Showing posts with label makanan tradisi. Show all posts
Showing posts with label makanan tradisi. Show all posts

Monday, 11 June 2012

Lemang Kukus Seenak Rasa

 Assalamualaikum..
Selamat memulakan minggu yang baru ...semoga semua urusan kita dipermudahkan ...
Alhamdulillah...urusan saya nk makan lemang kukus ni pon dipermudahkan...duduk di dapur dr pagi sampai tengah hari..bila dh siap tu..terus fengsaann...ater fes taim buat..memang la teraba-raba..peh ni rasanya dh efisien sikit kot...Resepi lemang kukus ni dapat dari biras baru saya..orang pulau pinang...rasanya cam ketupat palas...lagi sedap dr lemang rasanya...kaedahnya sama mcm buat kuih lopes iaitu pulut ditanak dulu sebelum dikukus.
Sukatan yang tepat tak dapat saya berikan ..tunggu sy trial n error lagi..dh puas hati..dah dapat sukatan yg tepat br saya share di sini yea...
cubaan kali pertama ni 95% menjadi cuma rasanya tak selemak yang sifu buat.Ok lah tu kan...raya ni tak yah beli lemang lagi...hehehehe
.

Lemang kukus
1 kg beras pulut (dibasuh dan ditus)
1/2 kg santan pekat
daun pandan 
garam.
daun pandan (dilayur)
tali rafia.
Panaskan periuk.
Panaskan santan pekat dan sedikit air. hingga mendidih.
Tambah beras pulut,daun pandan dan garam.
Tambah air secukupnya hingga beras pulut tenggelam dan lebihkan lebih kurang seinci. gaul rata.
Tanaklah pulut tersebut separuh masak.
Sediakan daun pisang yang telah dikoyakkan.
Letakkan lebih kurang satu senduk pulut yg telah ditanak tadi.
Gulungkan dengan ketat.
Ikat mati satu hujung dengan tali rafia.
Bawa hujung tali yang panjang dan simpul di tengah dan ikat mati hujung satu lagi.
Kukus pulut tadi hingga masak. (lebih kurang 20 minit)