Wednesday 28 November 2012

Choc Fudge Cake


Assalamualaikum wbt..
kiter mmg pantang tengok orang tayang kek cekelat...teruih2 datang je angin rajin...hehehe...geram tengok kek cekelat Ayu kt Singapore tu..kiter pon berkayuh le di dapo..tp buat kek cekelat versi sempoi je... ok resepi dari Ibu Halimah Shuib yang dikongsi di dalam majalah Saji...tastewise..kaya dengan rasa cekelat..kurang manis..lembab dan bole ulang-ulang makan!

 Resepi asal kek coklat blueberi..tapi saya tukarkan kepada ganache filling..

Bahan-bahan
250 gm gula castor
250 gm mentega
4 biji telur
250 gm tepung naik sendiri* ayak
70 gm serbuk koko *ayak
1 sd kecil serbuk penaik *
250 ml air sejuk

Ganache
350 gm coklat masakan
150 whipping cream
1 sdb butter
1.Masak coklat dan whipping cream secara double boiler hingga coklat cair.
2.Kacau rata dan tambahkan butter
3. Biarkan ganache sejuk dan pekat pada suhu bilik.
Cara-cara
1. Pukul gula dengan mentega hingga kembang.
2. masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
3. masukkan bahan yang telah diayak tadi dan air sejuk.
4. Gaul sebati.
5. Kukus selama 45 minit.
6. Bila sudah masak,biarkan sejuk dan belah kek menjadi tiga lapisan.
7. Sapukan ganache di antara ketiga-tiga lapisan.


Tuesday 27 November 2012

Sup Ikan Merah Bersuhun


Assalamualaikum wbt....
Ni nk share menu semalam..menu utk anak bujang yang baru masuk jawi...
takleh makan makanan gatal-gatal...  ummi masakkan sup ikan merah...jarang-jarang beli ikan lima bintang ni..spesel untuk org berpantang...hehehehe







Sup ikan merah bersuhun
Bahan-bahan
1 ketul ikan merah
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
se inci halia
sebiji tomato
sedikit suhun (direndam sekejap)
1/4 kiub ayam

Cara-cara
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumiskan bawang merah,bawang putih dan halia hingga wangi.
3. Tambah air secukupnya.
4. Masukkan ikan,kiub ayam dan sedikit garam.
5. Bila dah mendidih dan cukup rasa masukkan suhun dan tomato dan renehkan sebentar sebelum ditutup api.

Monday 26 November 2012

Pau Goreng Kacang Merah

Assalamualaikum wbt..
sempena musim cuti sekolah mak-mak ni kena la selalu dok kat dapo kan...ater yang ade aje order yang masuk...nak makan itu ini...org perak kata." lapo semedang!"  muahahahaha
so ai pon mengarahkan cik BM menguli pau goreng ni...guna inti kacang ready made...sekejap je dah siap...Alhamdulillah..resepi dari Ummihakim Myresepi..terima kasih banyak2 yea Ummi!


Bahan-bahan ( 20-25 biji )

  • 500g tepung gandum (sila tambah ikut kesesuaian-sy tambah sikit lagi sbb adunan lembik dan masih melekat di tangan)
  • 260 ml air
  • 6 sb gula halus
  • 3 sb marjerin
  • 2 sb susu tepung
  • 1 1/2 sb yis kering(sy letak 1 peket)
  • 1 telur
  • 1 st baking powder
  • sedikit garam
  • utk Inti : Inti kacang merah secukupnya (beli ready-made ada jual kat kedai kek)
  • Minyak masak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Guna BM : masukkan semua bahan (kecuali inti) dan pilih menu utk uli, tunggu hingga siap. Guna tangan : masukkan semua bahan (kecuali inti) dlm mangkuk adunan, uli selama 30 minit atau hingga adunan tak melekat kat tangan.
  2. Bahagikan doh kepada bebola kecil (anggaran 20 - 25 biji).
  3. Ambil satu bebola kecil tadi, leperkan dan letak inti secukupnya. Tutup balik doh tadi supaya jadi bentuk bebola dan leperkan menjadi setebal anggaran 1cm.
  4. Ulang langkah 3 hingga habis semua bebola tadi. rehatkan pau ini selama 30 minit hingga menjadi 2x ganda saiz asal.
  5. Bila agak-agak dah cukup mengembang, bolehlah digoreng menggunakan api sederhana.
  6. Tunggu pau sejuk sikit, lepas tu boleh lah dimakan

Sunday 25 November 2012

Durian Crepe...


Assalamualaikum wbt..
kali pertama sy mkn DC ni kat sweet chat...teramat la sedap rasanya...lagi sedap dr mkn deriyan fresh tu..tp regenya alahai...3 ketui dekat sepuluh ringgit..hehehehe
so sempena musim deriyan...dan satu malaysia pon tgh demam deriyan crepe ni...kiter pon teringin gak nk meng'crepe'!
kebetulan singgah di dapo zila...ada resepi ni...terus la sy k dapo dah menggodek bantal emas ni..
Alhamdulillah percubaan pertama menjadi...terima kasih kepada zila yang telah memanjangkan resepi dari eyna haneyna...resepi ni mmg best! terima kasih krn sudi share resepi!



RESEPI DURIAN CREPE
by : eyna haneyna

dicuba oleh : zila4ever.blogspot.com


bahan-bahan-20gm tpg gndum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pwrna kuning
-perisa durian 


cara-caranya

masuk semua bahan kedalam mangkuk.sebatikan dengan whisk dan tapis..
kalau pekat  tambah air sedikit
boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu.untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih..
ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yangg dipegang..
layangkan kuali agar adunan sekata
masak atas api kecil.
masak hingga kering,angkat tak perlu terbalikkn semasa  mengangkat.
|
filling
-150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..

(boleh mix sekali dgn 2sdb isi durian)
-isi durian..

-ltkkn fresh cream letak isi durian ..dan letak lagi fresh cream di atasnya..
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..

-siap


 
Anda mungkin juga meminati:

Tuesday 20 November 2012

Salam Muharram 1434

 Assalamualaikum wbt..
salam rindu  dan salam kembali untuk kawan-kawan alam maya...Alhamdulillah akhirnya saya dapat juga kembali di dapo maya ini after a few months senyap sunyi..hehehehe...
Di sini saya share bbrp foto yang relevan dengan ke'senyap'an saya....ujian melanda keluarga saya pada bulan ramadhan lepas...lebih kurang 10 hari b4 syawal...kebakaran disebabkan litar pintas...So saya mengambil masa berbulan2 juga untuk pulihkan rumah dan semuanya...doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga yea...inshaAllah..dh bersemangat semula untuk beraksi di dapur maya ni...ok jumpa lagi..