Assalamualaikum wbt...
Baru-baru ni ada kawan mintak tolong buatkan kek untuk merisik..nk bawak jauh ke Kelantan..Jadi saya cadangkan Kek Buah Kukus ni...senang nak handle kan...bila dh buat untuk orang lain...orang rumah pon teringin nk makan..kena la buat seken round ..orang rmh sy ni mmg peminat kek buah...
Resepi ni adalah olahan dari sweetlillykitchen dari segi jumlah buah-buahan campuran...terima kasih kepada Nina kerana sudi berkongsi resepi.
Kek Buah Kukus (olahan dr sweetlilly )
300 gram tepung gandum
1 sdt cream of tartar
1 sdt soda bikarbonat
1 cawan gula halus
250 gram butter
3 biji telur
1 sdt esen vanila
400 gm buah-buahan campuran
Gula Hangus
1 cawan gula
1/4 cawan air
Hanguskan gula hingga gula hancur dan brwarna coklat sambil dikacau.
bila semua gula telah hangus,tambah air perlahan-lahan.
Kacau lagi hingga menjadi larutan gula yang sekata.
Tepung diayak dengan cream of tartar dan soda bikarbonat.
Campurkan tepung yang di ayak dengan buah-buahan kering. Gaul rata.
Pukul Butter dan gula halus hingga kembang sedikit.(Jangan overbeat)
Tambah telur sebiji demi sebiji.
Tam,bah esen vanila.
Tambah tepung yang telah digaul dengan buah-buahan tadi.
Kacau dengan spatula secara kaup balik.
Tambah gula hangus yang agak-agak suam. Kacau rata.
Kukus selama 3 jam.
jangan lupa bungkus penutup dengan kain untuk elak air menitik ke kek.
Pastikan air dalam periuk kukus sentiasa cukup. Bila dah berkurangan, tambah air mendidih.
Jika nak tahan lebih lama. bakar sekejap dalam oven selepas kek siap dikukus.
Salam Akak,
ReplyDeleteGebu dan lembutnya nampak kek buah kukus ni... teringat waktu kecik2 dulu saya suka sangat makan kek buah berperisa coklat. Masa tu ada jual sepotong kecik2 50 sen satu. hehe...
hehehe...mmg ada jual slice cam tu...tp kita dulu ms kecik x suka kek buah ni..dh tua br suka..
Deleteaslmkum ummi.. kek kukus ni mmg fav akk.. paling best kalau tak simpan lama.. nk mgukus 3 jam tu yg tak rajin.. selalunya oder jer dgn kwn klau nk makan or klau ada majlis..tgok kek kukus ummi yg cantik ni rasa nk mcuba pulak..
ReplyDeletexyah kukus sampai 3 jam kak..2 j pon dh ok
Deleteassalam
ReplyDeleterajinnya Ummi..cantik keknya
mesti sedap kek buah ni kan, rasa buahan campuran yg banyak yummy
penah makan yg beli je he he
teringin nk wat tp masa mengukus yg lama tu bikin fikir byk kali he he
assalamualaikum ummi.. ni salah satu kek yg tun x akan buat.. sbb bila nk makan tunggu mama yg buatkan.. hihi..
ReplyDeleteSalam Ummi...saya pun suka dengan resepi nie...kek sangat sedap dan cantik. Lama lah tak buat kek buah hihi terliur jugak.
ReplyDeleteWalopun saya bkn peminat tegar kek buah, tp kek ummi ni napak sedap banget...
ReplyDeleteaisyah,akak angkut resepi ya..nampak menarik sgt kek ni...:)
ReplyDeletesilakan kak Anim..kukus tu xyah 3 jam pon xpe..2 jam pon dh ok..
DeleteSalam kak, sedapnyer kek kukus buah, suke betul makan masa raya, masa tak raya pun kalau mengidam buat jugak tp nk mak yg buatkan ehehe..
ReplyDeleteye la Arah..mak buat apa pon sdap kan..
DeleteSalam Ummi. Nampak moist kek kukus ni. Memang senang nak bawa jauh sbb kek ni tahan lama.
ReplyDeleteSalam.. Kak, nampak sedap sangat kek kukus ni.
ReplyDeleteNur cadang nak buat bila raya nanti. Nak tanya, beberapa soalan. Kak, berapa lama agak2 kek ni boleh bertahan & macam mana cara menyimpannya? Perlu ke masuk dalam peti sejuk atau dalam bekas je? Tq