Friday, 30 March 2012

Bila snow pudding tak jadi!


Assalamualaikum...
jangan betulkan skrin anda...memang gambo ini ditakdirkan senget begini seumur hidup! 
jenuh dh upload..makcik tak tau kenapa tak mau jadi tegak!
alkisahnya ..tuan tanah tringin nk makan Snow Puding cam kat dapo Kak Madiha...
Bila dah buka tutup peti ais dekat 10 kali..agak2 bahan cukup.. taun tanah pon mula la operasi..tp tuan tanah takde penimbang digital nk sukat 4 gram serbuk agar2..tuan tanah balun je..
bila dh siap layer pertama.kena tunggu keras..udah tak mau keras..Amekaww!
dh masuk peti ais pon tak mau keras gak..layer 2 dn 3 dah standby..jam dh dekat pukul 12..sudahnya tuan tanah tereban semuanya dlm loyang tu..
Hikmahnya di sebalik kegagalanku dapat la puding @aiskrim cekelat+stoberi  jeli yg sungguh lazat! mewah dengan rasa coklat dan masam manis stroberi !
kalo menjadi puding ku memang best giler la...moral of the stori..sila jangan jangan derhaka pada resepi n don't overconfident! hahahaha



Thursday, 29 March 2012

Kuih Talam Roti Paun


 Assalamualaikum wbt..
tetiba terajin plak nk menalam bila tgk roti paun aka roti benggali dh nak kering dalam plastik.Terus skodeng dapo Kak Azlita....dapat resepi ni...hasilnya sy dapat menikmati kuih talam yang sangat sedap...rasanya agak unik..kombinasi roti,rasa pandan dan kastad yang memang ngamm..
terima kasih kepada Chef Asma dan Kak Azlita Aziz!

TALAM ROTI PAUN
By : Chef Asmah
 
Lapisan Bawah
4  keping roti Butterscotch ~ resepi asal roti putih
3 keping roti Choco Raisin ~ resepi asal roti putih
1 biji telur
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
100 ml santan pekat
125 ml air
1/4 sk vanilla essence


Panaskan kukusan
Sediakan loyang bulat berukuran 8 inc
Oleskan minyak makan pada loyang dan lapik dasar loyang dengan plastik.
Oleskan juga minyak pada plastik.

Roti dipotong kecil atau di carik-carik. Ketepikan
Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisker hinga sebati
Masukkan roti tadi dalam adunan dan rendam roti selama 30 minit atau sehingga roti lembut dan adunan telah meresap kedalam roti.
Tuangkan adunan dalam loyang.
Tutup loyang dengan aluminium foil atau balut tutup kukusan dengan kain (utk mengelakkan air menitis atas kuih
Kukus adunan selama 25 minit
Sementara menunggu adunan masak kita sediakan lapisan tengah



Lapisan tengah

1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api

Apabila lapisan bawah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu
Kemudian tuangkan adunan lapisan tengah
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit lagi.
Sementara menunggu lapisan tengah masak, kita sediakan lapisan atas pula.
Lapisan atas
1/4 cwn tepung kastard
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1/8 sk vanilla essence
2 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau oren ~ tak letak pun takpe


Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api



Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu
Kemudian tuangkan adunan lapisan atas
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30  minit atau sehingga talam masak dengan sempurna
~ Jika tidak tutup permukaan loyang atau tidak balut tutup kukus dengan kain, lap tutup kukus setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata

Setelah kuih masak sejukkan hingga benar-benar sejuk barulah di keluarkan dari loyang
Potong talam dengan menggunakan pisau plastik yang di oleskan dengan sedikit minyak makan, ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik

Wednesday, 28 March 2012

Chicken Floss Doughnut

 Assalamualaikum wbt..
Sebagai keluarga  pencinta donut..rasanya  2 minggu sekali mmg kena main tepung mengerjakan donut..hihihi ...kali ni donut dibedak kan dengan chicken floss!
hanya goreng donut cam biasa...sapukan sedikit mayonis..dan taburkan chicken floss...yg dalam gambo comot dan huru hara sbb kt belakang fotografer dh berbaris kanak-kanak kelaparan!

Doughnut (Joy Of Baking)

160 gm tepung gandum
340 gm tepung roti
80 gm gula halus
1 sd teh garam
1 sd teh baking powder
15 gm susu tepung
10 gm yis segera
100 gm telur
200 ml air sejuk
60 gm lemak sayuran

Cara:
Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk (kecuali lemak sayuran) dan adun dengan 'hook' selama 3 minit.
Tambah lemak sayur dan adun lagi selama 10 minit sehingga doh matang.
Kemudian biarkan doh rehat selama 15 minit atau lebih.
Gelek adunan dan potong dengan donut cutter
Biarkan donut kembang selama 1 1/2-2 jam sebelum digoreng dengan api yang perlahan 
** saya guna BM..so hanya masukkan semua bahan2 dan BM uli..

** Selepas dipotong dengan donut cuuter seeloknya diletakkan di atas talam yang dilapik dengan kain tuala..InshaAllah takkan melekat dan senang diangkat bila hendak digoreng


Monday, 26 March 2012

Green Peas Cookies





Assalamualaikum wbt..
 buat sekut kacang hijau ni semalam..untuk kudap-kudap ..hihihi..camne nk slim..mulut asik exercise jek!
aritu masa musim raya buat gak..tp guna kacang peas yg original..kali ni guna tepung kacang peas ready made..lagi senang..takyah blender-blender..resepi lama dh hilang google resepi baru tersangkut kat dapo Along ..tengkiu Along Roz dan Kak Wan

 Green Peas Cookies
Source: AlongRoz@HomeKreation
Source: Citarasawan
Bilangan: +/- 50biji
BAHAN2:
120g Tepung Kacang Peas
20g Serbuk Santan
180g Tepung Gandum
100g Gula Aising
1/4 st Garam
120ml Minyak Jagung
Utk sapu: 1 biji Kuning Telur + 1 st Air

CARA2:
1. Campurkan kesemua bahan sehingga membentuk adunan.
2. Bulat2kan sebesar guli.
3. Sapu atas biskut dgn kuning telur.
4. Bakar 160C selama 20 minit.
5. Sejukkan & simpan dlm bekas kedap udara.

Saturday, 24 March 2012

Kek Oren

Assalamualaikum wbt...
hari ini sy nk kongsikan sebuah resepi yg mudah...mudah sebab sukatannya pakai sukatn cawan je...resepi ni dari Majalah Mingguan Wanita Edisi Raya 2008..Resepi asal ialah Kek Oren Badam..tp sbb saya tak masukkan badam jadinya Kek Oren saja..
Kek ini berstruktur padat...omputeh panggil Pound Cake...kawan saya makan dia kata kek ni macam kek orang dulu-dulu..hehehe
Dalam resepi ada perisa oren..tp saya takde perisa oren..hanya masukkan perahan oren dan parutan kulit oren..tp tetap tak dpt membangkitkan rasa oren..jadinya rasa orennya cuma manja-manja gitu...


Kek Oren 
1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan majerin
2 sdb susu pekat
1 sdt serbuk penaik
5 bj telur A
2 1/2 cawan tepung gandum
1 bj oren (parut kulitnya)
1/2 biji oren (perah jusnya)

1. Pukul gula dan majerin hingga kembang
2. masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul rata.
3. Tambahkan susu pekat diikuti tepung yang sudah diayak dengan serbuk penaik.
4. Tambah perisa oren dan gaul sebati.
5. Tambah parutan kulit oren dan jus oren.
6.Kacau rata dengan spatula.
7. Sapukan loyang pembakar dengan shortening dan tabur sedikit tepung.
7. Masukkan dalam loyang pembakar dan bakar hingga masak pada 180 celcius. (lebih kurang 40 minit)
Yang ini versi cupcake...

Monday, 19 March 2012

Spicy Tom Yum With Pineapple

 Assalamualaikum wbt..
kemain lagi tajuk entry...cam menu kt hotel plak! jangan le anda terpedaya sepertimana kita selalu terpedaya bila baca menu yg berderet kt Buku menu hotel tu...
ini cuma tom yam biasa je..pakai pes je pon..tambah aje nenas yang sy x berapa brani nk mkn mentah..hehehe
sebenarnya sy lebih minat tomyam versi putih...paste-free..kalo g kdai tomyam..sy tanya tomyam kaler apa? kalo merah..mmg x berapa minat..
tapi ni sbb mmg xde serai limau langsung dlm stok..terpaksa juga pakai pes tom yam dlm botol tu...maka jadi lah tom yam merah menyala!
Maka saya selitkan juga resepinya kt sini..kot-kot anak-anak sy nk buat nnti...

Spicy Tom Yum With Pineapple
1/4 ekor ayam (potong kecil)
3-4 sdb pes tomyam
1 labu bawang besar (hiris membulat)
1/2 btg karot (hiris nipis)
1 bj perahan limau nipis
sedikit hirisan nenas masak
daun ketumbar
Rebus ayam dengan pes tom yam hingga ayam lembut dan masak.
Tambahkan bahan-bahan lain dan renehkan lagi.
perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Hias dengan hirisan daun ketumbar.

Friday, 16 March 2012

Kek Buah Kukus

Assalamualaikum wbt...
Baru-baru ni ada kawan mintak tolong buatkan kek untuk merisik..nk bawak jauh ke Kelantan..Jadi saya cadangkan Kek Buah Kukus ni...senang nak handle kan...bila dh buat  untuk orang lain...orang rumah pon teringin nk makan..kena la buat seken round ..orang rmh sy ni mmg peminat kek buah...
Resepi ni adalah olahan dari sweetlillykitchen dari segi jumlah buah-buahan campuran...terima kasih kepada Nina kerana sudi berkongsi resepi.
 Kek Buah Kukus (olahan dr sweetlilly )
300 gram tepung gandum
1 sdt cream of tartar
1 sdt soda bikarbonat
1  cawan gula halus
250 gram butter
3 biji telur
1 sdt esen vanila
400 gm buah-buahan campuran

Gula Hangus
1 cawan gula
1/4 cawan air
Hanguskan gula hingga gula hancur dan brwarna coklat sambil dikacau.
bila semua gula telah hangus,tambah air perlahan-lahan.
Kacau lagi hingga menjadi larutan gula yang sekata.

Tepung diayak dengan cream of tartar dan soda bikarbonat.
Campurkan tepung yang di ayak dengan buah-buahan kering. Gaul rata.
Pukul Butter dan gula halus hingga kembang sedikit.(Jangan overbeat)
Tambah telur sebiji demi sebiji.
Tam,bah esen vanila.
Tambah tepung yang telah digaul dengan buah-buahan tadi.
Kacau dengan spatula secara kaup balik.
Tambah gula hangus yang agak-agak suam. Kacau rata.
Kukus selama 3 jam.
jangan lupa bungkus penutup dengan kain untuk elak air menitik ke kek.
Pastikan air dalam periuk kukus sentiasa cukup. Bila dah berkurangan, tambah air mendidih.
Jika nak tahan lebih lama. bakar sekejap dalam oven selepas kek siap dikukus.