Monday, 16 April 2012

Pudding In A jar

 Assalamualaikum...
di musim-musim paneh terik ni..dlm kepala saya asik terbayangkan mende2 yg sejuk2 camni je...ni sesajae buat puding untuk jamuan ringan ngan kengkawan..sambil diposingkan dalam balang hadiah dr kenduri kawin..dalam balang tu diisi kacang sedap...
trend skarang kek dalam balang...yg ini puding atau dadih segera perisa laici...kat atasnya sy tambahkan buah-buahan koktel dan airnya sekali...



Thursday, 12 April 2012

Mi Rebus Kopitiam

 Assalamualaikum wbt...
sesekali  dah jemu makan nasi..tekak tringin makan mi rebus....terpaksa buat-buat rajin rebus ubi...kupas2 bawang...buat apa yg patut....berejam2 kt dapo baru le dapat menikmati apa yg dihajati..Alhamdulilah!
 Bahan-bahan (utk 5 org)

50 gm udang kering(dikisar)
100 gm daging (dipotong halus)
30 gm rempah kari daging
80 gm cili kering blender
40 gm lada putih (sy guna serbuk )
3 bj bawang besar (dikisar)
200 gm ubi keledek (dipotong dadu halus )- sy rebus dan blend
1 liter air
minyak
garam dan gula batu- saya boh gula merah

Bahan hidangan
mi kuning,celur
telur rebus
tauhu goreng,bawang goreng,daun sup
keropok udang

Cara penyediaan
1. Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan air,kacau hingga mendidih dan masukkan gula.garam, lada putih,daging.
3. Masukkan ubi,kacau dgn api kecil sehingga pekat..


Wednesday, 11 April 2012

Karipap Pusing Sulung



Assalamualaikum wbt..
kali ni saya nk share ke 'excited'tan yg melampau kerana telah berjaya buat karipap pusing sendiri..selalunya saya biasa buat karipap biasa je...
tk berani nak cuba versi pusing-pusing ni..rasa cam susah dan complicated.. tetiba di suatu petang yang bersejarah..terbuka  hati plak nak buat anjakan paradigma..terhasillah karipap pusing sulung..
walaupon rupanya tak seindah biasa...
resepi hasil kajian di lynn my resepi...Alhamdulillah menjadi..
saya buat separuh adunan..tetapi bila digoreng bahagian dalamnya x berapa garing...
mungkin sebab saya uli tak lama untuk adunan yg berminyak tu...ok semak resepi ye..kalo nk tengok step-by-step bergambo..sila lah ke  sini ye...
terima kasih banyak-banyak kepada tuan punya resepi!

Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )

  • *Doh berminyak* :
  • 150 gm (margerin + shorterning atau2 apa jenis minyak sayur) ** saya dah removed bhn crisco
  • 300 gm tepung gandum
  • ....................................
  • *Doh biasa*:
  • 700 gm tepung gandum
  • satu sudu kecil garam
  • air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

Cara-cara

  1. Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
  2. Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
  3. Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
  4. Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
  5. Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
  6. Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
  7. Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong ) kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
  8. Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
  9. Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
  10. Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu

Monday, 9 April 2012

Egg Tart



 Assalamualaikum..
kan dah kata... InshaAllah..kalo takde aral melintang, program penambahan berat badan terus berlangsung di ceruk dapurku...kali ni kita jamu selera dengan tart telur..resepi dr Aunty Yochana singapore.
ni kali kedua guna resepi ni tp saya dh edit jumlah gula mengikut tahap kemanisan yg sesuai untuk orang mesia..resepi asal 160 gm gula..sy kurangkan jd 100 gm..atau sy yg salah copy resepi..hehehe..
tastewise..egg tart ni berjaya mengembalikan nostalgia makan egg tart masa jaman sekolah rendah..bli kt kedai cina...masa tu mana tau halal haram..pakai redah je..
sekarang Alhamdulillah kalo terasa nk makan bule buat sendiri..puas hati rasanya..kastardnya lembut,lemak,manis semua cukup...
tapi tak boleh isi penuh-penuh..isinya melimpah keluor..
lagi satu.. saya heran gak..walaupon saya simpan dalam airtight taperware ..cepat beno plak dia lemau..apa celop?
takpe..nnti sy R &D lagi...supaya dapat cam kat bakeri tu..hehehe


Egg Tart

Tart shell

125 gm butter
60 gm gula icing
250 gm tepung
1/2 bj telur
1 sd teh esen vanilla

Pukul butter dan gula icing hingga rata, tambah telur,esen vanila dan tepung.
Uli hingga menjadi doh.
Ambil sedikit doh dan tekan pada acuan tat yg telah di gris dengan majerin/butter.
Potong bahagian yang berlebihan di tepi dengan pisau.

Egg Custard ( thanks to Aunty Yochana @Singapore)

280 gm. fresh milk
100 gm. sugar
3 nos. eggs
1 tsp. rum ( omit)
1/2 tsp. vanilla essence

Method:
(5) For egg custard, heat sugar and milk together. Once sugar dissolves, off heat.
(6) Whisk eggs and pour into the milk mixture. Do not whisk till frothy.
(7) Add in vanilla essece.
( Sift the egg custard and pour into tart moulds and bake at 175C till egg custard sets.

Saturday, 7 April 2012

Peanut Butter Roll



Assalamualaikum...
selamat berhujung minggu yea kawan-kawan..ni tayangan menu rajin minggu lepas..minggu ni nk duduk diam-diam dalam bilik nak tidooo..selepas seminggu yg hectic.
Kek ni sesuai bagi peminat peanut butter seperti saya..gabungan kek span vanilla dan penut butter ditambah kerangupan kacang menjadikan kek ni unik...sy buat separuh dr sukatan..resepi dr buku Cake Talk (Wendy Kor )
Peanut Butter Roll
A 150 gm putih telur (4 bj)
   1/4 sdt cream of tartar
  80 gm gula kastor

B  50 gm gula kastor
    1/4 sdt garam

C  50 gm tepung halus
    1/4 sdt baking powder
    1 sdb susu tepung

D  40 ml minyak
    75 gm kuning telur (4 bj)
   1 sdt esen vanila
   30 ml air
250 gm peanut butter
150 gm kacang tanah yg dipanggang dan dicincang

Ayak bahan C dan campur bahan B.
Masukkan bahan D dan kacau hingga berkrim. Ketepikan dahulu.
Pukul bahan A hingga naik dan kembang.
Campurkan bahan A ke dalam bancuhan kek dan kacau hingga sebati
Tuangkan bancuhan ke dalam loyang 4 segi  bersaiz 14 inc yang dilapik dengan kertas minyak.
Bakar pada suhu 180 celcius selama 15 min.
Selepas kek sejuk.terbalikkan kek ats kerts minyak dan sapukan peanut butter dan gulung dengan kemas.
Sapu nipis peanut butter di bahagian luar dn salutkan dengan kacang.

Announcement: resepi tiramisu n3 sebelum ni ada correction sikit..jumlah gula tu ada typo..sori yea.

Thursday, 5 April 2012

Jom Tiramisu!

assalamualaikum wbt...
dah lama tak bersiaran....program penambahan berat badan terus berlangsung di dapoku...
moh kita layan tiramisu....best layan tiramisu sejuk-sejuk...


Chocolate Sponge Cake
250 gm sponge mix
3 sdb serbuk koko
4 bj telur
60 ml air
60 ml minyak jagung
Campurkan tepung sponge mix dengan telur dan pukul dengan mixer  hingga campuran menjadi putih,pekat dan kental .
Tambah serbuk koko dan air dan pukul lagi hingga kental.
Tambah minyak dan pukul perlahan hingga rata.
Tuang adunan dalam loyang yg telah dilapik dengan kertas minyak dan disapu shortening di tepinya.
Bakar pd suhu 180 celcius selama 35-40 min.
Setelah masak terus terbalikkan kek diatas jaring selama 10 min.
Selepas itu bole kel;uarkan kek dr loyang.

Filling
1/2 cwn air suam dibancuh dengan 1 sdt nescafe dan 1 sdt gula
Coklat masakan ( untuk diparut)
125 gm cream cheese
150-200 gm gula icing (ikut manis yg disukai)-update 100 gm
300 gm whipping cream (dipukul hingga pekat)
Cream cheese dipukul dengan gula icing hingga kembang.
Tambahkan whipping cream dan pukul rata hingga kembang

Hiriskan kek span coklat kepada 3 lapisan.
Letakkan lapisan yg pertama dan basahkan kek dengan air nescafe.
Sapukan campuran cream cheese dan whipping cream.
Parutkan coklat keatas krim.
Ulang hingga habis.
Sapu krim untuk menutup seluruh kek.
Ayakserbuk koko di atas kek.
Sejukan kek beberapa jam.



Tuesday, 3 April 2012

Sayur apakah?


 Assalamualaikum wbt..
penah tak tengok sayur tu? hahahaha..tu namanya pucuk geti atau ada juga yang panggil daun jati...
biasanya dibuat masak lemak putih...tapi kali ni kita cuba style lain pulak...
ni arwah MIL yg ajorkan...banjar stlye...
mula-mula kita simpulkan pucuk geti dan ikat ketat-ketat..

lepas tu..pecahkan telur,bubuh sikit garam dan pukul rata macam nk buat telur dadar...
celupkan pucuk tadi..dan digoreng dalam minyak yang panas..

sedap dimakan sebagai lauk sampingan....bila nk makan tu..lurutkan daun dari tangkainya...tangkainya nggak dimakan sekali ya...