Friday 30 March 2012

Bila snow pudding tak jadi!


Assalamualaikum...
jangan betulkan skrin anda...memang gambo ini ditakdirkan senget begini seumur hidup! 
jenuh dh upload..makcik tak tau kenapa tak mau jadi tegak!
alkisahnya ..tuan tanah tringin nk makan Snow Puding cam kat dapo Kak Madiha...
Bila dah buka tutup peti ais dekat 10 kali..agak2 bahan cukup.. taun tanah pon mula la operasi..tp tuan tanah takde penimbang digital nk sukat 4 gram serbuk agar2..tuan tanah balun je..
bila dh siap layer pertama.kena tunggu keras..udah tak mau keras..Amekaww!
dh masuk peti ais pon tak mau keras gak..layer 2 dn 3 dah standby..jam dh dekat pukul 12..sudahnya tuan tanah tereban semuanya dlm loyang tu..
Hikmahnya di sebalik kegagalanku dapat la puding @aiskrim cekelat+stoberi  jeli yg sungguh lazat! mewah dengan rasa coklat dan masam manis stroberi !
kalo menjadi puding ku memang best giler la...moral of the stori..sila jangan jangan derhaka pada resepi n don't overconfident! hahahaha



Thursday 29 March 2012

Kuih Talam Roti Paun


 Assalamualaikum wbt..
tetiba terajin plak nk menalam bila tgk roti paun aka roti benggali dh nak kering dalam plastik.Terus skodeng dapo Kak Azlita....dapat resepi ni...hasilnya sy dapat menikmati kuih talam yang sangat sedap...rasanya agak unik..kombinasi roti,rasa pandan dan kastad yang memang ngamm..
terima kasih kepada Chef Asma dan Kak Azlita Aziz!

TALAM ROTI PAUN
By : Chef Asmah
 
Lapisan Bawah
4  keping roti Butterscotch ~ resepi asal roti putih
3 keping roti Choco Raisin ~ resepi asal roti putih
1 biji telur
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
100 ml santan pekat
125 ml air
1/4 sk vanilla essence


Panaskan kukusan
Sediakan loyang bulat berukuran 8 inc
Oleskan minyak makan pada loyang dan lapik dasar loyang dengan plastik.
Oleskan juga minyak pada plastik.

Roti dipotong kecil atau di carik-carik. Ketepikan
Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisker hinga sebati
Masukkan roti tadi dalam adunan dan rendam roti selama 30 minit atau sehingga roti lembut dan adunan telah meresap kedalam roti.
Tuangkan adunan dalam loyang.
Tutup loyang dengan aluminium foil atau balut tutup kukusan dengan kain (utk mengelakkan air menitis atas kuih
Kukus adunan selama 25 minit
Sementara menunggu adunan masak kita sediakan lapisan tengah



Lapisan tengah

1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api

Apabila lapisan bawah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu
Kemudian tuangkan adunan lapisan tengah
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit lagi.
Sementara menunggu lapisan tengah masak, kita sediakan lapisan atas pula.
Lapisan atas
1/4 cwn tepung kastard
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1/8 sk vanilla essence
2 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau oren ~ tak letak pun takpe


Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api



Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu
Kemudian tuangkan adunan lapisan atas
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30  minit atau sehingga talam masak dengan sempurna
~ Jika tidak tutup permukaan loyang atau tidak balut tutup kukus dengan kain, lap tutup kukus setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata

Setelah kuih masak sejukkan hingga benar-benar sejuk barulah di keluarkan dari loyang
Potong talam dengan menggunakan pisau plastik yang di oleskan dengan sedikit minyak makan, ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik

Wednesday 28 March 2012

Chicken Floss Doughnut

 Assalamualaikum wbt..
Sebagai keluarga  pencinta donut..rasanya  2 minggu sekali mmg kena main tepung mengerjakan donut..hihihi ...kali ni donut dibedak kan dengan chicken floss!
hanya goreng donut cam biasa...sapukan sedikit mayonis..dan taburkan chicken floss...yg dalam gambo comot dan huru hara sbb kt belakang fotografer dh berbaris kanak-kanak kelaparan!

Doughnut (Joy Of Baking)

160 gm tepung gandum
340 gm tepung roti
80 gm gula halus
1 sd teh garam
1 sd teh baking powder
15 gm susu tepung
10 gm yis segera
100 gm telur
200 ml air sejuk
60 gm lemak sayuran

Cara:
Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk (kecuali lemak sayuran) dan adun dengan 'hook' selama 3 minit.
Tambah lemak sayur dan adun lagi selama 10 minit sehingga doh matang.
Kemudian biarkan doh rehat selama 15 minit atau lebih.
Gelek adunan dan potong dengan donut cutter
Biarkan donut kembang selama 1 1/2-2 jam sebelum digoreng dengan api yang perlahan 
** saya guna BM..so hanya masukkan semua bahan2 dan BM uli..

** Selepas dipotong dengan donut cuuter seeloknya diletakkan di atas talam yang dilapik dengan kain tuala..InshaAllah takkan melekat dan senang diangkat bila hendak digoreng


Monday 26 March 2012

Green Peas Cookies





Assalamualaikum wbt..
 buat sekut kacang hijau ni semalam..untuk kudap-kudap ..hihihi..camne nk slim..mulut asik exercise jek!
aritu masa musim raya buat gak..tp guna kacang peas yg original..kali ni guna tepung kacang peas ready made..lagi senang..takyah blender-blender..resepi lama dh hilang google resepi baru tersangkut kat dapo Along ..tengkiu Along Roz dan Kak Wan

 Green Peas Cookies
Source: AlongRoz@HomeKreation
Source: Citarasawan
Bilangan: +/- 50biji
BAHAN2:
120g Tepung Kacang Peas
20g Serbuk Santan
180g Tepung Gandum
100g Gula Aising
1/4 st Garam
120ml Minyak Jagung
Utk sapu: 1 biji Kuning Telur + 1 st Air

CARA2:
1. Campurkan kesemua bahan sehingga membentuk adunan.
2. Bulat2kan sebesar guli.
3. Sapu atas biskut dgn kuning telur.
4. Bakar 160C selama 20 minit.
5. Sejukkan & simpan dlm bekas kedap udara.

Saturday 24 March 2012

Kek Oren

Assalamualaikum wbt...
hari ini sy nk kongsikan sebuah resepi yg mudah...mudah sebab sukatannya pakai sukatn cawan je...resepi ni dari Majalah Mingguan Wanita Edisi Raya 2008..Resepi asal ialah Kek Oren Badam..tp sbb saya tak masukkan badam jadinya Kek Oren saja..
Kek ini berstruktur padat...omputeh panggil Pound Cake...kawan saya makan dia kata kek ni macam kek orang dulu-dulu..hehehe
Dalam resepi ada perisa oren..tp saya takde perisa oren..hanya masukkan perahan oren dan parutan kulit oren..tp tetap tak dpt membangkitkan rasa oren..jadinya rasa orennya cuma manja-manja gitu...


Kek Oren 
1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan majerin
2 sdb susu pekat
1 sdt serbuk penaik
5 bj telur A
2 1/2 cawan tepung gandum
1 bj oren (parut kulitnya)
1/2 biji oren (perah jusnya)

1. Pukul gula dan majerin hingga kembang
2. masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul rata.
3. Tambahkan susu pekat diikuti tepung yang sudah diayak dengan serbuk penaik.
4. Tambah perisa oren dan gaul sebati.
5. Tambah parutan kulit oren dan jus oren.
6.Kacau rata dengan spatula.
7. Sapukan loyang pembakar dengan shortening dan tabur sedikit tepung.
7. Masukkan dalam loyang pembakar dan bakar hingga masak pada 180 celcius. (lebih kurang 40 minit)
Yang ini versi cupcake...

Monday 19 March 2012

Spicy Tom Yum With Pineapple

 Assalamualaikum wbt..
kemain lagi tajuk entry...cam menu kt hotel plak! jangan le anda terpedaya sepertimana kita selalu terpedaya bila baca menu yg berderet kt Buku menu hotel tu...
ini cuma tom yam biasa je..pakai pes je pon..tambah aje nenas yang sy x berapa brani nk mkn mentah..hehehe
sebenarnya sy lebih minat tomyam versi putih...paste-free..kalo g kdai tomyam..sy tanya tomyam kaler apa? kalo merah..mmg x berapa minat..
tapi ni sbb mmg xde serai limau langsung dlm stok..terpaksa juga pakai pes tom yam dlm botol tu...maka jadi lah tom yam merah menyala!
Maka saya selitkan juga resepinya kt sini..kot-kot anak-anak sy nk buat nnti...

Spicy Tom Yum With Pineapple
1/4 ekor ayam (potong kecil)
3-4 sdb pes tomyam
1 labu bawang besar (hiris membulat)
1/2 btg karot (hiris nipis)
1 bj perahan limau nipis
sedikit hirisan nenas masak
daun ketumbar
Rebus ayam dengan pes tom yam hingga ayam lembut dan masak.
Tambahkan bahan-bahan lain dan renehkan lagi.
perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Hias dengan hirisan daun ketumbar.

Friday 16 March 2012

Kek Buah Kukus

Assalamualaikum wbt...
Baru-baru ni ada kawan mintak tolong buatkan kek untuk merisik..nk bawak jauh ke Kelantan..Jadi saya cadangkan Kek Buah Kukus ni...senang nak handle kan...bila dh buat  untuk orang lain...orang rumah pon teringin nk makan..kena la buat seken round ..orang rmh sy ni mmg peminat kek buah...
Resepi ni adalah olahan dari sweetlillykitchen dari segi jumlah buah-buahan campuran...terima kasih kepada Nina kerana sudi berkongsi resepi.
 Kek Buah Kukus (olahan dr sweetlilly )
300 gram tepung gandum
1 sdt cream of tartar
1 sdt soda bikarbonat
1  cawan gula halus
250 gram butter
3 biji telur
1 sdt esen vanila
400 gm buah-buahan campuran

Gula Hangus
1 cawan gula
1/4 cawan air
Hanguskan gula hingga gula hancur dan brwarna coklat sambil dikacau.
bila semua gula telah hangus,tambah air perlahan-lahan.
Kacau lagi hingga menjadi larutan gula yang sekata.

Tepung diayak dengan cream of tartar dan soda bikarbonat.
Campurkan tepung yang di ayak dengan buah-buahan kering. Gaul rata.
Pukul Butter dan gula halus hingga kembang sedikit.(Jangan overbeat)
Tambah telur sebiji demi sebiji.
Tam,bah esen vanila.
Tambah tepung yang telah digaul dengan buah-buahan tadi.
Kacau dengan spatula secara kaup balik.
Tambah gula hangus yang agak-agak suam. Kacau rata.
Kukus selama 3 jam.
jangan lupa bungkus penutup dengan kain untuk elak air menitik ke kek.
Pastikan air dalam periuk kukus sentiasa cukup. Bila dah berkurangan, tambah air mendidih.
Jika nak tahan lebih lama. bakar sekejap dalam oven selepas kek siap dikukus.

Tuesday 13 March 2012

Muffin Pisang

Assalamualaikum wbt..
Kengkawan kalo ada pisang dh masak ranum kt dapo tu..bule le dibuang kulitnya..dilenyek-lenyek...dicampor  tepung sikit...nnti jadi le maffin pisang..kejap je buatnya...jom buat!
Resepi olahan dari Zuraini Alias dan All Recipes   Terima Kasih Daun Keladi!

 Simple Banana Muffin olahan dr resepi  Zuraini Alias
2 cwn tpg
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikabonat
2-3 bj telur
1 cwn minyak
1 cwn brown sugar
2-3 bj pisang masak (lenyek)-sy selalu bubuh extra
1/2 cwn susu segar /susu cair
sedikit esen pisang

Campurkan semua bahan.
Baking power dan soda diayak guna penapis teh ke dalam bancuhan
Kalau adunan agak caik tambah sedikit tepung naik sendiri.
Masukkan adunan dlm muffin cup.
bakar  pada suhu 190 celcius selama 20-25 min

Sunday 11 March 2012

Kek Karamel


 Assalamualaikum wbt...
Tetiba teringin nk makan kek karamel...terpaksalah merajinkan diri godek-godek kt ceruk dapo nun...
tgh syok-syok asingkan putih dengan kuning telur..tetiba ada plak sebijik kuning telur tu tercampur..
isy..rasa cam x bole jadi ni..tanya mak..camni nk buat ni..udah bercampor..mak kata..buat je..mau jadi nanti...projek diteruskan jugak..
.tp bila nk buat meringue tu...putih telur dh merajuk...langsung x mau naik...tu ler degill...hahaha..
telur pulak dah abih..terpaksa le terbang k kedai bli telur....
next time...sila jgn derhaka ye esah!!
ok..kek ni memang meletop..gabungan karamel dan kek cipon yg lemah lembut memang sangat serasi!

Kalau tringin nk buat bole refer kt sini..thanks Kak Munira Baharum dan Kak Azlita Aziz
sy copy juga resepinya di sini dr Ratuhati.com..terima kasih

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair .(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)


(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...



Friday 9 March 2012

Kuih Keria Bonda

 Assalamulalaikum...
Siapa suka makan kuih keria? masa kecik-kecik dulu kami panggil kuih gelang je...Kalo ada ubi keledek..memang mak akan buat kuih ni...buat siap-siap malam..pagi esoknyanya goreng ..dapat le bersarapan kuih gelang sebelum ke sekolah..

  


Kuih Keria Bonda
400 gm ubi keledek (5-6 bj saiz S) -direbus hingga empuk dan dilenyek
4-5 sdb tepung gandum
gula halus (untuk disadur )
Campurkan ubi lenyek dengan tepung dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan boleh dibentuk.
Betukkan bebola kecil dan tebuk di tengahnya dengan jari.
Goreng hingga masak dan berwarna keemasan.
Golekkan kuih yang telah digoreng dengan gula halus.

Wednesday 7 March 2012

Bubur Caca Bonda

Assalamualaikum...
Bahagianya kalo hari-hari dapat merasa air tangan bonda..Almaklumlah..mak masak semua sedap...
Terima kasih mak....Bertuah badan..dah tua-tua cam ni pon dapat gak makan mak masak..semoga mak sihat selalu...
siap pesan kat mak.."nanti mak kabo mak masuk gula berapa banyak.."


Bubur Caca Bonda

100 gram caca (direndam sekejap dan direbus hingga lembut)
200 gram ubi keledek ( dipotong dadu dan direbus hingga lembut)
100 gram isi jagung
400 ml santan (dr 1 bj kelapa)
50 gram sagu
100-150 gram gula (mengikut kemanisan yg disukai)
sedikit garam

Masukkan semua bahan ke dalam periuk  dan kacau sentiasa supaya santan tidak pecah miyak.
Tambah air kalau bubur terlalu pekat.
Bila dah mendidih dan cukup manisnya boleh la tutup api.

Monday 5 March 2012

Bubur lambuk

Assalamualaikum..
kalo kengkawan ajak buat pot luck...sy selalunya akan volunteer buat bubur lambuk...sbb senang citer ..pakai campak2 je...heheh..

Bubur Lambuk Simple

2 cwn beras
3 cm halia (dihiris halus)
1 sdk lada hitam
2-3 kuntum bunga lawang
1 btg kecil kulit kayu manis
100 gm udang geragau
200 gm isi ayam (potong kecil)
1 kiub ayam knor
1/2 btg lobak ( potong dadu)
1/2 batang celery(hiris)
1/2 cwn santan pekat

Masak beras dengan air secukupnya hingga menjadi bubur.
Tumis halia ,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
Masukkan tumisan td ke dalam bubur.
Masukkan semua bahan2 lain kecuali santan.
Masak hingga mendidih. Rasakan garamnya.
Tambah santan. Masak lagi hingga mendidih barulah ditutup api.
Boleh dihidangkan dengan ikan bilis goreng,daun sup,bawang goreng,telur masin atau sambal kicap..
** Masak bubur ni xleh tinggal. kena selalu kacau...nnti kerak tebal plak...




Saturday 3 March 2012

Peach Longan Jelly





Assalamualailum..
Sharing my 'thirst-quench' project...sgt sesuai dilayan semasa musim panas...






Peach Longan Jelly
200 gm longan kering
6-7 cwn air
100-150 gm gula (ikut manis yg disukai)
1 sdb serbuk agar-agar
2 helai daun pandan (dikoyak dan diikat)
sedikit buah peach dalam tin

Masak buah longan dengan air dan daun pandan hingga longan kembang.
tambah gula dan rasakan manisnya.
Tambah serbuk agar-agar dan kacau hingga mendidih.
Tutup api dan biarkan suam.
Bubuh buah peach yg telah dipotong kecil di dalam bekas.
Tuangkan bancuhan longan yang telah suam. Sejukkan.