Tuesday, 28 February 2012

Lemon Rosemarry Grilled Chicken


Assalamulaikum wbt..
ni resepi ayam panggang omputeh yg simple dan sedap...buatnya pon senang...tumbuk2 sikit bahan2 tu..lumurkan kt cik yam tu...paling best mesti le kt kepak...tp tak elok makan ayam kepak ayam selalu..kt situ la depa inject chemical  bagi ayam cepat besor! kalu ayam organic takpe la...


LEMON ROSEMARY GRILLED CHICKEN -Jamie Oliver

1 ekor ayam

1 biji lemon
3 ulas bawang putih -
2 sudu besar olive oil -  guna minyak biasa ja
Segenggam Rosemary Kering
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots -  guna carot biasa
1 biji capsicum - potong kasar2
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika (guna serbuk cili)
Kicap Pekat - teman boh sos lada hitam
Garam dan gula secukup rasa (gula tu dlm 1 sudu besar & garam tu agak2lah yer )

Cara menyediakannya:


1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.

2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat. (rosemary tu payah sikit nak lumat.. kasar2 pun takper )
3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam, gula, paprika dan serbuk lada hitam.
4. Ambil sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, carrots, capsicum dan tomato.
5. Lemon tadi dicucuk-cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
6. Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi setakat mana muat perut ayam tu... hehehe..
7. Cucuk/jahit lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi. Boleh guna dawai bunga yg bersih.. macam jahit guni jer jadiknya.. )
8. Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk lebihan tadi dan masukkan dalam loyang.
9. Susun kentang, tomato, bawang, capsicum dan carrots di sekeliling ayam dan bakar didalam oven dengan suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan bersama mashed potato, coleslaw atau baked bean.

Tuesday, 21 February 2012

Blueberry Peach Puff

 Assalamualaikum...
kalo tengok tajuk bukan main lagi..tp wayang je tu...
ater..pakai pastri puff ready made tu...lipat sikit-sikit...kita bakor..kita bakor!

pas tu..boh je blueberry filling..susun buah peach...siapp!

Monday, 20 February 2012

Simple choc chip cookies

Assalamualaikum..
hari ini saya nak share satu resepi biskut  yang selalu saya buat..tak tahu la berapa bintang nk bagi kat biskut ni..tp anak2 sy minat sangat la...kejap je dah licin balang...buatnya mudah je..
dapat resepi ni dr sorang bibik yang memang bines biskut raya...orangnya mmg tak kedekut ilmu....tak kisah berkongsi resepi..walaupun resepi dia meniaga..
biskut ni mungkin tak mabeles sangat la...tp sangat ok bagi tekak saya.
oklah kalo nk cuba tgk resepi ..enjoyzz





Saturday, 18 February 2012

Tom yam lala

Assalamualaikum...
apa itu dlm kuali.?..lalalala...itu dlm kuali tomyam lala...senang dimasak sedap dimakan....lalalala

Tomyam lala
500gm lala 
3 sdb pes tomyam (dalam botol)
sedikit air
garam
gula
daun limau purut
  • Masukkan semua bahan dalam kuali
  • Masak hingga lala terbuka kulitnya.
  • Rasakan garamnya.Tutup api.

Friday, 17 February 2012

Seri Muka

 Assalamualaikum...dan selamat berhujung minggu..
orang lain bole kot berehat ujung minggu tp tidak bagiku..tiap-tiap Sabtu ada je agenda rasmi yang menanti..hari Ahad je betoi2 free...
Ok lah..ni ada Kuih seri muka seloyang...sila lah jamu mata ye...kuihnya dah lebohhh..kata orang perak...hehehe..resepi dari sifu masakan tersohor Chef Hanieliza yang tersayang..


 Terima kasih kepada Chef Hanieliza kerana telah banyak berkongsi resepi2 yg sedap dan mudah...kuih seri muka ni antara kuih yg sy pernah fail dulu..tp dengan resepi ni memang mudah dan InshaAllah menjadi..sayang Kak Liza..

Dolu-dolu..masa tahun 2007..sy ni hari2 mengintai dapur Kak Liza..terngiang-ngiang lagi lagu kt FP Kak Liza tu..masa tu tenet takde lagi kat rumah..wireless free ada kat Menara condong je...so selalu le melepak kt dlm keta tumpang tenet free sambil ngintai2 resepi...ditemani cik abang dan anak2..masa tu br anak dua..hehehehe..sabonya laki aku tu!
Lepas tu baru le berani buat FP sendiri...(yg dah bersawang sekarang )..sebelum tuan tanah pindah banglo..*wink*

Seri Muka (Chef Hanieliza)
  • Lapisan Pulut
  • 2 cawan pulut (sy x rendam-elok je lembut)
  • santan cair (dituang dalam pulut hingga pulut tenggelam 1/2 inci)
  • sedikit garam
  • Kukus pulut hingga masak (20-25 min)(Saya guna loyang 9 inci )
  • Bila dah masak,tekan-tekan dengan sudu supaya pulut mampat
  • Lapisan atas
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan air pandan
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula
  • 1/4 cawan tepung kastard
  • 1 bj telur
  • garam
  • sedikit pewarna hijau
  • Kacau semua bahan hingga larut (sy blend)
  • Tuang atas pulut yg telah mampat tadi
  • Kukus lagi hingga lapisan atas masak (25-30 min)
  • Bila agak2 dh masak teruskan mengukus tanpa tudung (untuk keringkan permukaan atas)
  • nak kuih lebih wangi, semasa mengukus,letakkan daun pandan yg telah dicarik di tepi loyang (dalam pengukus)
  • Biasanya loyang dibalut dengan kain untuk elak air menitik, selain dr itu ,penutupnya tidak perlu dibalut,tetapi bila nak buka,angkat penutup dengan cepat (supaya air tidak sempat menitik ke kuih) dan lap kain tersebut

Tuesday, 14 February 2012

Cucur jawa


Assalamualaikum...hehehe..jangan la digelakkan kuih saya yang ireng ni...alkisahnya satu hari tu saya terserempak ngan resepi ni di alam maya..cepat2 saya save dalam otak je..kelam kabut sangat sampai tak sempat save pengirim resepinya.Ya ampunnn...kepada tuan punya resepi terima kasih sangat dan mohon dihalalkan..
Mula-mula goreng pagi tu..memang tak menjadi..keras kejung..bentuknya pon tak membulat cam sepatutnya...frust jugakla..bila dah petang saya sambung goreng lagi..barulah dapat tekstur yang lebih lembut dan bersarang...baru puas hati..lain kali kalo buat kena peram lebih lama..

Cucur Jawa
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula
  • 11 cawan gula merah
  • garam
  • 2 cawan air
  • Masak air ,gula dan gula merah.Tapis. Sejukkan
  • Tambah tepung gandum dan tepung beras dan kacau dengan whisk hingga rata.
  •  Peram semalaman (atau lebih).
  • Sendukkan dengan senduk bulat dan goreng dalam minyak yang sederhana banyak.