Thursday 11 April 2013

Talam Pisang Sedap Tak Terkata


 Assalamualaikum wbt...
Huh...banyaknya dugaan nk masukkan n3 ni...dh berapa kali edit..dah save..alih2 takde pula gambonya..ghaib!!!
Tapi takpe...masa buat kuih ni Alhamdulillah....takde masalah problem pon..senang membuatnya...tersangat sedap rasanya..terima kasih tak terhingga kepada tuan punya resepi Kak Sakinah Omar  dan
dikongsi pula Kak Yatie Memories.
Bila menjenguk dapur kak Yatie  memang rambang mata tengok koleksi talam kat situ..Rasanya semua nak dicuba...hajat hati nak jadi Talam Queen...muahahaha!!
** update: tadi masa tulis n3 ni sy tak sempat nk review panjang lebar...sy bagi 5 bintang utk resepi ni....mmg tip top..kwn2 yg rasa pon makan sambil pejam mata cakap mmmm sedapnya!!!

 







Kuih Talam Pisang.(sy  guna loyang 4 segi  10x10 inci)

Bahan Utk Lapisan Bawah

  • 3 1/2 cawan santan kelapa.
  • 1 1/4 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • Secubit garam.
  • 1 cawan pisang lenyek ( update-sy guna 6-7 biji pisang berangan masak saiz M)
  • pewarna kuning-Yatie tambah
Cara-caranya:
  1. Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
  3. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
  4. Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.
Bahan Utk Lapisan Atas:
  • 3 cawan santan kelapa.
  • 3/4 cawan tepung gandum.
  • 1/4 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan gula pasir.
  • secubit garam.
  • Sedikit pewarna kuning-(sy bubuh di dalam adunan bawah)

Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi.
  3. Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
  4. Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.

14 comments:

  1. aawww...sedapnya talam pisang nih. Jadi ngeces liat picnya...

    ReplyDelete
  2. Sedap tak ni? Tak nampak komen Ummi pasal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie tak prasan kot..sedap tak terhingga kuih talam ni..ms buat tu sy expect yg rasanya will be so heaven! cuba la kak Azie!

      Delete
    2. Nak tunggu ada function, baru nak buat. Kalau tidak gerenti tak ada yg makan dirumah ini

      Delete
  3. wahhh...sedapnya talam pisang tu ummi...memang nampak menggiurkan.

    ReplyDelete
  4. sedapnyer makan tak ngajak..
    ps duk kat teluk intankan???

    ReplyDelete
  5. assalam ummi
    akak pun salah sorang peminat kuih2 talam ni he heee pagi2 cari utk breakfas
    cuma yg pisang tak penah makan dan buat lagi
    ummi kata sedap comfirm akak salin resepi cepat2 he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nuri..kuih talam ni mmg best...kali pertama buat menjadi cantik...tp sy buat seken taim smlm..tak menjadik pulak..sy tgh study kt mn silapnya..huk..huk

      Delete
  6. akak tak pernah buat dan rasa talam pisang lagi..ada peluang boleh cuba satu hari nti.

    ReplyDelete
  7. Ni yang teringin nak cuba buat ni... kalau dah namanya kuih talam memang sedap! Lagilah kalau bubuh pisang... wangi lemak manis!

    ReplyDelete
  8. wahhhhh cantik kejadian talam pisang ni, tq sudi mencuba dan kena dngn selera Ummi..mmng sedapkan...terliurlah pulak di buatnya..

    ReplyDelete
  9. As salam.....buat saya terbuka mulut jap waaa best nyer ....sah sedap nie. Izin saya copypaste ye.

    ReplyDelete
  10. wow! terliur dibuatnya.. sensitif sikit kalau ada pisang... cepat nau terliur.. huhu...

    ReplyDelete
  11. As salam, saya datang melaporkan diri. Dapat idea untuk buat kuih talam ini utk jamuan dipejabat

    ReplyDelete