Thursday, 28 February 2013

Talam Keladi


Assalamualaikum wbt..dan salam hari Jumaat...
Jangan mare..harini showcase kuih talam lagi...sekrang ni bule katakan..hari2 dok menalam...kiter nk gi kelas kuih talam komersial  orang rumah tak bagi..kena la belajo dengan tenet je...sib baik kat tenet ni ramai sifu yang yang sudi kongsi ilmu kan...salah satu dari koleksi talam yang dah berjaya ialah talam keladi ni..dulu-dulu ada buat sekali..tapi tak cukup ummmphh...yang ni memang perfect la...
ok..resepi ni hasil skodeng dapur  Kak siti delima...dan Kak Siti berkongsi pula dari  Kak Yatie dan 
Kak Yatie pula share resepi dari Chef Asma ...Terima kasih kepada semuanya yea....

Kuih Talam Keladi
Sumber : Yatie Memories
Di Olah : Che CT

Bahan Lapisan Bawah :
2 Cawan tepung beras
3 Sudu besar tepung ubi
1 1/2 Sudu kecil garam
6 Sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air

300 gm keladi - dibersihkan dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam. Potong kiub dan kukus selama 5 minit - (kukus dulu, baru ditimbang).

Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi yang di potong kiub tadi.
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit

Bahan Lapisan Atas :
1 1/2 cawan tepung gandum
250 gm gula halus
3 biji telur
250 ml santan
500 ml air
Sedikit pewarna purple dan perisa Yam

Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit lagi. Lap tutup kukusan setiap 5 minit sekali.

4 comments:

  1. assalam Ummi
    memang sukerrrrr sgt talam ni, sedap rasa keladi tu
    kalau ada majlis baru buat sb banyak kan dptnya
    satu loyang yg agak besar
    cantik ummi potong kemass

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ummi..lama akak tak dtg menyinggah sini..apa kabo? Meleleh air liur tengok kecantikan kuih talam kat sini termasuk lah yg kat bwh tu..seingat akak dah lamaaa dulu pernah sekali buat talam keladi, memang sedap..teringinnya nk mkn lagi bila tengok ummi tayang kat sini :))

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak..Emmm lama plak tak menalam talam keladi ni...Klu kat rumah memang ramai peminat ni

    ReplyDelete