Tuesday 22 October 2013

Yong Tau Foo Soup


 Assalamualaikum wbt....
Dah lama sy tercari-cari resepi sup untuk Yong Tau foo...sy pernah tanya pada tokei mi kicap kt Greentown Mall,Ipoh..mcm mana buat supnya...dia kata pakai ikan bilis je....sy bayangkan ikan bilis tu digoreng dan dikisar dan dimasukkan dalam sup....tapi tak pernah saya cuba pon....hehehe...
Tetiba terpandangkan resepi sup untuk yong tau foo yang menggunakan ikan bilis yang di kongsi oleh pakar nasi kandar di Penang tu
En Mamak Haji... terus la berkobar-kobar nak memulakan projek.
Alhamdulillah projek Yong Tau Foo berjaya....yeah...sangat puas hati makan sepuasnya!! Terima kasih Mamak Haji  kerana sudi berkongsi resepi! Dah ada resepi supnya...aksesori lain tu sy pandai-pandai sendiri saja..terutamanya Cili Hijau Sumbat tu...sib baik menjadi.
Kepada peminat Yong tau foo...jangan lupa cuba!








Stok Sup / Pengasas sup   Mamak Haji
- 3 liter cawan air.
- 2 cawan ikan bilis yg telah basuh dan ditoskan.
- 1 sudu besar biji lada putih.
- 5 ulas bawang putih diketuk.
- 2 ketul kiub stok ayam.
- 2 inci Halia diketuk.
- 1 sudu besar gula.
- Garam secukup rasa.
 
Cara: Layukan bawang dan ikan bilis, Tambah air dan masukkan ikan bilis dan juga semua bahan-bahan tadi. Simmer/ reneh sup ini selama 1 jam. Seelepas 1 jam tapis airnya dan sedia sup yong tau foo yg lazat 'ala singapura.
Cili Hijau Sumbat
  • 4 biji cili hijau (dibelah tepi jangan putus)
  • 1/2 ekor ikan bawal (dicelur separuh masak)
  • 2 sdb tepung ubi
  • sedikit garam 
    Ikan diambil isinya dan dihancurkan. Gaulkan isi ikan hancur dengan tepung ubi dan garam hingga rata.Sumbatkan ke dalam cili hijau. Celur sebentar.
Bahan-bahan lain (dicelur di dalam sup)
  • Kangkung kampung, Bebola ikan,Fucuk, Kepingan ikan,Jejari Ketam,Cili Sumbat


13 comments:

  1. Assalam ummi
    Pengemar tegar sup yong tau fu nampknya umi ni ye he hee
    Akak supnya blh tp isi-isinya x mkn he hee

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Sya...slurrrp...Kak Lin mmg hantu yong tau foo sup ni! Hei la Sya ni...wat orang terlior je la...

    ReplyDelete
  3. Ada lagi resepi sup yong tau foo yang lagi best jangan lupa campur kan dengan air kelapa muda sikit dan ambil isinya blender hingga hancur campurkan sekali dalam sup...perhhhh....insyallah kalau berniaga berduyun costumer akan datang

    ReplyDelete
  4. Wah Zul kompem kalori nak diet tiba2 jadi taj diet tu kalau campur kelapa, tp boleh cuba ;)

    ReplyDelete
  5. Mmg tgh cari resepi sup ni...terliur pulak... nk cuba jgk letak kelapa mcm zul ckp tu...sedap ke ye

    ReplyDelete
  6. Aku dari aku berumur 10 tahun (1970) hg skang aku masih meminati Yong Tau Foo ni...kalau ke pasar malam jarang miss beli makanan ini...

    ReplyDelete
  7. Ada sambal dia tak kalau buat yong taufu sup niy. Kalau tak pedas tak syokk. Boleh bagitahu care nak buat sambal nya macam mana?

    ReplyDelete
  8. nak sedap lagi masukkan juga lobak masin cincang

    ReplyDelete
  9. Wow share ye resipi sup tq.

    ReplyDelete
  10. Thank you for providing good information. I would like to share information about appconsultio. At our App development company services , we understand that every project is unique, which is why we tailor our services to meet your specific needs. Whether you're looking to create a groundbreaking mobile app, a responsive web application, or an enterprise-level software solution, we have the expertise and creativity to bring your ideas to life.

    ReplyDelete