Sunday, 10 March 2013

Kek Pisang Choco Chip Walla


 Assalamualaikum wbt..
hari ni meh kita tengok resepi Kek Pisang yang sangat best ni...sy dapat ni dr kawan baik sy..
namanya Kak Ita....kalo buat kek pisang..memang saya guna resepi ni...InshaAllah tak pernah mengecewakan...
Selamat mencuba!



Kek Pisang Choco Chip Walla
1 cawan butter
1 cawan gula castor/gula perang
5 bj telur
2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 cawan pisang lenyek (seeloknya pisang berangan atau emas)
1/2 cwn susu cair
3/4 cawan chocolate chip
1 sdt esen pisang
Pukul butter dan gula hingga kembang.
Tambah telur sebiji demi sebiji.
Tambah tepung dan pisang dan esen pisang. Gaul rata.
Tambah chocolate chip.
Bakar dengan 180 celcius hingga masak.

Friday, 8 March 2013

Udang Pecah Kolesterol


Assalamualaikum wbt....
Selamat berhujung minggu ye kawan-kawan...hari ni sy share menu udang yang simple je...idea terhasil bila tengok oat tak luak-luak...bila kat kedai tu..beli oat kunun-kunun hari-hari nk brekfes oat..nk amalkan menu sihat...muahahahaha...ok drp membazir oat tu sy pon masukkan dlm masakan harian..terhasillah resepi udang pecah kolesterol ni..udang yg tinggi kolesterol bila digabungkan dengan oat akan dapat control aras kolesterol kita kan...

 Udang Pecah Kolesterol
400-500 gm Udang (dibersihkan dan ditos)
100 -150 gm oat
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 bj bawang besar( dihiris bulat)
4 bj cili burung (diketuk)
1 tangkai daun kari

Udang digaul dengan garam kunyit dan dicampur dengan oat.
Panaskan minyak dan goreng udang tadi hingga masak.
Ketepikan udang dan keluarkan minyak.Tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumis bawang putih , bawang besar daun kari dan cili burung hingga wangi.
Masukkan udang dan gaul rata.


Tun Telani 1st Giveaway-My Favourite Food

Assalamualaikum wbt...

syoknya bila tgk n3 Kak Amie nun di  Lahad Datu...tentang Give Away yang dianjurkan oleh Tun Telani... sy ni tak pernah masuk mana-mana Give Away ...kali ni saja nak try....kot-kot langkah kanan dapat Buku Resepi best dr Tun....kiter-kiter ni kan  suka collect buku resepi...dapat release tensen bila tengok gambo yang cantik-cantik tu...ok..cara nak menyertainya bole tgk kat blog Tun Telani


Syarat2 penyertaan:
1. Terbuka kepada semua follower lama dan baru (dh lama followwww!)
2. Buat n3 bertajuk -Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food(done)
3. Copy paste gambar di atas dan linkkan ke blog tun(done)
4. Tuliskan apa makanan kegemaran anda ^^ kalau ada gmbr letak gambar, kalau ada resepi blh tulis resepi, tp x wajib. cerita la sket kesedapan makanan tu. hihi (done)
5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen.. **** tun menghadapi masalah utk komen di EMBEDDED komen ye, cuma dpt komen di pop-up window, harap maklum.
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Mac 2013.
2 hadiah berikut menanti pemenang /XD   (hadiah sorang satu ye.. jd akan ada 2 pemenang)
Buku resepi yg sgt awesome dgn gambar yg sgt cantik!

Ok...so my feberet food mmemang le banyak kan..tapi among the top of the list is cik donut...donut ni bg sy..memang tak jemu dimakan  dan bole dipelbagaikan topingnya...tu yang jd bertambah-tambah sedap tu..kannn..tp yg best sekali tentulah donut yang bersalut gula kan...tambah plak kalo donut lembut tu  dimakan suam-suam..issssyy..rasa cam nk buat sekarang gak.. banyak resepi donut yang best-best..cumanya tak jumpa lagi yg 100% cam donut feberet sy kt kedai epal beso tu...hehehe

Doughnut (Joy Of Baking)

160 gm tepung gandum
340 gm tepung roti
80 gm gula halus
1 sd teh garam
1 sd teh baking powder
15 gm susu tepung
10 gm yis segera
100 gm telur
200 ml air sejuk
60 gm lemak sayuran

Cara:
Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk (kecuali lemak sayuran) dan adun dengan 'hook' selama 3 minit.
Tambah lemak sayur dan adun lagi selama 10 minit sehingga doh matang.
Kemudian biarkan doh rehat selama 15 minit atau lebih.
Gelek adunan dan potong dengan donut cutter
Biarkan donut kembang selama 1 1/2-2 jam sebelum digoreng dengan api yang perlahan 

** Selepas dipotong dengan donut cuuter seeloknya diletakkan di atas talam yang dilapik dengan kitchen towel..InshaAllah takkan melekat dan senang diangkat bila hendak digoreng

Selamat Mencuba

Thursday, 28 February 2013

Talam Keladi


Assalamualaikum wbt..dan salam hari Jumaat...
Jangan mare..harini showcase kuih talam lagi...sekrang ni bule katakan..hari2 dok menalam...kiter nk gi kelas kuih talam komersial  orang rumah tak bagi..kena la belajo dengan tenet je...sib baik kat tenet ni ramai sifu yang yang sudi kongsi ilmu kan...salah satu dari koleksi talam yang dah berjaya ialah talam keladi ni..dulu-dulu ada buat sekali..tapi tak cukup ummmphh...yang ni memang perfect la...
ok..resepi ni hasil skodeng dapur  Kak siti delima...dan Kak Siti berkongsi pula dari  Kak Yatie dan 
Kak Yatie pula share resepi dari Chef Asma ...Terima kasih kepada semuanya yea....

Kuih Talam Keladi
Sumber : Yatie Memories
Di Olah : Che CT

Bahan Lapisan Bawah :
2 Cawan tepung beras
3 Sudu besar tepung ubi
1 1/2 Sudu kecil garam
6 Sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air

300 gm keladi - dibersihkan dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam. Potong kiub dan kukus selama 5 minit - (kukus dulu, baru ditimbang).

Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi yang di potong kiub tadi.
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit

Bahan Lapisan Atas :
1 1/2 cawan tepung gandum
250 gm gula halus
3 biji telur
250 ml santan
500 ml air
Sedikit pewarna purple dan perisa Yam

Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit lagi. Lap tutup kukusan setiap 5 minit sekali.

Saturday, 23 February 2013

Talam Suji



Assalamualaikm wbt...
Semoga kawan-kawan sihat walafiat dan ceria selalu...kalo tak ceria..cuba buat kuih talam suji ni...InshaAllah ceria le bila dah dapat makan....hehehee...sebabnya buat kuih ni yang teramat senang...dan rasanya plak..yang teramat sedap...resepi ni dapat hasil google...tersangkut kt dapor tersohor Kak Siti dan  beliau dapat resepi ni dari chef idola ku Kak Hanieliza  ....terima kasih kepada kedua-duanya kerana berkongsi resepi berguna ni...sayang anda berdua!

TALAM SUJI

Lapis bawah :

1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
1 cawan gula merah

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. Hidangkan.

Saturday, 26 January 2013

Masak Tempoyak Ikan Patin


 Assalamualaikum wbt..
hari ini  ai masak tempoyak ikan patin....saper-saper yang tak makan ikan darat tu mintak maaf le yer.....
yang minat ikan patin tu bole la layan resepi yang senang ni..muahahahaaha
Masa kecik2 dulu mak selalu masak tempoyak..tapi stail orang perak masak kuahnya tak berapa pekat...ikannya pulak selalunya ikan kembung...dan selalunya mak bubuh timun atau tauge kasar...
tapi bila dah masak sendiri ni...sy akan buat kuahnya pekat dan kaw dan ikannya selalu ikan patin!

Masak Tempoyak Ikan Patin
3 keping ikan patin ( dibersihkan dan dilumur asam jawa atau limau nipis sekejap)
3 sdb tempoyak
2 batang serai(diketuk)
8-10 biji cili api(ditumbuk halus bersama sedikit garam)
1 keping asam keping
1/2 biji timun (dipotong 3 inci panjang )
air dan garam secukupnya

Semua bahan-bahan dimasukkan ke dalam periuk kecuali ikan.
Renehkan semua bahan dan rasakan garamnya.
Masukkan ikan dan timun dan renehkan sehingga ikan masak dan timun lembut.

Friday, 18 January 2013

Marveles Walnut Butterscotch Cake


Assalamualaikum dan salam rindu.....
Walllaaaaa harini baru dan nk berposting-posting....sesangat le sibuknya dengan ntah apa-apa urusan yang tak selesai-selesai...terima kasih pada kawan-kawan yg masih sudi singgah...i luv u ollll!!!
hari ni ai tak sabo-sabo nk share resepi butterscotch cake yg sedap sesangat ni... ai dapat dr majalah Saji bulan Januari....bila baca resepinya macam senang je...ai pon terus la godek-godek...
dan...bila dah siap tu...dh dekat nak malam pulak...terpaksa la shoot jugak gelap-gelap pon...tu yg mendung je gambo kat atas tu...sambil shoot tu mmg tak sabo nk di kendurikan kek tu....
bila dah dirasmikan...Alhamdulillah...rasanya mmg sedap sesangat....bole makan sambil pejam-pejam mata...mmmmm  nikmatnya Alhamdulillah..Terima kasih  Allah..Terima kasih Saji... Resepi dari Saji tu sy tak ikut 100% ,ada alter-alter sikit ikut kesesuaian tapi masih kekal keasliannya!
Oleh itu...kalo nk tau rasanya sila lah cuba yea...InshaAllah tidak akan menghampakan!

 Butterscotch Cake
Bahan-bahan Kek
250 gm sponge mix
4 bj telur
50 ml air (sy biasa guna 60 ml )
50 ml minyak jagung ( sy guna 60 ml butter cair-highly recomended)

Bahan Krim
250 gm butter
1/2 cwn gula ising
1/4 cwn susu segar
250 gm krim putar

Bahan Butterscotch
1 cwn gula kastor
1/2 cwn air panas
2 sdb butter
1/4 cwn krim putar

Bahan sampingan  resepi dari Kak Azlita Masam Manis
300 gm kacang pekan (sy guna walnut )
80 gm gula perang
2 sudu besar madu


Cara penyediaan
Kek
1. Satukan semua bahan kecuali butter cair dan pukul hingga pekat dan gebu,
2. Masukkan butter cair dan kacau sebati.
3. Tuangkan ke dalam acuan 9 inci (yang telah dilapik kertas minyak) dan bakar dengan suhu 180 celcius selama 40 minit.
4. Bila dah masak, terus terbalikkan kek di atas jaring.

Krim
1. Satukan butter dan gula ising. Pukul hingga gebu.
2. Tuangkan susu segar dan ketepikan.
3. Pukul krim p[utar hingga gebu dan satukan adunan tadi dan kaup hingga sebati.
4. simpan sekejap di dalam peti ais.

Butterscotch
1. Gula dimasak hingga hangus sambil dikacau sentiasa.
2. Bila dah perang,masukkan air panas dan tutup api.
3. Biarkan suam,masukkan butter dan krim putar

Kacang Walnut
1.Kacang di panggang terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 170 selama 15 minit.
2. Masukkan gula perang ke dalam periuk
3. Cairkan gula hingga ia keperangan di atas dapur dengan api yang sederhana
   Jangan sampai gula hangus
4. Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair dan licin
5. Kemudian masukkan kacang yang telah di panggang tadi.
6. Gaul rata dengan segera
7. Kemudian tuangkan di atas loyang yang beralaskan baking paper
8. Biarkan ia sejuk dan mengeras.


Untuk Kek Butterscotch.
1. Bahagikan kek kepada tiga lapisan.
2. Tuangkan sedikit sos butterscotch dan taburkan kacang walnut yang dicincang  tadi.
3.Sapukan krim dan lapiskan dengan kek lagi hingga siap tiga lapisan.
4. salutkan krim ke seluruh kek dan sejukkan kek dalam peti ais. Bila nak makan taburkan kacang cincang ke atas kek dan tuangkan sos butterscotch.