Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Thursday, 18 December 2014

Penkek Gebu


Assalamualaikum wbt..
Jom buat penkek gebu utk keluarga......konpem puas hati! tq to Izzah Muffin Lover utk perkongsian ini.


Pankek Sedap Gebu (copy dr Izzah Muffin Lover )
Bahan 
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula pasir
1 cawan susu segar  (sy guna dairy whipping cream + 2 sdb cuka )
1 telur ayam
1 sudu tea esen vanilla kalau suka
2 sudu besar butter yang dicairkan
sedikit garam

Caranya
Telur ayam dipukul sedikit dan dicampurkan dengan esen vanila.
Masukkan garam, gula pasir dan butter yang dicairkan tadi kedalam telur dan gaul dengan sebati.
Kemudian masukkan susu segar/ whipping cream.
Tepung gandum hendaklah dicampurkan dahulu dengan baking powder dan digaul sebati
Akhir sekali masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan dan di pukul sehingga tidak ada tepung yang berketul.
sekiranya ada tepung yang berketul hendaklah ditapis dahulu dan  mendapatkan hasil yang memuaskan
Rehatkan adunan tadi lebih kurang 15 minit hingga 30 minit.
ini adalah supaya mendapat hasil Pancake yang lembut dan gebu.

Saturday, 13 September 2014

Roti canai mini aka roti boom


Assalamualaikum wbt....
Selamat bercuti sekolah ...ok kalo rajin bole la buat roti canai yang senang dan InshaAllah menjadi...dengan syarat kena uli hingga lembut dan licin..kemudian perap semalaman dengan minyak atau majerin..esok pagi baru ditebar....
Kuahnya bole la buat kuah dhall atau kari sardin....ok..terima kasih kepada Joayee dr myresepi kerana berkongsi resepi...selamat mencuba!
Sori..x dapat nak kopipes resepi...bole daptkan resepi dihttp://www.myresipi.com/top/detail/731 


Tuesday, 1 July 2014

Cucur Udang Sempoi!!


Assalamualaikum wbt...

 Selamat berpuasa dan selamat menyediakan juadah berbuka!!
Pilihan saya semasa berbuka kuih muih yang savouri.....Cucur udang ni memang kegemaran sekeluarga...macam biasalah ..resepi saya semuanya serba ringkas. Semoga bermanfaat!
Cucur Udang Sempoi
Bahan-bahan
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung gandum
200-250 gm udang saiz kecil (dibuang kulit)
2 cawan air
2 genggam tauge
1 biji bawang besar (dihiris)
setangkai daun sup dan daun bawang (dihiris )
sedikit garam dan kunyit
Campurkan semua bahan.
Panaskan minyak hingga panas untuk menggoreng.
Sudukan adunan ke dalam minyak panas dan goreng hingga garing.

Saturday, 8 February 2014

Goreng Pisang Terlajak Laris






Assalamualaikum wbt....



Tak lama dulu ada tengok citer JJCM..En. pengacara makan pisang goreng cheese ...punya la terlior tengok dia makan...mana pulak nak cari  pisang goreng cheese kt sini..
kalo nak goreng pisang sendiri..tepungnya slalu tak rangup! ingatkan takat buat goreng pisang..tak payah le nak gugel...tp kali ni terpaksa gak mintak tulong pakcik gugel sbb nak goreng pisang yang betul-betul rangup...
Alhamdulillah..dengan izin Nya...Pakcik Gugel tak pernah menghampakan...dapat resepi kat sini..
my favourite blog juga ni...terima kepada Kak Daria dan En Hairul yang sudi berkongsi resepi yang memang terlajak laris........
teruih miker  raser nak meniage goreng pisang depan rumah miker ni ha...hahahaha
ok...goreng pisang tu ai drizzle dengan chocolate sos ( bole beli siap je)..dan parutkan cheddar cheese...

Selamat menikmati...semoga bermanfaat!
Tepung goreng pisang ranggup sumber dari hairul.com dan  resepidaria.com
Bahan-bahan:-

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan pekat (santan kotak)-sy ganti dgn kelapa kering
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar majerin yang telah dicairkan
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali majerin dan air.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga pekat
  3. Masukkan majerin cair dan kacau rata

Tuesday, 3 December 2013

Murtabak Lapis Cracker



Assalamualaikum wbt..


Makin cuti makin lemau mood memasak....ape ke he?
ni je yg ada sepanjang cuti sekolah ni kot!

Murtabak Lapis Cracker
Bahan-bahan
Inti
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang besar (didadu)
400 gm daging cincang
1 sdb rempah kari
1 sdb serbuk cili
2 sdb sos lada htam
Tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing.
Masukkan daging cincang,rempah kari,serbuk cili dan sos lada hitam.
Masak semua bahan hingga daging masak sepenuhnya.
Rasakan garam dan gula.
Tutup api dan sejukkan.

Bahan-bahan murtabak
1 tin susu cair
5 biji telur
1/2 bungkus biskut cracker 4 segi cap Ping Pong

Sediakan loyang 4 segi 9x9 inci dan disapu majerin.
Satukan telur dan susu dan kacau dengan whisk hingga rata.
Celupkan biskut cracker sekejap di dalam bancuhan tersebut.
Susunkan biskut cracker di dalam loyang dan taburkan inti daging.
Teruskan melapis hingga inti habis.
Tuangkan baki bancuhan susu dan telur ke dalam loyang
Bakar pada suhu 180 celcius selama lebih kurang 25-30 minit.

Bahan hiasan
Mayonis
Sos Cili
Daun sup
Paipkan mayonis dan sos cili ke atas murtabak dan taburkan daun sup.


Thursday, 24 October 2013

Talam Ubi Kayu Terbaik




Assalamualikum wbt..
selamat berhujung minggu...selamat berehat.....meh jamu mata  dengan  kuih talam yang terbaik ini...Resepi dr pakar talam Chef Asma..Terima kasih chef! 
Saya bole makan kuih ni sampai separuh loyang...sbb sedap sangat!



TALAM UBI KAYU ( Rujukan Dr Resepibdaria, Resepi Asal Chef Asma)

LAPISAN BAWAH
Bahan-bahannya:-
  • 700gm ubi kayu (parut dan timbang)
  • 100ml santan pekat
  • 300ml air
  • 250gm gula castor
  • sedikit pewarna kuning
Cara-caranya:-
  1.  Satukan kesemua bahan-bahan kedalam periuk dan kacau rata
  2.  Masak semua bahan-bahan sehinga pekat
  3. Tuang kedalam loyang dan kukus selama 25 minit
LAPISAN ATAS:-
Bahan-bahannya:
  • 100gm tepung beras
  • 50gm tepung ubi
  • 50gm tepung gandum
  • 2 tsp garam
  • 200ml santan pekat
  • 800ml air
  • * sy guna 500 ml santan sederhana pekat dan 500 ml air
Cara-caranya:-
  1. Bancuh semua bahan-bahan diatas
  2. Tapis kedalam periuk, masak sehingga naik wap
  3.  Tuang keatas lapisan bawah
  4.  Kukus selama 30 minit.

Saturday, 18 May 2013

Talam sekoteng la pullakk


Assalamualaikum wbt...
salam syang kpd kawan-kawan sahabat maya yg masih setia menjengah dapo usang ni....takde apa yg spesel kt sini...kalo buka tudung saji tu asyik2 lauk sama jer...hahahaah....tp arini ada sikit spesel...ai hidang kt  ol kuih talam spesel..talam sekoteng! spesel sbb guna sekoteng import dr melaka.. anak buah ai yg blikan..kt tempat ai ni takde juei.....ater..belinya sebungkuih je..sekali masak udah abih!!! nk kena pegi melaka plak br dpt sekoteng...ok...cekidaut resepi dari Kak CT Delima tengkiu Kak CT...


Talam Sekoteng
Source: Chef Asma
(Recipe untuk 1/2 adunan)


LAPISAN BAWAH
Bahan : A
35g sekoteng (rebus dahulu & toskan)

Bahan : B
90 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1/2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)
110 gm gula castor
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara :
Bahan A, direbus dan toskan, bancuh bahan B dan tapis. Masak Bahan B sehingga naik wap, masukkan sekoteng dan gaul rata. Tuangkan kedalam loyang 8" dan kukus selama 25 minit.


LAPISAN ATAS
Bahan:
90 gm tepung gandum
125 gm gula halus (boleh juga guna gula kastor)
3 biji telur
125 ml santan pekat
250 ml air
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil-esen ros cap star + 1/2 sudu kecil pewarna rose pink

Cara-cara :
Bancuh semua bahan2 atas, tapis kedalam periuk. Masak hingga naik wap & tuangkan keatas lapisan bawah. Kukus selama 30 minit.

Friday, 19 April 2013

Waffle sedap!!


Assalamualaikum wbt...
Selamat Berhujung minggu ye kengkawan!....pg td ai dh buat cucur udang...bekpes awei sesangat..pukul 10 satu romah dah  lapo balik!!! so ai pon tringat nk buat waffle...semalam bli kt spital t.i ( so far kat situ la waffle yg best ...rangup di luar..lembut di dalam...rege RM2.50-2.70)..beli 2 tak puas makan...muahahaha...
so ai pon taip la 'waffle sedap'  kt pakcik google dan terpampang la dapo Kak Ida 1001 Resepi.....
terus la ai godek-godek tepung sambil berdoa banyak2..biarla seropa mcm yg makan semalam...huhu...
Sambil tunggu waffle masak..ai makan roti dulu..inagtkan lambat masak (selalu waffle lambat masak)..tp tak sangka dalam 3-4 minit dah masak...dengan sekata lagi! apa lagi..terusla ai sapu peanat butter n choc filling..tu mmg fav flavor anak beranak! rasanya mmg 80% sama mcm kt spital tu...cuma tak sempat nk tggu sejuk..masih crispy atau tak...thanks a lot Kak Ida 1001 Resepi .. mmg akan guna resepi ni lepas ni!

 campurkan/ayak dalam satu bekas:
3/4 cawan all purpose flour
1/4 cawan tepung jagung/constarch
1/4 cawan wheatgerm (optional)-sy guna tepung gandum biasa
1/2 sdk garam
1/2 sdk baking powder
1/4 sdk baking soda
(gaul rata)
 dalam bekas yang lain campurkan:
3/4 cawan buttermilk-sy guna 3/4 cwn susu
1/4 cawan susu
1 biji kuning telur
6 sudu besar vegetable oil

(gaul rata)

Pukul 1 biji putih telur hingga kembang dalam mangkuk kecil (guna hand mixer)...masukkan 1 sudu besar gula dan 1/2 sudu teh esen vanila...

Tuangkan bahan liquid kedalam campuran tepung...gaul rata...kemudian kaupkan putih telur kedalam waffle batter dan gaul asalkan bercampur sahaja...

 panaskan waffle maker/griddle...tuangkan batter dan masak hingga kekuningan....hidang ketika masih panas dengan butter dan syrup...



Thursday, 18 April 2013

Talam Tokyo

Assalamualaikum wbt...
lai..lai...sini ala talam..tokyo mali..hihihi....talam tokyo ni dah lama sy sekodeng..tapi tak terbuat-buat sbb bila tengok resepi ada suun...ish...camne rasa suun dalam kuih? tu yg tak kondifen tu...tp bila Kak Azie review sedap sangat talam ni...terus terbuka hati nk mencubanya...dan percubaan tidak sia-sia bila hasilnya mmg menggembirakan si pembuat dan si pemakan...rasanya mmg unik..lapisan bawahnya kenyal-kenyal kerana sagunya, lemak-lemak santan terasa...dn paling best bila tergigit kelapa parut...mcm yg Kak Azie kata..tak terasa suunnya..so dun wori ok! lapisan atasnya pulak cukup seimbang  lemak manisnya. Terima kasih  Chef Asma kerana sudi berkongsi resepi dan   Kak Azie kerana memanjangkan resepi ini!


Kuih Talam Tokyo
Tq: Azie Kitchen

Bahan Untuk Lapisan Bawah:
300gm sagu kecil warna putih
60gm sohoon
100gm kelapa parut putih
100ml santan pekat
300ml air
1 sudu kecil garam

Cara-cara:
Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.Rendam sohoon dengan air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil-kecil. 

Satukan bahan-bahan diatas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak. 

Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.



Bahan Untuk Lapisan Atas:
4 biji telur
300gm gula pasir
400m santan pekat
400ml air + 3 helai daun pandan (blender dan tapiskan)
100gm tepung kastard
Sedikit pewarna hijau
1/8 sudu kecil alkaline water@air abu *(boleh guna 1 sk air kapur) 
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan blend rata. Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.

Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit. Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.


Thursday, 11 April 2013

Talam Pisang Sedap Tak Terkata


 Assalamualaikum wbt...
Huh...banyaknya dugaan nk masukkan n3 ni...dh berapa kali edit..dah save..alih2 takde pula gambonya..ghaib!!!
Tapi takpe...masa buat kuih ni Alhamdulillah....takde masalah problem pon..senang membuatnya...tersangat sedap rasanya..terima kasih tak terhingga kepada tuan punya resepi Kak Sakinah Omar  dan
dikongsi pula Kak Yatie Memories.
Bila menjenguk dapur kak Yatie  memang rambang mata tengok koleksi talam kat situ..Rasanya semua nak dicuba...hajat hati nak jadi Talam Queen...muahahaha!!
** update: tadi masa tulis n3 ni sy tak sempat nk review panjang lebar...sy bagi 5 bintang utk resepi ni....mmg tip top..kwn2 yg rasa pon makan sambil pejam mata cakap mmmm sedapnya!!!

 







Kuih Talam Pisang.(sy  guna loyang 4 segi  10x10 inci)

Bahan Utk Lapisan Bawah

  • 3 1/2 cawan santan kelapa.
  • 1 1/4 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • Secubit garam.
  • 1 cawan pisang lenyek ( update-sy guna 6-7 biji pisang berangan masak saiz M)
  • pewarna kuning-Yatie tambah
Cara-caranya:
  1. Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
  3. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
  4. Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.
Bahan Utk Lapisan Atas:
  • 3 cawan santan kelapa.
  • 3/4 cawan tepung gandum.
  • 1/4 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan gula pasir.
  • secubit garam.
  • Sedikit pewarna kuning-(sy bubuh di dalam adunan bawah)

Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi.
  3. Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
  4. Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.

Thursday, 28 February 2013

Talam Keladi


Assalamualaikum wbt..dan salam hari Jumaat...
Jangan mare..harini showcase kuih talam lagi...sekrang ni bule katakan..hari2 dok menalam...kiter nk gi kelas kuih talam komersial  orang rumah tak bagi..kena la belajo dengan tenet je...sib baik kat tenet ni ramai sifu yang yang sudi kongsi ilmu kan...salah satu dari koleksi talam yang dah berjaya ialah talam keladi ni..dulu-dulu ada buat sekali..tapi tak cukup ummmphh...yang ni memang perfect la...
ok..resepi ni hasil skodeng dapur  Kak siti delima...dan Kak Siti berkongsi pula dari  Kak Yatie dan 
Kak Yatie pula share resepi dari Chef Asma ...Terima kasih kepada semuanya yea....

Kuih Talam Keladi
Sumber : Yatie Memories
Di Olah : Che CT

Bahan Lapisan Bawah :
2 Cawan tepung beras
3 Sudu besar tepung ubi
1 1/2 Sudu kecil garam
6 Sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air

300 gm keladi - dibersihkan dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam. Potong kiub dan kukus selama 5 minit - (kukus dulu, baru ditimbang).

Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi yang di potong kiub tadi.
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit

Bahan Lapisan Atas :
1 1/2 cawan tepung gandum
250 gm gula halus
3 biji telur
250 ml santan
500 ml air
Sedikit pewarna purple dan perisa Yam

Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit lagi. Lap tutup kukusan setiap 5 minit sekali.

Saturday, 23 February 2013

Talam Suji



Assalamualaikm wbt...
Semoga kawan-kawan sihat walafiat dan ceria selalu...kalo tak ceria..cuba buat kuih talam suji ni...InshaAllah ceria le bila dah dapat makan....hehehee...sebabnya buat kuih ni yang teramat senang...dan rasanya plak..yang teramat sedap...resepi ni dapat hasil google...tersangkut kt dapor tersohor Kak Siti dan  beliau dapat resepi ni dari chef idola ku Kak Hanieliza  ....terima kasih kepada kedua-duanya kerana berkongsi resepi berguna ni...sayang anda berdua!

TALAM SUJI

Lapis bawah :

1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
1 cawan gula merah

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. Hidangkan.

Monday, 26 November 2012

Pau Goreng Kacang Merah

Assalamualaikum wbt..
sempena musim cuti sekolah mak-mak ni kena la selalu dok kat dapo kan...ater yang ade aje order yang masuk...nak makan itu ini...org perak kata." lapo semedang!"  muahahahaha
so ai pon mengarahkan cik BM menguli pau goreng ni...guna inti kacang ready made...sekejap je dah siap...Alhamdulillah..resepi dari Ummihakim Myresepi..terima kasih banyak2 yea Ummi!


Bahan-bahan ( 20-25 biji )

  • 500g tepung gandum (sila tambah ikut kesesuaian-sy tambah sikit lagi sbb adunan lembik dan masih melekat di tangan)
  • 260 ml air
  • 6 sb gula halus
  • 3 sb marjerin
  • 2 sb susu tepung
  • 1 1/2 sb yis kering(sy letak 1 peket)
  • 1 telur
  • 1 st baking powder
  • sedikit garam
  • utk Inti : Inti kacang merah secukupnya (beli ready-made ada jual kat kedai kek)
  • Minyak masak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Guna BM : masukkan semua bahan (kecuali inti) dan pilih menu utk uli, tunggu hingga siap. Guna tangan : masukkan semua bahan (kecuali inti) dlm mangkuk adunan, uli selama 30 minit atau hingga adunan tak melekat kat tangan.
  2. Bahagikan doh kepada bebola kecil (anggaran 20 - 25 biji).
  3. Ambil satu bebola kecil tadi, leperkan dan letak inti secukupnya. Tutup balik doh tadi supaya jadi bentuk bebola dan leperkan menjadi setebal anggaran 1cm.
  4. Ulang langkah 3 hingga habis semua bebola tadi. rehatkan pau ini selama 30 minit hingga menjadi 2x ganda saiz asal.
  5. Bila agak-agak dah cukup mengembang, bolehlah digoreng menggunakan api sederhana.
  6. Tunggu pau sejuk sikit, lepas tu boleh lah dimakan

Tuesday, 24 July 2012

Banana Grilled Foldover With Cooconut Filling

 Assalamualaikum..
okay selamat meneruskan iabadat puasa kepada kawan2...
ni tayang menu minum petang sebelum puasa...lambakan pisang awak menyebabkan dapur ku asik berbau cekodok..lempeng..muahahahah..
bole juga dijadikan menu berbuka kan!
hanya perlu lenyek pisang hingga hancur..tambahkan sedikit gula dan tepung gandum..sikit je tau..nanti keras pulak kalo terlebih tepung...
Pastu disudukan ke atas daun pisang dan diratakan.pastu disudukan pula inti kelapa parut yang telah digaul dengan garam.
pastu dilipat dua  daun pisang tadi  dan boleh la dipanggang di atas kuali hingga masak ok..



Monday, 23 July 2012

Buah melaka bonda

 Assalamualaikum..
okay...ni ada sikit buah melaka juadah berbuka hari ke 2..buah melaka ni buat sy yang buat..tp air tangan bonda tersayang..so takde la resepi yg spesifik...sy cuma tolong gentel2 je..bonda dah bancuhkan..
katanya bancuh je tepung pulut ngan air perahan daun pandan hingga doh sederhana lembut. pastu bulatkan dan isikan dengan ketulan gula melaka.
Pastu didihkan air dalam periuk hingga mendidih..masukkan bebola tu dan rebus la hingga bebola tu timbul...toskan dan golekkan dlam kelapa parut putih yang telah digaul garam.


Tuesday, 12 June 2012

Pai tee....

 Assalamualikum wbt...
arini kiter layan resepi Pai Tee pulak..ada jugak yg panggil Top Hat...bentuknya kan cam topi gitu....
Pai Tee ni fofular kat kedai Ciken Rice Shop tu kan..sy tak penah makan kt situ  tapi selalu tgk kt iklan je...bila teringin nak makan kena la buat sendiri... Resepi ni dapat masa aktif kt Kongsi Resepi FB...skrang dh tak aktif dah...Resepi disumbangkan oleh rakan FB Nur Zehan Ardhea. Terima kasih ye Nur..sekali buat dah menjadi, cuma kena faham rentak acuannya . Acuan tak boleh terlalu panas..nnti bila dicelup dalam batter,ia akan masak di situ dan tertanggal terus. Kalau acuannya sejuk pulak,nnti kuihnya pecah pulak...jd pandai-pandai la adjust kepanasan acuan tu sebelum dicelup dalam batter.
Intinya pula bergantung pada kesesuaian. bole dipelbagaikan intinya tu..Contohnya sy gunakan tumisan udang dan pelbagai sayuran.Anda bole sediakan kelongsongnya dulu,simpan dam bekas kedap udara. Sediakan pula intinya dan bila nk makan barula diisi inti dalam kelongsongnya.

 Pai Tee (Nur Zehan Ardhea-Facebook)
4 sdb tepung gandum
3/4 cawan tepung beras
3/4 cawan air
1 bj telur
garam
sedikit air kapur
Satukan semua bahan dan kacau dengan whisk hingga semua bahan larut.
Panaskan minyak dan celupkan acuan pai tee sekejap dalam minyak.
Celupkan acuan dalam batter dan celupkan pula dalam minyak.
Biarkan kelongsong separuh masak dan keras sedikit.
Tolak kelongsong dari acuan dengan lidi.
Goreng hingga masak.

Saturday, 9 June 2012

Fruity Healthy Creamy Cream Puff

 Assalamualaikum wbt..
okay very quick apdet for tonite...berebut2 tiga beranak nk ngadap pc huhu....
ni ada le cream puff buat aritu..guna resepi yg sama dan mabeles dari citarasawan 
Terima kasih yg tak terhingga Kak Wan......Hanya allah yg mampu membalas jasa insan2 yang sudi berkongsi ilmu seperti Kak Wan .
Resepi nya ada kt sini yea.. cumanya sy tambah buah-buahan yang kebetulan ada...ada kiwi,peach dan anggur..kalo ada stoberi ,laici,mango pon best...i likeeee!




Friday, 20 April 2012

Baulu Gulung Klasik


Assalamulaikum wbt...
Terima kasih kepada pengunjung blog yg tak seberapa ni...Kunjungan anda memotivasikan sy untuk terus rajin bereksperimen di dapur...
baulu gulung ni terbuat bila terkenangkan jem nanas yg dh lama dok dlm peti ais tu...kalo dibiorkn lagi mmg masuk Cik tong le jawapnya...Resepi ni dapat dr majalah MIDi (tak sempat nk catat edisi berapa)...dulu-dulu sy selalu juga mencuba  beberapa resepi baulu gulung ..tp takde yg menjadi..tp setelah dapat resepi ni kali pertama cuba dah menjadi...seronok betoi rasanya...this is truly a  keeper recipe! dan kaedah di bawah ni adalah hasil R&D saya setelah beberapa kali cubaan.



Baulu Gulung Klasik
10 bj telur (sy selalu guna 8 atau 9 je)
380 gm gula
200 gm tepung
1 sdt esen vanila
Pukul telur dan gula hingga menjadi betul-betul kembang,pekat dan gebu.
Ayakkan tepung gandum kedalam bancuhan yang telah betul-betul kembang dan pekat.dan kacau perlahan dengan whisk hingga rata.
Tuangkan ke dalam loyangpembakar yg telah dilapik kertas minyak.
Adunan jangan dibubuh terlalu sedikit nnti baulu nipis dan rangup.jangan juga terlalu banyak nanti tebal susah nk digulung.
Bakar pada suhu 200-220 celcius selama 7-10 min.
Bila sudah masak keluarkan dan biarkan sejuk.
Bila sejuk terbalikkan baulu ke atas kertas minyak.
Tanggalkan kertas minyak yg melekat pd baulu perlahan-lahan.
Sapukan jem nanas hingga rata.
Gulung perlahan dari hujung dengan menolak kertas minyak.
Jangan sesekali menggulung dengan tangan tanpa beralas kertas. Nanti baulu pecah.

Jem nanas
2 bj nanas masak (sy guna nanas madu)
gula pasir secukupnya
Nanas diparut dan diperah airnya.
Nanas dimasak hingga kering dan perlu dikacau selalu supaya tak hangit.
Bila dah hampir kering baru masukkan gula mengikut kemanisan yang disukai.


Wednesday, 18 April 2012

Cream Puff


 Assalamualaikum..
Jom jamu mata dengan cream puff ni..kalo rajin bole le jamu perut sendiri pulak..terima kasih pada Kak wan kerana sudi berkongsi resepi yg sedap ni..dolu-dolu pernah buat tapi krim puff nya kembang semasa panas dan kecut bila sejuk...sungguh kecewa..tp dengan resepi ni alhamdulillah menjadi..
sy tak sempat buat inti kastardnya..tp dah penah cuba ari tu memang sedap...
tringat pulak makan krim puff kt cafe kt Istana Budaya Ahad lepas masa bawak budak2 tgk Upin Ipin..Cream Puffnya sedap..fillingnya pon sedap sangat...isy...tuan tanah ni apa yg tak sedap..semuanya sedap!


Cream Puff (terima kasih Blog Citarasawan
 110 gm mentega
250 ml air
1 sdk gula kaster
1/4 sdk garam
150 gm tepung gandum
4 bj telur B

Didihkan air,mentega,gula dan garam.
Tutup api dan masukkan tepung gandum,kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan menjadi doh.
Buka api dan kacau selama 2-3 min dengan api sederhana hingga kelihatan lapisan nipis putih di bahagian tepi periuk.
Angkat dan kacau doh hingga suam.
Masukkn sebiji telur dan kacau sebati.
Masukkan telur sebiji  lagi dan kacau sebati hingga habis.
pastikan adunan likat dan boleh dipaip.
Paipkan dengan menggunakan piping bag dan nozzle bentuk bintang di atas dulang pembakar yg dilapik dengan kertas minyak.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dahulu pd suhu 180 celicius selama 15 min dan 15 min lagi pada suhu 160 celcius

Krim Kastard
250 ml susu segar
2 sdb gula
2 sdb tepung kastard
1 kuning telur-dipukul
1/2 sdb majerin
campukan semua bahan kecuali majerin.
Masak hingga likat.Campurkan majerin dan angkat.
Sejukkan dulu dalam peti ais sebelum dipaip dalam cream puff yg telah dibelah (jgn putus ) di tepinya.


Wednesday, 11 April 2012

Karipap Pusing Sulung



Assalamualaikum wbt..
kali ni saya nk share ke 'excited'tan yg melampau kerana telah berjaya buat karipap pusing sendiri..selalunya saya biasa buat karipap biasa je...
tk berani nak cuba versi pusing-pusing ni..rasa cam susah dan complicated.. tetiba di suatu petang yang bersejarah..terbuka  hati plak nak buat anjakan paradigma..terhasillah karipap pusing sulung..
walaupon rupanya tak seindah biasa...
resepi hasil kajian di lynn my resepi...Alhamdulillah menjadi..
saya buat separuh adunan..tetapi bila digoreng bahagian dalamnya x berapa garing...
mungkin sebab saya uli tak lama untuk adunan yg berminyak tu...ok semak resepi ye..kalo nk tengok step-by-step bergambo..sila lah ke  sini ye...
terima kasih banyak-banyak kepada tuan punya resepi!

Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )

  • *Doh berminyak* :
  • 150 gm (margerin + shorterning atau2 apa jenis minyak sayur) ** saya dah removed bhn crisco
  • 300 gm tepung gandum
  • ....................................
  • *Doh biasa*:
  • 700 gm tepung gandum
  • satu sudu kecil garam
  • air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

Cara-cara

  1. Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
  2. Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
  3. Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
  4. Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
  5. Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
  6. Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
  7. Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong ) kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
  8. Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
  9. Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
  10. Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu