Tuesday, 1 May 2012

Kek Alunan Kasih


Assalamualaikum ..
arini lapor kek plak....teringatkan kek yg popular kt fb tak lama dulu...kek Alunan Kasih oleh Pn Mastura Yasak...kek yang klasik, mengingatkn kita dengan kek orang2 lama...


ni plak mak andam dh pakaikan bedak cap nyonya...nk bli bedak mac takde bajet!!!!


ni setelah pos motem....hehehe...jemput makan semua...


Kek Alunan Kasih (Pn Mastura Yasak-Kongsi Resepi FB)
1 1/2 cawan marjerin (sy guna butter)
2 cwn gula halus
5 bj telur
esen vanila
2 1/2 cwn tepung
1 sdk  baking powder
1/2 cwn susu cair
serbuk koko
1. Ayak tepung dengan baking powder.
2. Pukul majerin dan gula halus hingga kembang.
3. Tambah Telur sebiji demi sebiji.
4. Tambah esen vanila.
5. Tambah tepung yg telah diayak berselang seli dengan susu cair.
6. Gaul rata adunan.
7. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Tambahkan warna yg disukai.
8. Sediakan loyang yang telah dilapik kertas minyak. Tuangkan separuh adunan bagi warna pertama ke dalam loyang.Ayakkan serbuk koko ke atas adunan. (sy tambah serbuk milo).Ulang proses hingga habis.
9. Bakar adunan pada suhu 180 celcius hingga masak.


Monday, 30 April 2012

Mi Kuah Kids Version


Assalamualaikum....
Terima kasih kepada kawan2 blogger yang sudi bertandang...arini sy nk share menu bersaskan mi yang amat digemari anak2 saya...kalo dibuat camni lajulah diorang makan sayur-sayur kat dalam kuah tu...kalo nak pedas ketukkan beberapa biji cili api...baru la power!

Mi Kuah Kids Version
Kuah

2 ulas bawang putih diketuk
tulang2 ayam
isi ayam ( dipotong kecil)
tauhu (dipotong kecil)
udang
3-4 sdb sos cili
1 sdb sos tiram
sayuran (sawi,putik jagung,bunga kubis,karot)
telur
sedikit tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
garam
gula

Mi Kuning
Bawang goreng
daun sup

Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan tulang2 ayam dan air.
Renehkan hinggamendapat stok ayam. Tambahkan isi ayam,tauhu,sos cili,sos tiram,garam dan gula.
Renehkan lagi dan rasa masam,masin dan manisnya.biar manis sikit pon takpe.
Bila dah cukup rasanya tambahkan sayuran yang dipotong kecil.
Bila sayur dah masak tambahkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Akhir sekali pecahkan telur dan bila telur dah masak boleh lah tutup api.






Wednesday, 25 April 2012

Tempoyak Tilapia Belimbing Buluh

Assalamualaikum....
arini teman jamu komer lauk tempoyak......moh kiter...!
kalo masak tempoyak orang perak ni cayor sikit le dibanding ngan belah2 pahang tu...ater orang perak ni gemor beno ngerup kuahnya...baru pueh!
lagi satu kalo mak teman tu gemor beno bubuh timun dalam masak tempoyak..yang ni takde le bertimun tapi teman bubuh belimbing buluh...bagi masam sebab teman tak bubuh asam keping...

Tempoyak Tilapia Belimbing Buluh
1 ekor ikan tilapia
3-4 sdb tempoyak
12-15 biji cili api kampung(ditumbuk bersama garam)
4-5 bj belimbing buluh
1 bj tomato
sebatang serai (diketuk)
air secukupnya

Semua bahan direnehkan bersama kecuali ikan dan tomato .
Rasakan garamnya. Bila mendidih masukkan ikan dan tomato dan masak lagi hingga ikan masak.







Monday, 23 April 2012

Sayur Campur Ginseng

 Assalamualaikum..
terima kasih kerana masih sudi singgah ke sini...minggu ni tak sempat nak bereksperimen di dapur.....masak pon biasa-biasa saja..setakat masak sayur campur pon nk tayang kat sini ke? ..takpe la sayur ni spesel sikit sbb guna daun ginseng sebagai  added value...daun  ginseng ni pemberian kawan saya..dh lama hidup kt dalam pasu kat laman tu....selalunya daun ginseng ni selalu saya buat ulam emergency tapi kali ni dimasukkan dalm tumis sayur campur ni..daunnya macm kt dlm gambo tu ye...rasanya mcam sayur lain juga..tak le pahit...akarnya kalo dh besar boleh dihiris sikit dan dimasukkan ke dalam sup..sy pon tak dan lagi nk tengok akarnya...


Sayur Campur Ginseng
2-3 ulas bawang putih (diketuk)
sedikit udang atau ayam
sos tiram
100 gm bunga kubis
100 gm kacang peas
50 gm daun ginseng
2 biji tomato
Tumis bawang putih hingga wangi.
Tambahkan ayam atau udang serta bunga kubis.
Tambahkan sos tiram dan sedikit air. masak hingga bunga kubis agak lembut.
Masukkan kacang peas,daun ginseng ,tomato dan sedikit garam. Tumis sekejap dan tutup api.

Friday, 20 April 2012

Baulu Gulung Klasik


Assalamulaikum wbt...
Terima kasih kepada pengunjung blog yg tak seberapa ni...Kunjungan anda memotivasikan sy untuk terus rajin bereksperimen di dapur...
baulu gulung ni terbuat bila terkenangkan jem nanas yg dh lama dok dlm peti ais tu...kalo dibiorkn lagi mmg masuk Cik tong le jawapnya...Resepi ni dapat dr majalah MIDi (tak sempat nk catat edisi berapa)...dulu-dulu sy selalu juga mencuba  beberapa resepi baulu gulung ..tp takde yg menjadi..tp setelah dapat resepi ni kali pertama cuba dah menjadi...seronok betoi rasanya...this is truly a  keeper recipe! dan kaedah di bawah ni adalah hasil R&D saya setelah beberapa kali cubaan.



Baulu Gulung Klasik
10 bj telur (sy selalu guna 8 atau 9 je)
380 gm gula
200 gm tepung
1 sdt esen vanila
Pukul telur dan gula hingga menjadi betul-betul kembang,pekat dan gebu.
Ayakkan tepung gandum kedalam bancuhan yang telah betul-betul kembang dan pekat.dan kacau perlahan dengan whisk hingga rata.
Tuangkan ke dalam loyangpembakar yg telah dilapik kertas minyak.
Adunan jangan dibubuh terlalu sedikit nnti baulu nipis dan rangup.jangan juga terlalu banyak nanti tebal susah nk digulung.
Bakar pada suhu 200-220 celcius selama 7-10 min.
Bila sudah masak keluarkan dan biarkan sejuk.
Bila sejuk terbalikkan baulu ke atas kertas minyak.
Tanggalkan kertas minyak yg melekat pd baulu perlahan-lahan.
Sapukan jem nanas hingga rata.
Gulung perlahan dari hujung dengan menolak kertas minyak.
Jangan sesekali menggulung dengan tangan tanpa beralas kertas. Nanti baulu pecah.

Jem nanas
2 bj nanas masak (sy guna nanas madu)
gula pasir secukupnya
Nanas diparut dan diperah airnya.
Nanas dimasak hingga kering dan perlu dikacau selalu supaya tak hangit.
Bila dah hampir kering baru masukkan gula mengikut kemanisan yang disukai.


Wednesday, 18 April 2012

Cream Puff


 Assalamualaikum..
Jom jamu mata dengan cream puff ni..kalo rajin bole le jamu perut sendiri pulak..terima kasih pada Kak wan kerana sudi berkongsi resepi yg sedap ni..dolu-dolu pernah buat tapi krim puff nya kembang semasa panas dan kecut bila sejuk...sungguh kecewa..tp dengan resepi ni alhamdulillah menjadi..
sy tak sempat buat inti kastardnya..tp dah penah cuba ari tu memang sedap...
tringat pulak makan krim puff kt cafe kt Istana Budaya Ahad lepas masa bawak budak2 tgk Upin Ipin..Cream Puffnya sedap..fillingnya pon sedap sangat...isy...tuan tanah ni apa yg tak sedap..semuanya sedap!


Cream Puff (terima kasih Blog Citarasawan
 110 gm mentega
250 ml air
1 sdk gula kaster
1/4 sdk garam
150 gm tepung gandum
4 bj telur B

Didihkan air,mentega,gula dan garam.
Tutup api dan masukkan tepung gandum,kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan menjadi doh.
Buka api dan kacau selama 2-3 min dengan api sederhana hingga kelihatan lapisan nipis putih di bahagian tepi periuk.
Angkat dan kacau doh hingga suam.
Masukkn sebiji telur dan kacau sebati.
Masukkan telur sebiji  lagi dan kacau sebati hingga habis.
pastikan adunan likat dan boleh dipaip.
Paipkan dengan menggunakan piping bag dan nozzle bentuk bintang di atas dulang pembakar yg dilapik dengan kertas minyak.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dahulu pd suhu 180 celicius selama 15 min dan 15 min lagi pada suhu 160 celcius

Krim Kastard
250 ml susu segar
2 sdb gula
2 sdb tepung kastard
1 kuning telur-dipukul
1/2 sdb majerin
campukan semua bahan kecuali majerin.
Masak hingga likat.Campurkan majerin dan angkat.
Sejukkan dulu dalam peti ais sebelum dipaip dalam cream puff yg telah dibelah (jgn putus ) di tepinya.