Assalamualaikum wbt..dan salam hari Jumaat...
Jangan mare..harini showcase kuih talam lagi...sekrang ni bule katakan..hari2 dok menalam...kiter nk gi kelas kuih talam komersial orang rumah tak bagi..kena la belajo dengan tenet je...sib baik kat tenet ni ramai sifu yang yang sudi kongsi ilmu kan...salah satu dari koleksi talam yang dah berjaya ialah talam keladi ni..dulu-dulu ada buat sekali..tapi tak cukup ummmphh...yang ni memang perfect la...
ok..resepi ni hasil skodeng dapur Kak siti delima...dan Kak Siti berkongsi pula dari Kak Yatie dan
Kak Yatie pula share resepi dari Chef Asma ...Terima kasih kepada semuanya yea....
Sumber : Yatie Memories
Di Olah : Che CT
Bahan Lapisan Bawah :
2 Cawan tepung beras
3 Sudu besar tepung ubi
1 1/2 Sudu kecil garam
6 Sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air
300 gm keladi - dibersihkan dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam. Potong kiub dan kukus selama 5 minit - (kukus dulu, baru ditimbang).
Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi yang di potong kiub tadi.
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit
Bahan Lapisan Atas :
1 1/2 cawan tepung gandum
250 gm gula halus
3 biji telur
250 ml santan
500 ml air
Sedikit pewarna purple dan perisa Yam
Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit lagi. Lap tutup kukusan setiap 5 minit sekali.
assalam Ummi
ReplyDeletememang sukerrrrr sgt talam ni, sedap rasa keladi tu
kalau ada majlis baru buat sb banyak kan dptnya
satu loyang yg agak besar
cantik ummi potong kemass
suke sangat talam ni...
ReplyDeleteAssalamualaikum Ummi..lama akak tak dtg menyinggah sini..apa kabo? Meleleh air liur tengok kecantikan kuih talam kat sini termasuk lah yg kat bwh tu..seingat akak dah lamaaa dulu pernah sekali buat talam keladi, memang sedap..teringinnya nk mkn lagi bila tengok ummi tayang kat sini :))
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak..Emmm lama plak tak menalam talam keladi ni...Klu kat rumah memang ramai peminat ni
ReplyDelete