Sunday, 19 October 2014

Marble Cheesecake


 Assalamualaikum wbt..

Sekian lama x buat cheese cake yg heavy  camni..akhir terbuat la jugak hasil resepi di buku feberetku  Delicious Cakes.Alhamdulillah rasa sgt yummy..berbaloi-baloi mencubanya..tp tak leh mkn byk-byk..dh nama pon heavy..satu slice pon dah berkilo kalorinya!


Marbled Cheesecake:by Chef Amy Heng
Dasar
200 gm biskut digestive ( dihancurkan)
50 gm serbuk badam
120 butter cair

Filling
750 gm cream cheese
120 gm gula castor
1 sdt esen vanilla
120 gm choc putih (dicair secara double boil)
30 gm tepung jagung
300 ml UHT whipping cream
3 bj telur(dipukul sedikit)

Topping
50 gm choc masakan (dicairkan secara double boil)

Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 140 celcius.

Dasar kek
Campurkan bahan kering dengan butter cair hingga rata. Ratakan campuran ke atas loyang 'loose-base' 9 inci yang telah digris dan dilapik kertas minyak.
Sejukkan di dalam peti sejuk hingga keras .

Filling.
Pukul cream cheese dan gula castor hingga berkrim.
Tambah coklat putih cair.
Tambah UHT whipiing cream,esen vanilla dan tepung jagung.
Tambah telur.
Tuangkan adunan ke atas dasar tadi.
Lorekkan dengan coklat masakan cair dan membentuk 'marble effect'.
bakar kek secara 'steam-bake' selama 1 jam 15 min. Biarkan kek di dalam oven dengan pintu oven dan suis tertutup selama 30 min lagi.
Keluarkan kek dari oven dan sejukkan selama 6 jam sebelum dinikmati.

6 comments:

  1. fuh..sedapnya chez kek ni..menggoda betul

    ReplyDelete
  2. ummi lama tak ngeblog kemana ajah heuheu.... cheese cake nya nampak lezaaaattt

    ReplyDelete
  3. Aslmkum ummi.. mmg dah lama kita tak sapa2.. hihihi.. akak pun dah tak brp rajin nak updated dpur akak tu... dah tuanya mmg smunya jdi malas.. hihihi.. nk blogwalking pun tak sempt.. katanya byk sgt komitmen... hahaha.. fb.. tlegram grup wassappp... ntah ape2 lgi .. sib baik belum terjebak dgn insta..

    ReplyDelete
  4. assalam ummi
    sekali muncul resepi ummi meletoppp
    ha haa cair jiwa raga nengoknya
    yummehh sedapp

    ReplyDelete