Monday 22 December 2014

Kek Minyak


Assalamualaikum wbt...

Kebetulan terajin pulak nak mencuba resepi ni yg meletop baru-baru ni....
Hasilnya memang tak mengecewakan tapi mungkin sy terlebih ovalete menyebabkan kek ni agak kering....next time kena kurangkan sikit ovaletenya...manisnya cukup-cukup je..x terlalu manis..
Terima kasih Kak Azlita..terus memberi inspirasi!

Kek Minyak (copy dr  Kak Azlita Masam Manis )
5 biji telur 
3/4 cawan gula halus ~ 160 gm
2 cawan tepung gandum ~ 300 gm
1 sudu teh baking powder 
1 cawan susu pekat ~ 300 gm
1 sudu besar ovallate 
1 cawan minyak masak ~ 200 gm
perasa nenas atau pisang 
1 sudu teh esen vanila 
Pewarna


Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan
Dalam mesen pemutar, Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.
Masukkan susu pekat dan esen vanila dan  pukul sebati
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata. 
Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian
Gaul rata
Sediakan loyang 8 inc
Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapukan butter.
Tuangkan adunan berselang seli warna secara lingkaran hingga habis
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal
Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing
Bakar selama 45 minit ~ 60 minit
Lepas 45 minit cucuk dengan lidi, jika ia keluar licin bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika masih basah, tutup permukaan kek dengan kertas aluminuim dan bakar semula hingga ia masak sempurna
Keluarkan daripada ketuhar setelah kek masak dan letakkan atas redai
Potong kek setelah sejuk sepenuhnya. 

Thursday 18 December 2014

Penkek Gebu


Assalamualaikum wbt..
Jom buat penkek gebu utk keluarga......konpem puas hati! tq to Izzah Muffin Lover utk perkongsian ini.


Pankek Sedap Gebu (copy dr Izzah Muffin Lover )
Bahan 
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula pasir
1 cawan susu segar  (sy guna dairy whipping cream + 2 sdb cuka )
1 telur ayam
1 sudu tea esen vanilla kalau suka
2 sudu besar butter yang dicairkan
sedikit garam

Caranya
Telur ayam dipukul sedikit dan dicampurkan dengan esen vanila.
Masukkan garam, gula pasir dan butter yang dicairkan tadi kedalam telur dan gaul dengan sebati.
Kemudian masukkan susu segar/ whipping cream.
Tepung gandum hendaklah dicampurkan dahulu dengan baking powder dan digaul sebati
Akhir sekali masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan dan di pukul sehingga tidak ada tepung yang berketul.
sekiranya ada tepung yang berketul hendaklah ditapis dahulu dan  mendapatkan hasil yang memuaskan
Rehatkan adunan tadi lebih kurang 15 minit hingga 30 minit.
ini adalah supaya mendapat hasil Pancake yang lembut dan gebu.

Thursday 13 November 2014

Victoria Sandwich Cake dengan Swiss meringue buttercream





Butter Cake (adapted frm Kek Alunan Kasih)
1 1/2 cawan marjerin (sy guna butter)
2 cwn gula halus
5 bj telur
esen vanila
2 1/2 cwn tepung
1 sdk  baking powder
1/2 cwn susu cair

1. Ayak tepung dengan baking powder.
2. Pukul majerin dan gula halus hingga kembang.
3. Tambah telur sebiji demi sebiji.
4. Tambah esen vanila.
5. Tambah tepung yg telah diayak berselang seli dengan susu cair.
6. Gaul rata adunan.
7. Sediakan  2 loyang yang telah dilapik kertas minyak. Tuangkan  adunan  ke dalam kedua2 loyang dalam jumlah yang sama.
9. Bakar adunan pada suhu 180 celcius hingga masak. Lebih kurang 25-30 min.

Homemade Strawberry compote
8-10 bj straberry (belah 2)
4-5 sdb gula  (ikut kemanisan yg disukai)
sedikit perahan lemon (optional)

Masukkan strawberry dan gula ke dalam periuk.(seeloknya non-stick).
Panaskan sambil dikacau sentiasa supaya tidak hangit.
Tambah sedikit air supaya agak cair.
Tutup api bila buah sudah separuh melarut dan kepekatan yang sesuai.

Swiss Meringue Buttercream ( Wendy-Table for 2 )

Bahan-bahan


   60gm putih telur (lebih kurang 2biji size L)
  100gm gula castor - boleh kurangkan sedikit
 170gm butter tanpa garam (keluarkan dari peti sejuk dan potong 10-12 ketul. lakukan sebelum panaskan putih telur utk mengelakkan butter terlalu lembut jika dbiarkan suhu bilik yg lama)

Cara-cara
  Panaskan air di dalam periuk. Satukan putih telur dan juga gula ke dalam mangkuk tahan panas. Letak di atas periuk yang berisi air panas tadi. (kawal kepanasan agar tidak terlampau panas sekitar 65c sahaja). Kacau menggunakan hand whisker sehingga gula larut lebih kurang 3 min. Adunan akan kelihatan seperti krim marshmarllow.
·  Pindahkan ke dalam mangkuk lain. Letakkan mangkuk tadi ke dalam mangkuk yang lain yang diisi air paip
dan 3-5 ketul ais (jangan terlalu sejuk! agak2 sesejuk air hujan). Pukul lagi adunan telur lebih kurang 5 minit
dengan kelajuan sederhana sehingga meringue@kental dan berkilat.
  Masukkan butter sesudu demi sesudu dan teruskan memutar sehingga very smooth dan kental lebih kurang 6-10min. 

Victoria Sandwich cake 
Bahan-bahan
Butter cake
Strawberry compote
Swiss Meringue Buttercream
Buah strawberry segar
Snow powder
 1. Letakkan sekeping kek di atas papan kek.Masukkan buttercream ke dalam piping bag dengan nozzle star.
2. Paipkan buutercream ke atas kek.Sudukan strawberry compote ke atas krim.
3. Lapiskan dengan sekekeping kek lagi.
4. Paipkan lagi krim,sudukan strawberry compote dan hias dengan buah strawberry segar.
5. Ayakkan snow powder sebagai hiasan

Sunday 19 October 2014

Marble Cheesecake


 Assalamualaikum wbt..

Sekian lama x buat cheese cake yg heavy  camni..akhir terbuat la jugak hasil resepi di buku feberetku  Delicious Cakes.Alhamdulillah rasa sgt yummy..berbaloi-baloi mencubanya..tp tak leh mkn byk-byk..dh nama pon heavy..satu slice pon dah berkilo kalorinya!


Marbled Cheesecake:by Chef Amy Heng
Dasar
200 gm biskut digestive ( dihancurkan)
50 gm serbuk badam
120 butter cair

Filling
750 gm cream cheese
120 gm gula castor
1 sdt esen vanilla
120 gm choc putih (dicair secara double boil)
30 gm tepung jagung
300 ml UHT whipping cream
3 bj telur(dipukul sedikit)

Topping
50 gm choc masakan (dicairkan secara double boil)

Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 140 celcius.

Dasar kek
Campurkan bahan kering dengan butter cair hingga rata. Ratakan campuran ke atas loyang 'loose-base' 9 inci yang telah digris dan dilapik kertas minyak.
Sejukkan di dalam peti sejuk hingga keras .

Filling.
Pukul cream cheese dan gula castor hingga berkrim.
Tambah coklat putih cair.
Tambah UHT whipiing cream,esen vanilla dan tepung jagung.
Tambah telur.
Tuangkan adunan ke atas dasar tadi.
Lorekkan dengan coklat masakan cair dan membentuk 'marble effect'.
bakar kek secara 'steam-bake' selama 1 jam 15 min. Biarkan kek di dalam oven dengan pintu oven dan suis tertutup selama 30 min lagi.
Keluarkan kek dari oven dan sejukkan selama 6 jam sebelum dinikmati.

Saturday 13 September 2014

Roti canai mini aka roti boom


Assalamualaikum wbt....
Selamat bercuti sekolah ...ok kalo rajin bole la buat roti canai yang senang dan InshaAllah menjadi...dengan syarat kena uli hingga lembut dan licin..kemudian perap semalaman dengan minyak atau majerin..esok pagi baru ditebar....
Kuahnya bole la buat kuah dhall atau kari sardin....ok..terima kasih kepada Joayee dr myresepi kerana berkongsi resepi...selamat mencuba!
Sori..x dapat nak kopipes resepi...bole daptkan resepi dihttp://www.myresipi.com/top/detail/731 


Tuesday 2 September 2014

Koleksi kek Fondan


Assalamualaikum wbt...
lamanya tak bersiaran...sebabnya memang takde menu2 baru yg nk dikongsi...dan masa pon sangat cemburu giteww!! Ok... just sharing projek main tepung di dapur comotku!




Tuesday 1 July 2014

Cucur Udang Sempoi!!


Assalamualaikum wbt...

 Selamat berpuasa dan selamat menyediakan juadah berbuka!!
Pilihan saya semasa berbuka kuih muih yang savouri.....Cucur udang ni memang kegemaran sekeluarga...macam biasalah ..resepi saya semuanya serba ringkas. Semoga bermanfaat!
Cucur Udang Sempoi
Bahan-bahan
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung gandum
200-250 gm udang saiz kecil (dibuang kulit)
2 cawan air
2 genggam tauge
1 biji bawang besar (dihiris)
setangkai daun sup dan daun bawang (dihiris )
sedikit garam dan kunyit
Campurkan semua bahan.
Panaskan minyak hingga panas untuk menggoreng.
Sudukan adunan ke dalam minyak panas dan goreng hingga garing.

Saturday 14 June 2014

Spicy Chicken Floss Bun


 Assalamualaikum wbt...
 Selamat menghabiskan cuti yg tinggal beberapa jam saja lagi...hahahaha....
sambil tu mebakor-bakor roti.....
Resepi ada di sini  ....hokay...semoga ilmu yg sedikit ini bermanfaat!

Thursday 12 June 2014

Daging Kicap Berempah


 Assalamualaikum wbt...

Hari ni berkongsi resepi daging yang ringkas tetapi tetap memenuhi selera keluarga.  Semoga bermanfaat!



Daging Kicap Berempah
300 gm daging lembu (bahagian peha-lebih lembut)
3 ulas bawang merah-dikisar
4 ulas bawang putih-dikisar
3 cm halia-dikisar
3 tangkai cili kering-dipotong kasar
1 sdt serbuk lada hitam
1st serbuk jintan manis
1 sdt serbuk jintan putih
2 sb sos barbeque
3 sdb sos tiram
6-7 sdb kicap manis
garam,gula
1 biji tomato ( dipotong 6)
2 biji kentang (dipotong baji dan digoreng)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
sedikit daun bawang untuk hiasan

1. Daging dihiris dan direbus hingga empuk.Air rebusan jangan dibuang.
2. Tumis bawang merah,putih dan halia yg dikisar.
3. Masukkan daging bersama air rebusan.
4. Tambah serbuk lada hitam,jintan manis,jintan putih dan cili kering.
5. Tambah sos babeque,sos tiram,kicap manis dan masak hingga pekat.
6. Rasakan garam dan gula,tambah tomato,kentang dan bawang besar.

Friday 6 June 2014

Taman Brokoli


Assalamualaikum wbt...



Mari kita membanyakkan sayur-syuran dalam menu harian kita!
Jom cuba resepi mudah ni.....
Semoga bermanfaat.

Taman Brokoli

Bahan-bahan:
Beberapa pokok brokoli (dipotong kecil dan dicelur)
7-8 biji cendawan shitake kering (direndam hingga lembut-lebih kurang 5-6 jam dan dihiris)
3-4 ulas bawang putih(diketuk)
2 cm halia (diketuk)
3 sdb sos tiram
2 sdb minyak untuk menumis
garam

1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
3. Masukkan cendawan , sos tiram dan air secukupnya
4. Masak hingga cendawan lembut dan mesra dengan sos dan rasakan garam.
5. Aturkan brokoli celur di dalam pinggan dan tuangkan cendawan tadi tengah.

Saturday 17 May 2014

Kek lagi dan lagi..

Bismillahhirrahmannirrahim...
bila la ai nk rancak masak-memasak ni ye...asyik masak ikan goreng ngan sup je....

Tuesday 13 May 2014

Roti Sarang Lebah Yang Menyengat!


Assalamualaikum wbt...
Setelah sekian jauh ditinggalkan keretapi...hihihi...arini baru sampai seru nak mencuba resepi yang tengah meletup-letup di kalangan peminat roti di seluruh Malaya..
Terima kasih kepada Sis Lydia penyumbang resepi asal..dan saya kongsi dari Sis Izah Daut... 
Versi saya tak cukup bahan..tak meriah macam orang lain...


ROTI SARANG LEBAH
resepi: Lydia Honey
shared from: Izahdaut
tried by: Ummizzkitchen


DOH✏️
2 cawan tepung gandum * izah campur tepung roti
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *yogurt tak de izah ganti buttermilk
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.��
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..��
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. ��
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.



NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.




BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .

Friday 9 May 2014

Jamu mata sajer......

Assalamualaikum wbt...
Semoga kengkawan  cyber sihat2 selalu..makin meriah nampaknya u ol memasak...ai jugak yg sindrom kebizian dan kemalasan.....sekali sekala saja datang menjenguk dapur sendiri...InshaAllah akan bertandang ke dapo kengkawan! 




Thursday 10 April 2014

Japanese Soft Cotton Cheese Cake



Assalamualaikum wbt...

 Setelah tergoda dengan kegebuan kek ini kt fb...sy pon mencuba tanpa was-was....tetapi beberapa masalah teknikal telah berlaku....antaranya air termasuk ke dalam bancuhan sbb guna loose pan...terlupa plak nak bako bain marie...udah masuk ayooo...huk..huk..akhirnya kek ku tak segebu yang diharapkan....bukan salah resepi...salah si pembuatnya...
Terima kasih kpd rakan fb Wan Harizaitu kerana sudi berkongsi resepi !!


Japanese soft cotton cheese cake.(terima kasih kpd Wan Harizaitu dan Nuur Hj Endut )
Bhn A
250g cream cheese
100ml susu segar
50g buttercup

Bhn B
60g tpg gndum diayak
20g tpg jagung
6biji telur gred A
140g gula kastor/halus


Cara-cara
1.Double boil bhn A dlm 4-5 minit.angkat,terus kacau hingga hancur dan sebati.ketepikan,biarkan sejuk.

2.Asingkan putih telur dgn kuning telur.pastikan xde sikit pun kuning telur tercampur dgn putih tlr.
3. Pukul putih telur dgn kelajuan maksima hga kmbang dan gebu.masukkan gula dan pukul lg hingga meringue(tak jatuh bl diterbalikkan).ketepikan.
4. Campur tpg gndm,tpg jgg,telur kuning dan bhn A ke dlm satu bks.pukul hga sebati
5.Masukkan campuran no 4 td ke dlm putih telur td.kaup balik dgn spatula atau senduk kayu sehingga sebati.jgn kacau terlalu lama.asalkan sebati je.x blh guna mixer.
6. Masukkan ke dlm loyang saiz 8 atau 9 yg telah dilapik dgn kertas kek pd dasarnya dan tepi sekeliling.kertas bhgn tepi msti lbh tinggi drp loyang kerana kek akn naik tinggi ms bkr kmdn turun blk separas loyang bl sejuk.
7.Bkr dlm oven yg tlh dipanaskan selama 10-15 minit dgn suhu 170'c.bkr secara warm bath( masukkan air ke dlm tray.)loyang td letak dlm tray berisi air tu.

Bkr selama 1 jam.

Bl msk,biarkan seketika kemudian terus trbalikkan utk buka kertas lapik loyang tu.bila sejuk hiaslah dengan filling blueberi.

Monday 7 April 2014

Roti Loyang



 Assalamualaikum wbt...

Jom meroti jom... disebabkan cik BM kiter udah mogok..terpaksa la guna bm cap tulang 4 kerat..selang seli ngan mixer...takut pulak kalo pakai mixer 100% berasap pulak cik mixer..
Resepi hasil perkongsian sifu Roti Loyang kat FB Kak Liza Othman..
terima Kak Liza kerana sudi  berkongsi ilmu...roti ni sangat lembut..kalo nak lagi halus hasilnya tepung tu kena di ayak.
Kalo nak bagi lagi cantik dohnya..masukkan doh dalam plastik dan tumbuk-tumbuk  sambil uli...hihihi...
selamat menguli..semoga bermanfaat!

Roti Loyang.
500gm tpung roti atau gandingan 400gm tpung roti dan 100gm tpung gandum
100gm gula kastor
40gm susu tepung
1st bread improver optional
11gm yis atau sepeket yis
sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk 265gm
80gm butter
1st bread softner

cara,,,, campur bahan kering dan masuk bahan cecair uli sebatikan dan masukkan butter dan uli hingga doh licin dan elastik
perap 30minit buang angin,,,
bentukkan dan perap hingga naik 2X ganda (lebih kurang 1-1.5 jam)
Bakar pada suhu 180 celcius.



Tuesday 1 April 2014

Ikan Kembung Kukus



Assalamualaikum wbt..

Walaupun kelihatannya menu kali ini sungguh low profile ya...tapi ai tetap mahu menampilkannya di sini..mana tau kot-kot ada waris-waris ai nak belajo masak....ilmu di hujung jaring gitewww!

Ikan Kembung Kukus
4 ekor ikan kembung
3 ulas bawang putih (diketuk)
2 cm halia (dihiris)
1/2 bj bawang besar (dihiris)
3 sdb sos tiram
4 biji cili padi( diketuk)
1/4 batang carot (dihiris halus)
garam,gula dan air secukupnya
Daun ketumbar untuk hiasan

Panaskan periuk kukus.
Susun ikan di dalam mangkus tahan panas
Masukkan semua bahan.
Kukus selama 10 minit atau hingga masak.
Hias dengan daun ketumbar

Friday 28 March 2014

Sizzling Mi Sanggul



Assalamualaikum wbt...

Fuhh...berpeluh-peluh makan mi sizzling ni weh...selalu makan kt food court ....
mi tengah berasap pon x raser ape ...sbb dok dlm ekon!
ni tengah-tengah hari rembang...musim summer pulak tu...  makan mi sizzling!!!! memang berpeluh yuuuu!
Anyway..memang tak menyesal try resepi ni...memang akan buat selalu...resepi refer dari dapur  mamashikin
terima kasih Mamashikin!

RESEPI MEE SIZZLING

BAHAN-BAHAN

* 2-3 mi sanggul (gulung)
* 5 ulas bawang putih
* 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
* 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
* 3 biji cili kering- potong 2
* 2 sudu besar sos tiram
* 3 sudu besar kicap cair
* 1 sudu besar kicap pekat
* 1/2 in halia- hiris nipis
* Serbuk lada hitam
* garam- secukup rasa
* Beberapa titik Minyak bijan
* 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
* sedikit minyak utk menumis

CARA PENYEDIAAN

1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3. Masukkan 2 cawan air.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Wednesday 12 March 2014

Strawberry Velvet Cupcake


 Assalamualaikum wbt..


Resepi strawberry velvet ini adalah hasil olahan dari resepi asal  Fazlinil Irma  ..terima kasih Irma sudi berkongsi kekdah step by step untuk menyediakan kek ni...ni mungkin salah satu resepi yang patut dicuba oleh peminat kek velvet...saya menggantikan buttermilk dengan srawberry yoghurt untuk extra moist!
Ok...terima kerana sudi singgah...semoga entri ini bermanfaat!

Strawberry Velvet CupCake (di olah dari Fazlinil Irma )
Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml yoghurt strawberry
2 tbsp pewarna merah

Bahan C
113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A (atau 3 gred B)
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting (Olahan Tuan tanah)

250 gram cream cheese(dilembutkan pd suhu bilik)
1/2 cawan butter
1 cawan gula ising
1 cawan fresh cream (dipukul kembang )


1.Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.

2. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih
Masukkan telur satu persatu.  Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.
 
3.  Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.
 
4. Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan. 

5. Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
 
6.  Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas.
 
7.   Masak selama 30 minit dengan suhu 175-180 darjah celcius.
 
8.   Setelah masak biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.
 
9.  Pukul cream cheese,butter dan gula ising hingga kembang. tambahkan fresh cream dan pukul rata. Sedia untuk disapukan ke atas kek yang telah sejuk.

Wednesday 5 March 2014

Bertemu kembali!


Assalamualaikum wbt...

 Apa khabar kengkawan? What a long silence ha...pc ni masuk sepital....tuan tanah x dapat nak merempit ke dapur kengkawan...tak dapat nak jamu mata... hihihi..
at the same time... tak berapa sempat nak memasak yang lain dari biasa melainkan yang biasa saja.....hahahaha...so kengkawan jamu mata je la dengan apa yang ada yer....


Tuesday 11 February 2014

Kari Ikan Nyok-Nyok


Assalamualaikum wbt...


 hari ni ai hidangkan kari ikan nyok-nyok my style..
the way like my mak always do....ai dibesorkan dengan kari...orang perak panggil gulai rempah!....
semoga bermanfaat!

Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalm periuk  untuk menumis.
2. Tumis bawang besar,bawang putih,bawang merah,halia,daun kari dan halba campur hingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari ikan dan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air.
4. Tumis serbuk kari hingga garing dengan api perlahan. Jika terlalu kering dan melekat, tambah sedikit minyak.
5. Masukkan santan dan air secukupnya terpulang kepada kepekatan kuah yang dikehendaki.
6. Apabila santan mendidih,masukkan ikan, bendi, tomato( dibelah 4),pes asam jawa dan garam.
7. Apabila ikan telah masak dan cukup rasa garam, tutup api.