Thursday, 13 November 2014

Victoria Sandwich Cake dengan Swiss meringue buttercream





Butter Cake (adapted frm Kek Alunan Kasih)
1 1/2 cawan marjerin (sy guna butter)
2 cwn gula halus
5 bj telur
esen vanila
2 1/2 cwn tepung
1 sdk  baking powder
1/2 cwn susu cair

1. Ayak tepung dengan baking powder.
2. Pukul majerin dan gula halus hingga kembang.
3. Tambah telur sebiji demi sebiji.
4. Tambah esen vanila.
5. Tambah tepung yg telah diayak berselang seli dengan susu cair.
6. Gaul rata adunan.
7. Sediakan  2 loyang yang telah dilapik kertas minyak. Tuangkan  adunan  ke dalam kedua2 loyang dalam jumlah yang sama.
9. Bakar adunan pada suhu 180 celcius hingga masak. Lebih kurang 25-30 min.

Homemade Strawberry compote
8-10 bj straberry (belah 2)
4-5 sdb gula  (ikut kemanisan yg disukai)
sedikit perahan lemon (optional)

Masukkan strawberry dan gula ke dalam periuk.(seeloknya non-stick).
Panaskan sambil dikacau sentiasa supaya tidak hangit.
Tambah sedikit air supaya agak cair.
Tutup api bila buah sudah separuh melarut dan kepekatan yang sesuai.

Swiss Meringue Buttercream ( Wendy-Table for 2 )

Bahan-bahan


   60gm putih telur (lebih kurang 2biji size L)
  100gm gula castor - boleh kurangkan sedikit
 170gm butter tanpa garam (keluarkan dari peti sejuk dan potong 10-12 ketul. lakukan sebelum panaskan putih telur utk mengelakkan butter terlalu lembut jika dbiarkan suhu bilik yg lama)

Cara-cara
  Panaskan air di dalam periuk. Satukan putih telur dan juga gula ke dalam mangkuk tahan panas. Letak di atas periuk yang berisi air panas tadi. (kawal kepanasan agar tidak terlampau panas sekitar 65c sahaja). Kacau menggunakan hand whisker sehingga gula larut lebih kurang 3 min. Adunan akan kelihatan seperti krim marshmarllow.
·  Pindahkan ke dalam mangkuk lain. Letakkan mangkuk tadi ke dalam mangkuk yang lain yang diisi air paip
dan 3-5 ketul ais (jangan terlalu sejuk! agak2 sesejuk air hujan). Pukul lagi adunan telur lebih kurang 5 minit
dengan kelajuan sederhana sehingga meringue@kental dan berkilat.
  Masukkan butter sesudu demi sesudu dan teruskan memutar sehingga very smooth dan kental lebih kurang 6-10min. 

Victoria Sandwich cake 
Bahan-bahan
Butter cake
Strawberry compote
Swiss Meringue Buttercream
Buah strawberry segar
Snow powder
 1. Letakkan sekeping kek di atas papan kek.Masukkan buttercream ke dalam piping bag dengan nozzle star.
2. Paipkan buutercream ke atas kek.Sudukan strawberry compote ke atas krim.
3. Lapiskan dengan sekekeping kek lagi.
4. Paipkan lagi krim,sudukan strawberry compote dan hias dengan buah strawberry segar.
5. Ayakkan snow powder sebagai hiasan

5 comments:

  1. salam, pertama kali ke sini. sungguh classy nama kek ni...nampak pun sedap....

    ReplyDelete
  2. As Salam,

    Akak dah lama teringin nak buat kek ni tapiiiiii... hehehehe panjang tapinya kan. Belum sampai mood lagi.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt,
    Salam rindu n selamat bercuti Umie. Lama sungguh tak dgr cerita, Umie apakhabar, harap semuanya sihat2 ya.
    VSC ni tengah fofular skrg ni.kan, kak pun dah terai byk kali tp cuma ltk straw jam saja.

    ReplyDelete