipis putih di bahagian tepi periuk.
Angkat dan kacau doh hingga suam.
Masukkn sebiji telur dan kacau sebati.
Masukkan telur sebiji lagi dan kacau sebati hingga habis.
pastikan adunan likat dan boleh dipaip.
Paipkan dengan menggunakan piping bag dan nozzle bentuk bintang di atas dulang pembakar yg dilapik dengan kertas minyak.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dahulu pd suhu 180 celicius selama 15 min dan 15 min lagi pada suhu 160 celcius
Krim Kastard
250 ml susu segar
2 sdb gula
2 sdb tepung kastard
1 kuning telur-dipukul
1/2 sdb majerin
campukan semua bahan kecuali majerin.
Masak hingga likat.Campurkan majerin dan angkat.
Sejukkan dulu dalam peti ais sebelum dipaip dalam cream puff yg telah dibelah (jgn putus ) di tepinya.
Salam... hadoii.. gambar cantik dan menawan... rupa cream puff tu jangan cerita memanglah terbaik i tell you! Like! 100 kali darab 20 suka hehee...
ReplyDeleteEh eh, masalah kita cm sama la...sayapun penah dilanda fenomena cream puff kecut kerepot, itu dulu...sejak guna resepi k1 mmg cantik kejadiannya...suker!
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteWah cantiknya cream puff dia. Agak buat asyik failed je. Geram sungguh.
wah wah.. cantiknyer cream puff ni.. tun mmg suka makan.. kalau ada depan mata tu, lepas satu satu masuk mulut.
ReplyDeleteSalam kenal aishah...dilla suka puff ni.cara aishah ambil gmbr pun dilla suka.
ReplyDeleteSalam Umie,
ReplyDeleteCantikla puff Umie, akak buat kadang jadi kadang idak....tapi sangat suka makan...sedapppp
dah memang krimpuff ni sedapp.. mestilah kena ckp sedapppp.. ekekekee....
ReplyDeletelama betul akak tak godek krimpuff.... terliur lak rasa....
Salam Kak... cantiknye gambar krim puff tu. Bila tengok rasa nak makan je terus hehe :D
ReplyDeleteSalam kenal juga dr saya.. :)
ReplyDeletecomel2 cream puff tu...dah lama x buat..boleh cuba resepi k1 ni pula lenkali
Waaaa tadi dah tulis komen tp hilang pula..
ReplyDeleteNak cream puff tu. Naz tak pernah cuba buat menu ni..
aslmkum ummi... apa kbr.. smga sihat2 n ceria selalu.. tgok puff ummi mmg rasa nk terkam.. cantik puding dlm jar kt bawah tu.. suke tgok ..
ReplyDeleteassalam ummi
ReplyDeletecantiklah cream Puff ummi ni, dulu2 akak tak makan cream puff ni he he tp kan baru je beberaap bulan lepas masa kat PWTC, akak terpaksa makan ni sb kelaparan he he isshhh sedap rupanya, rugi x makan sbelum ni he he