Saturday, 29 June 2013

Jom Indulgence!


Assalamualaikum wbt...
selamat berhujung minggu dan selamat berehat...harini layan gambo dulu yea...resepi tepek kemudian....
ok..i'm back..ni resepi yea...dr Buku Delicious Cakes by Amy Heng...a must buy book for a baker!!!
Semoga bermanfaat!


Kek Span Coklat
220 tepung sponge mix
5 bj telur (B)
2 sdb koko serbuk
60 ml air
60 ml minyak jagung
Griskan loyang 9 inci dan lapik dengan kertas minyak.
Panaskan oven 180 darjah celcius.
Campurkan semua bahan kecuali minyak dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan pekat,kembang dan kental (lebih kurang 10 min).
Tambah minyak dan pukul dengan kelajuan rendah . (sekejap sahaja).
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit.
Lepas masak terus terbalikkan kek di atas jaring dan biarkan sejuk.
Hiris kek kepada 4 lapisan.

Sirap kopi
2 sdb serbuk nescafe 3 in 1 bancuh dengan 1/2 cawan  air panas

Mousse (seeloknya disediakan awal sehari)
750 ml UHT whipping cream (dairy- brand Anchor)-keluarkan kotak dr peti sejuk dan goncang sebelum pukul.
165 gm coklat gelap (cairkan secara double boil)
165 gm coklat putih (cairkan secara double boil)
Pukul cream hingga sedikit pekat( Jangan terlebih pukul.Nanti mousse keras).
Keluarkan  250 gm cream dan masukkan ke dalam mangkuk berasingan. tambahkan coklat gelap cair dengan cepat dan kacau segera.
Coklat putih cair ditambah ke dalam baki 500 gm cream tadi. kacau dengan cepat.
Sejukkan  kedua-dua krim di dalam peti sejuk.

Topping Chocolate (Ganache)
300 gm coklat gelap
150 ml UHT whipping cream
1 sdb butter
Cairkan coklat secara double boil,tambah cream UHT dan butter. Kacau rata dan biarkan ia pekat pada suhu bilik.

Topping Fresh cream.
150 gm non dairy whipping cream
Dipukul hingga kental.

Letakkan sekeping kek span coklat di atas cake board.Basahkan dengan sirap kopi.
Sapukan mouse white chocolat yang disejukkan tadi.
Letakkan sekeping lagi kek span coklat.Basahkan dengan sirap kopi.
Sapukan mouse coklat gelap.
Letakkan sekeping lagi kek span coklat.Basahkan dengan sirap kopi.
Sapukan baki mousse white chocolate tadi.
Letakkan  kek span coklat yang terakhir.Basahkan dengan sirap kopi.
sapukan keseluruhan kek dengan Fresh cream dan sejukkan dalam peti sejuk. beberapa jam.
Letakkan kek yang telah sejuk tadi di atas jaring,tuangkan topping coklat (ganache) hingga rata.
Bersihkan keliling kek dari lelehan ganache. 
Sejukkan semula ke dalam peti sejuk beberapa jam. 

Monday, 24 June 2013

Sup Ikan Merah Ambang 25hb

Assalamualaikum wbt..
Tengah hari td ai pergi melawat kawan yang sakit di hospital...sambil sembang-sembang tu terkeluo citer dia tringin nk makan sup ikan...aritu dia tringin nk mkn kuih torak..dah cuba buat..tp tak menjadi..hehehe
org tak sakit la yg dapat makan..heheheh...kali ni kalo nak makan sup ikan tu InshaAllah takde le risiko tak menjadi kan...So balik tu terus la cari ikan merah....masakkan sup simple-simple je..waktu melawat petang tu..
ai pon anto... la ikut tingkap je..sbb skrang kt spital dh takleh bwk budak2 kan...
 harap-harapnya terbuka la selera ...seronok rasanya kalo dapat berbakti kepada orang sakit...
ok..resepinya dah ada di sini yea....



Sunday, 23 June 2013

Agar-agar Merah Musim Panas

Assalamualaikum wbt...
Selamat berhujung minggu...walaupon cuti..kena duduk diam-diam dlm rumah je...out door activity tidak digalakkan ...jerebu tengah tahap bahaya ni kan...cuaca memang la panas semenjak dua menjak ni...tekak tu tringin plak nk makan agar-agar yang simple..back to basic...resepi yg semua org dah tau...dikongsi kan di sini untuk adik-adik  yg belum pernah mencuba...ni resepi orang dolu-dolu dek....bukan ada segala pavlova,triffle bagai...muahaha...resepi ni menghasilkan agar-agar yang  agak lembut dan kurang sesuai dipotong..sesuei di sudu-sudu je...
so bole kurangkan sukatan air kalo nak dipotong-potong..harap maklum..


Agar-agar Merah Musim Panas
1 bungkus agar-agar tali (20 gm)
2400 ml air (12 cawan air)
300 gm gula
sedikit sirap ros
2 helai daun pandan
Rebus agar-agar dengan air hingga agar-agar larut sepenuhnya.
Masukkan gula,daun pandan dan sirap ros.
Masak hingga semua larut.Tutup api.
Tuangkan ke dalam acuan sebelum disimpan dalam peti ais.

Tuesday, 18 June 2013

Potato sausage rolls


Assalamualaikum wbt...
hai..hai...hai...bersiaran kembali teman!!!!...kali ni nak share resepi pon segan..resepi biasa je....tp dinovasikan untuk hasil yang lebih meletop! sosej roll biasa tp menggunakan doh roti kentang!..jd hasilnya Alhamdulillah gebus gebas!! gabungan  roti kentang dan sosej ayam mmg mengujakan!!

 Potato sausage rolls
1 sukatan doh roti kentang   (resepi rujuk sini   )

10 batang sosej (dicelur)
1 bj kuning telur
sedikit bijan
Bahagikan doh kepada 10 bahagian yang sama banyak.
Jadikan doh tersebut panjang dengan cara menggeleknya dgn 2 belah tapak tgn.
Lilitkan doh yang panjang itu ke sosj.
Biarkan doh naik dua kali ganda.
Sapukan kuning telur dan taburkan bijan.
Bakar sehingga masak pd 180 celcius.

    

Tuesday, 11 June 2013

Fresh homemade chicken pie (updated!!)



Assalamualaikum wbt...
dah lama tringin nk buat pastry puf sendiri...tp asik terlupa bli pastri majerin... dulu2 pernah bli pastri majerin tu kt Yen..tp tak terbuat2..sampai exired ..pakai masuk tong je....heheheh ..
so...bila beli lagi baru-baru ni..teruskan projek dengan penuh saspen..jadi ke tidak...
alhamdulillah ..penat menggelek doh..akhirnya terubat bila tgk pai tu cantik menjadi..berlapis2  mcm kt bakeri tu...Alhamdulillah..seronok sesangat....satu adunan tu dapat bayak juga...puas la mkn anak beranak!!!
resepinya nanti-nanti yea...penat le nak taip..heheheh terima kasih kekanda Zachoes di atas penerangan yang panjang lebar. jasamu dikenang!

Puff Pastry (Joy Of baking)
600 gm tepung serbaguna (sy guna tpg gandum Bakers Choice)
150 gm butter
1/4 sdt garam
1 sdb jus lemon
1 bj telur
170 ml air
300 gm pastri majerin
Cara-cara membuatnya (hasil R&D dari  Joy Of Baking dan sini )
1. Gunakan tangan untuk mencampurkan tepung dan mentega hingga sebati.
2. Tambahkan jus lemon,telur,garam dan air.
3. Uli hingga menjadi doh. (seperti doh karipap)
4. Bentukkan doh kepada bentuk bulat.
5. Kelar doh bentuk't" di tengah doh. (jangan putuskan doh)
6. Tolak dengan tangan setiap bahagian ke arah luar (ada 4 bahagian).(jadi macam kelopak) Tak paham boleh tengok sini
7. Letakkan pastri majerin di bahagian tengah doh.
8.Tutupkan pastri majerin dengan 4 bahagian kelopak tadi dan tutup dengan kemas dengan menggunakan doh. Pastikan tiada pastri majerin yang terkeluar.
9. Gelekkan doh denagan penggelek membentuk segi empat tepat.
10.Lipat doh tadi kepada tiga lapisan.
11. Simpan dalam paltik dan letakkan dalam peti sejuk selama 15 minit.
12. Keluarkan doh dari plastik dan letakkan doh tadi pada kedudukan asal dan kemudian alihkan doh 90 darjah dan gelek seperti tadi. (Gelek doh secara berlawanan pula berbanding sebelumnya)
13.Ulangi langkah 10 hingga 12 selama beberapa kali (maksimum 7 kali).
14. Apabila hendak digunakan. bahagian doh kepada 2 bahagian dan gelek nipis sebelum diterap dengan acuan mengikut saiz casing.
15. Ambil sekeping doh yang telah diterap dan letakkan di dalam aluminium casing.
16. Tambahkan filling.
17. Tutup filing dengan sekeping lagi doh dan kelimkan di bahagian keliling supaya filling tidak terkeluar.
Sapukan sedikit kuning telur di atasnya.
18. Bakar pada 180 celcius sehingga masak.
19. Masa pembakaran agak lama (lebih kurang 35 -40 minit)
** Adunan ini agak banyak. Dapat 20 bj pai dan ada doh lebih yang boleh di frozenkan. Potong bentuk 4 segi,,lapiskan dengan kepingan plastik dan simpan dalam taperware.
 Boleh kurangkan sukatan menjadi separuh kalo nak cuba dulu.

Filling ayam
Beberapa keping dada ayam (potong kiub)
3-4  ulas bwang  putih (dicincang)
1 biji kentang saiz besar(potong dadu)
1/2 biji lobak merah (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 sdb serbuk lada hitam
1 sdt serbuk lada putih
2 sdb sos tiram
3-4 biji cendawan butang (hiris nipis)
1/2 cawan whipping cream

Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan kentang dan sedikit air dan masak kentang hingga separuh lembut.
Tambahkan lobak merah dan masak lagi hingga kedua-duanya lembut.
Tambahkan semua bahan-bahan lain kecuali whipping cream.
Perasakan garam dan pedasnya.
Tambahkan whipping cream dan masak sekejap sebelum ditutup api.

Wednesday, 5 June 2013

Arti cake la sangattttt...


 Assalamualaikum wbt..
tak tau la nak boh tajuk apa kt n3 ni...ok  la ini n3 tanpa resepi....hanya syok2 main buttercream untu kawan order kek kawin 3 tingkat.2 tingkat yg bawah tu tak sempat shoot elok2...kelam kabut sangat!!! hahaha..yg sempat tingkat  atas je...kek dalamnya tu red velvet (next taim ai buat RV utk mkn sendiri ai share resepi ok!) dan walnut carrot cake (resepi dah ada)
Yang benonya dah lama tak main buttercream..tangan pon dh keras...mmg hasilnya tak semengah..kata org perak...nk memenuhkan kek 8 inci tu pon jenuh..muahahahaha...kaler pon tak pandai pilih...hantam sajalah..
anyway..Alhamdulillah...berjaya jugak menyiapkan amanah orang..
Terima kasih kepada sifu Kak Azlita dan Sis Maha from Arti Cakes.... tengok bunga diorang..memang hati pon berbunga-bunga...thanks again for the inspiration!