ummizzkitchen
Tuesday, 14 April 2015
Devil Choc Cake
Southern Devil Choc Cake - Rahelblog - Special Thanks Rahel
3/4 cup unsalted butter
1 3/4 cup tepung gandum
2 cup brown sugar
2 tsp vanilla extract
3 biji telur A
3/4 cup serbuk koko
1 1/4 tsp baking soda
1 tsp baking powder
1 tsp garam
1 1/2 cup buttermilk suhu ruang
1/4 cup mayonis
Cara membuat kek;
1.Panaskan oven 175'c.Griskan 2 loyang bulat 8''.
2.Pukul butter bersama vanilla dan brown sugar selama 5 minit.
3.Tambahkan telur satu persatu.Pukul rata.
4.Tambahkan tepung gandum,serbuk koko,garam,baking soda dan baking powder.Gaul rata.
5.Tambahkan buttermilk,gaul rata.Akhir sekali tambahkan mayonis.Gaul sebati.
6.Tuang ke dalam loyang.Bakar kek selama 35 minit atau sehingga kek masak.
7.Setelah kek masak biarkan kek sejuk baru lepa dengan ganache.
Ganache;
Resepi dari Wendy Kor
500g dark coklat
500g UHT Whip cream
50gm sirap kencana
50gm butter
Panaskan whip cream,sirap kencana dan butter
Tuang cream ke dalam coklat yg telah dicincang.Kacau hingga sebati.
Biarkan coklat betul-betul pekat baru lepa pada kek.
Saturday, 11 April 2015
Kek Oren Gebu
1 1/2 cawan marjerin (sy guna butter)
2 cwn gula halus (agak manis,boleh kurangkan)
5 bj telur
1 sdt esen oren
2 1/2 cwn tepung naik sendiri
1/2 cwn perahan oren
1 bj parutan kulit oren
sedikit pewarna oren
1. Pukul majerin dan gula halus hingga kembang.
2. Tambah telur sebiji demi sebiji.
3. Tambah esen oren.
4. Tambah tepung naik sendiri berselang seli dengan perahan oren.
5. Tambahkan parutan kulit oren dan pewarna oren. Gaul rata adunan.
6. Sediakan loyang 4 segi 10 inci yang telah dilapik kertas minyak. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
7. Masukkan loyang ke dalam oven yang telah dipanaskan dahulu.
8. Bakar adunan pada suhu 180 celcius hingga masak.
Monday, 22 December 2014
Kek Minyak
Assalamualaikum wbt...
Hasilnya memang tak mengecewakan tapi mungkin sy terlebih ovalete menyebabkan kek ni agak kering....next time kena kurangkan sikit ovaletenya...manisnya cukup-cukup je..x terlalu manis..
Terima kasih Kak Azlita..terus memberi inspirasi!
Kek Minyak (copy dr Kak Azlita Masam Manis )
5 biji telur
3/4 cawan gula halus ~ 160 gm
2 cawan tepung gandum ~ 300 gm
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu pekat ~ 300 gm
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak ~ 200 gm
perasa nenas atau pisang
1 sudu teh esen vanila
Pewarna
Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan
Dalam mesen pemutar, Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.
Masukkan susu pekat dan esen vanila dan pukul sebati
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian
Gaul rata
Sediakan loyang 8 inc
Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapukan butter.
Tuangkan adunan berselang seli warna secara lingkaran hingga habis
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal
Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing
Bakar selama 45 minit ~ 60 minit
Lepas 45 minit cucuk dengan lidi, jika ia keluar licin bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika masih basah, tutup permukaan kek dengan kertas aluminuim dan bakar semula hingga ia masak sempurna
Keluarkan daripada ketuhar setelah kek masak dan letakkan atas redai
Potong kek setelah sejuk sepenuhnya.
Thursday, 18 December 2014
Penkek Gebu
Assalamualaikum wbt..
Jom buat penkek gebu utk keluarga......konpem puas hati! tq to Izzah Muffin Lover utk perkongsian ini.
Pankek Sedap Gebu (copy dr Izzah Muffin Lover )
Bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula pasir
1 cawan susu segar (sy guna dairy whipping cream + 2 sdb cuka )
1 telur ayam
1 sudu tea esen vanilla kalau suka
2 sudu besar butter yang dicairkan
sedikit garam
Caranya
Telur ayam dipukul sedikit dan dicampurkan dengan esen vanila.
Masukkan garam, gula pasir dan butter yang dicairkan tadi kedalam telur dan gaul dengan sebati.
Kemudian masukkan susu segar/ whipping cream.
Tepung gandum hendaklah dicampurkan dahulu dengan baking powder dan digaul sebati
Akhir sekali masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan dan di pukul sehingga tidak ada tepung yang berketul.
sekiranya ada tepung yang berketul hendaklah ditapis dahulu dan mendapatkan hasil yang memuaskan
Rehatkan adunan tadi lebih kurang 15 minit hingga 30 minit.
ini adalah supaya mendapat hasil Pancake yang lembut dan gebu.
Thursday, 13 November 2014
Victoria Sandwich Cake dengan Swiss meringue buttercream
Butter Cake (adapted frm Kek Alunan Kasih)
1 1/2 cawan marjerin (sy guna butter)
2 cwn gula halus
5 bj telur
esen vanila
2 1/2 cwn tepung
1 sdk baking powder
1/2 cwn susu cair
1. Ayak tepung dengan baking powder.
2. Pukul majerin dan gula halus hingga kembang.
3. Tambah telur sebiji demi sebiji.
4. Tambah esen vanila.
5. Tambah tepung yg telah diayak berselang seli dengan susu cair.
6. Gaul rata adunan.
7. Sediakan 2 loyang yang telah dilapik kertas minyak. Tuangkan adunan ke dalam kedua2 loyang dalam jumlah yang sama.
9. Bakar adunan pada suhu 180 celcius hingga masak. Lebih kurang 25-30 min.
Homemade Strawberry compote
8-10 bj straberry (belah 2)
4-5 sdb gula (ikut kemanisan yg disukai)
sedikit perahan lemon (optional)
Masukkan strawberry dan gula ke dalam periuk.(seeloknya non-stick).
Panaskan sambil dikacau sentiasa supaya tidak hangit.
Tambah sedikit air supaya agak cair.
Tutup api bila buah sudah separuh melarut dan kepekatan yang sesuai.
Swiss Meringue
Buttercream ( Wendy-Table for 2 )
Bahan-bahan
Bahan-bahan
60gm putih telur (lebih kurang 2biji
size L)
100gm gula castor - boleh kurangkan sedikit
170gm butter tanpa garam (keluarkan
dari peti sejuk dan potong 10-12 ketul. lakukan sebelum panaskan putih telur
utk mengelakkan butter terlalu lembut jika dbiarkan suhu bilik yg lama)
Cara-cara
Panaskan air di dalam periuk. Satukan
putih telur dan juga gula ke dalam mangkuk tahan panas. Letak di atas periuk
yang berisi air panas tadi. (kawal kepanasan agar tidak terlampau panas sekitar
65c sahaja). Kacau menggunakan hand whisker sehingga gula larut lebih kurang 3
min. Adunan akan kelihatan seperti krim marshmarllow.
· Pindahkan ke dalam mangkuk lain.
Letakkan mangkuk tadi ke dalam mangkuk yang lain yang diisi air paip
dan 3-5
ketul ais (jangan terlalu sejuk! agak2 sesejuk air hujan). Pukul lagi adunan
telur lebih kurang 5 minit
dengan kelajuan sederhana sehingga meringue@kental dan
berkilat.
Masukkan butter sesudu demi sesudu
dan teruskan memutar sehingga very smooth dan kental lebih kurang 6-10min.
Victoria Sandwich cake
Bahan-bahan
Butter cake
Strawberry compote
Swiss Meringue Buttercream
Buah strawberry segar
Snow powder
1. Letakkan sekeping kek di atas papan kek.Masukkan buttercream ke dalam piping bag dengan nozzle star.
2. Paipkan buutercream ke atas kek.Sudukan strawberry compote ke atas krim.
3. Lapiskan dengan sekekeping kek lagi.
4. Paipkan lagi krim,sudukan strawberry compote dan hias dengan buah strawberry segar.
5. Ayakkan snow powder sebagai hiasan
Sunday, 19 October 2014
Marble Cheesecake
Sekian lama x buat cheese cake yg heavy camni..akhir terbuat la jugak hasil resepi di buku feberetku Delicious Cakes.Alhamdulillah rasa sgt yummy..berbaloi-baloi mencubanya..tp tak leh mkn byk-byk..dh nama pon heavy..satu slice pon dah berkilo kalorinya!
Marbled Cheesecake:by Chef Amy Heng
Dasar
200 gm biskut digestive ( dihancurkan)
50 gm serbuk badam
120 butter cair
Filling
750 gm cream cheese
120 gm gula castor
1 sdt esen vanilla
120 gm choc putih (dicair secara double boil)
30 gm tepung jagung
300 ml UHT whipping cream
3 bj telur(dipukul sedikit)
Topping
50 gm choc masakan (dicairkan secara double boil)
Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 140 celcius.
Dasar kek
Campurkan bahan kering dengan butter cair hingga rata. Ratakan campuran ke atas loyang 'loose-base' 9 inci yang telah digris dan dilapik kertas minyak.
Sejukkan di dalam peti sejuk hingga keras .
Filling.
Pukul cream cheese dan gula castor hingga berkrim.
Tambah coklat putih cair.
Tambah UHT whipiing cream,esen vanilla dan tepung jagung.
Tambah telur.
Tuangkan adunan ke atas dasar tadi.
Lorekkan dengan coklat masakan cair dan membentuk 'marble effect'.
bakar kek secara 'steam-bake' selama 1 jam 15 min. Biarkan kek di dalam oven dengan pintu oven dan suis tertutup selama 30 min lagi.
Keluarkan kek dari oven dan sejukkan selama 6 jam sebelum dinikmati.
Saturday, 13 September 2014
Roti canai mini aka roti boom
Assalamualaikum wbt....
Selamat bercuti sekolah ...ok kalo rajin bole la buat roti canai yang senang dan InshaAllah menjadi...dengan syarat kena uli hingga lembut dan licin..kemudian perap semalaman dengan minyak atau majerin..esok pagi baru ditebar....
Kuahnya bole la buat kuah dhall atau kari sardin....ok..terima kasih kepada Joayee dr myresepi kerana berkongsi resepi...selamat mencuba!
Sori..x dapat nak kopipes resepi...bole daptkan resepi dihttp://www.myresipi.com/top/detail/731
Subscribe to:
Posts (Atom)