Saturday, 6 April 2013

Nasi Mandy Kambing




Assalamualaikum wbt..
Siapa suka makan nasi Arab angkat tangan!!!! Kami satu famili peminat nasi Arab dan selalu makan dekat  tempat kami ni..masa tu harganya berpatutan..tetiba baru-baru ni naik harga yang agak kurang berpatutan...so terpaksa la melupakan nasi arab ni kejap...satu hari tu ada kawan bawak rempah nasi mandy sekali dgn berasnya sekali terus la ai sambor yuuuu!
rempah tu peking dalam kotak..namanya Al Bayt ..rege rm15 kalo berminat bole tengok kat sini...
rasanya memmang le sedap...ori ke tidak...tak reti nk cakap sbb ai tak penah makan yang betui-betui ori...hehehehe..anyway Alhamdulillah lepas ni buat sendiri je...






 Nasi Mandy Kambing Yaman
Serves (4-5 org)
400 gm beras basmathi
1 sdb rempah serbuk mandy
Rempah tumis( sedikit bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga,buah limau kering,bunga cengkih)
1  1/2 kg kambing (daging dan tulang
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang cili hijau
3 sdb minyak masak  atau minyak sapi
garam

Kambing
Rebus kambing sehingga betul-betul empuk (tanpa garam)

Nasi Mandy
1. Rendam bersa 20 minit atau lebih dan toskan.
2. Tumis rempah tumis,hirisan bawang besar,bawang putih. Apabila bawang garing masukkan rempah serbuk,tumis sebentar dengan api kecil. Tutup api.
3. Campurkan tumisan rempah tadi dan beras ke dalam periuk nasi elektrik.
4. Letakkan 2 sudu kecil pewarna kuning,2 sudu kecil garam dan 2 batang cili hijiau.
5. Masukkan 600 ml air rebusan beserta daging ke dalam periuk.
6. Tanak dalam rice cooker sehinnga masak.

Sos Harrah
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
3 bj cili padi
daun ketumbar
garam
Kisar semua bahan tanpa air.

Salad Arab
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang timun (dipotong dadu)
1 biji bawang besar
Daun ketumbar
garam dan sedikit serbuk lada hitam
Campurkan semua bahan dan gaul rata.

11 comments:

  1. Belum pernah lagi makan nasi arab kalo makanan india suka..hmmm..looks yummy..:-)

    ReplyDelete
  2. Akak belum pernah cuba nasi arab. So tak tau macam mana rasanya. Tapi daging kambing dah lama tak makan.

    ReplyDelete
  3. aslmkum ummi ..wah.. wahh... dasat lamb tu posing.. hihihi.. baru petang tadi layan ciken mandy di hadaralmauttt... hihihi.. mmg boleh maut dibuatnya.. tak pernah lagi cuba lamb.. msti lagi mautt agaknya..

    ReplyDelete
  4. Assalam Ummi
    ya habibi ya maulana
    ente mau jg he hee. Satu pinggan ye
    cik asben Akak memang gemor nasi arab ni

    ReplyDelete
  5. mana nak cari kambing ni..heheee...teringin lama nak masak sendiri n makan dengan nasi yang sewaktu dengannya......

    ReplyDelete
  6. nak cuba jugaklah.. saya mmg suka mandy rice.

    ReplyDelete
  7. assalam ummi. terima kasih sbb share resepi simple yg hebat ni. saya masak sekali Alhamdulillah jadi. terus masak tiap2 weekend bulan puasa ni. saya nk tanya satu je. bole ke kambing tu digantikan dgn ayam? wassalam. tk.

    ReplyDelete
  8. salam kak...nk beli rempah tu kat mana...

    ReplyDelete
  9. salam kak...nk beli rempah tu kat mana...

    ReplyDelete