Monday 28 May 2012

Selamat Bercuti!


Assalamualaikum wbt....selamat bercuti sekolah untuk yg bersekolah...heheheh...
tapi mcm tak cuti jer...huk..huk...mesti syok cuti jenjalan ke obersee kan..ke london..itali..hawaii.. sydney..muahaha...saper le yg bertuah tu...berangan je la cik ecah oooii..

anyway..nak buat apa yea dengan buah2 tu? ok....cuti-cuti kena masak juga kan...apa kata buat dessert yang kalerpul ni...buat dulu kulitnya...lepas tu kiter sapukan coklat cair sikit..


 
lepas tu kiter paipkan inti kastard yg lemak manis tu...

 barulah kiter susunkan buah-buahan yg disukai....
 dan sedia untuk dinikmati!

Tart Shell ( thanks to yatiecooking )
250g butter
125g icing sugar
1 biji telur
440g plain flour (tambah tepong kalo adunan lembut sgt)
1. Gaul  butter with icing sampai sebati
2. Masukkan telur & pukul sampai sebati
3. Masuk tepung & uli sehingga menjadi dough
4. Tekan dlm acuan utk mendapat size yg diingini.

5. Cucuk sedikit dengan garfu di bahagian tengahnya.
5. Bakar 15-25 minit sehingga masak pd suhu 180 celcius.

(dpt lebih kurang 55 bj saiz M)


 Krim Kastard ( thanks to citarasawan. )
250 ml susu segar
2 sdb gula
2 sdb tepung kastard
1 kuning telur-dipukul
1/2 sdb majerin
campukan semua bahan kecuali majerin.
Masak hingga likat.Campurkan majerin dan angkat.
Sejukkan dulu dalam peti ais sebelum dipaip dalam tart.
( seeloknya buat 2 bancuhan unutk sukatan tart di atas)

Sunday 20 May 2012

Rainbow Cake


Assalamualaikum...
terima kasih pada kawan-kawan baru dan lama..sentiasa menyokong dan meniup semangat untuk terus berblog....huhu...
kek kalerful dah lama buat..baru je didokumentasikan kat sini...buat untuk arijadi anak no 2 si Imran...
tapi tak pakai resepi white cake yang fofular tu...pakai resepi kek majerin biasa je..nati satu hari nak juga try resepi yang guna putih telur je tu...icing pon pakai butter cream biasa je...tak blajo lagi yang kekdah French ke Italian  method tu...huk..huk..


Kek Majerin My Rainbow (adaptasi dr Kek Majerin di Majalah Mingguan wanita Edisi raya 2008)
1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan majerin
2 sdb susu pekat
1 sdt serbuk penaik
5 bj telur A
2 1/2 cawan tepung gandum


1. Pukul gula dan majerin hingga kembang. Sebaiknya hingga gebu dan berwarna keputih-putihan.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul rata.
3. Tambahkan susu pekat diikuti tepung yang sudah diayak dengan serbuk penaik.
4..Kacau rata dengan spatula.
5. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak.
6. Tambahkan pewarna yang disukai. Seeloknya gunakan jenis gel supaya mendpat warna yg lebih terang dan cantik.
7. Sapukan loyang pembakar dengan shortening dan tabur sedikit tepung.
8. Masukkan satu bahagian dalam loyang pembakar (sy guna loyang 8 inci) dan bakar hingga masak pada 180 celcius. (lebih kurang 15 minit). Ulang untuk 5 bahagian lagi hingga siap.
9. Bila sudah sejuk. bolehlah lapiskan setiap lapisan dengan butter cream atau cream cheese. dan sapu bahagian luarnya dengan butter cream untuk menutup seluruh kek. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
10. Gunakan pisau yang dicelup dengan air panas untuk memotong kek supaya mendapat potongan yang licin dan kemas.

Butter Cream. / Crem cheese icing
250 gm butter/ cream cheese
200 gm majerin
80 gm gula icing/susu pekat (ikut manis yang disukai)
pukul butter atau cream cheese dengan majerin hingga kembang.Tambah gula icing dan pukul lagi hingga ringan dan mudah disapu.

Thursday 17 May 2012

Donut lagi!


 Assalamualaikum...
Ok..terima kasih kpd rakan-rakan blogger yg sudi singgah dan ucapkn macam2 'selamat'...Semoga selamat le kiter semua ye... 
kiter mendonat lagi...dan lagi...ni versi donut tak cukup bedak...muahaha.. natural beauty la sangat!
Untuk versi yang lebih glamer boleh lah dicelup dengan coklat putih (dicairkan secara double boil) dan ditabur roasted almond flakes...atau bole juga ditabur bebola coklat kecil yg rangup!

Doughnut (Joy Of Baking)

160 gm tepung gandum
340 gm tepung roti
80 gm gula halus
1 sd teh garam
1 sd teh baking powder
15 gm susu tepung
10 gm yis segera
100 gm telur
200 ml air sejuk
60 gm lemak sayuran

Cara:
Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk (kecuali lemak sayuran) dan adun dengan 'hook' selama 3 minit.
Tambah lemak sayur dan adun lagi selama 10 minit sehingga doh matang.
Kemudian biarkan doh rehat selama 15 minit atau lebih.
Gelek adunan dan potong dengan donut cutter
Biarkan donut kembang selama 1 1/2-2 jam sebelum digoreng dengan api yang perlahan 

** Selepas dipotong dengan donut cuuter seeloknya diletakkan di atas talam yang dilapik dengan kitchen towel..InshaAllah takkan melekat dan senang diangkat bila hendak digoreng

Selamat Mencuba



Monday 14 May 2012

White Rose Tiramisu

 Assalamulaikum...
Sejambak mawar putih dipersembahkan untuk para ibu......Selamat Hari Ibu...

 Kek ni aceli kek tiramisu simple dek kerana nk mengahbiskan stok cream cheese dan ada pulak kek span reject....air nescafe pulak tak direnjis sungguh-sungguh...maka warna keknya kurang gelap dan  tiramisu ku itu kurang kick! Dihiasi dengan rosette dr fresh cream yg rasanya ala-ala eskrem vanilla...

unutk resepi bole tengok sini

Thursday 10 May 2012

Makaroni Bakar

 Assalamualaikum..
Terima kasih kasih kepada semua kawan-kawan sehati sejiwa...sudi bertegur sapa mahupun yang mengintai dalam diam...arini ai jamu you all makan makaroni you......
sila la cuba kalau teringin..dan harap-harap menepati citarasa ya!

 Makaroni Bakar
350 gm makaroni (rebus hingga lembut dan tus)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 bj bawang besar( didadu)
200 gm daging cincang /ayam
3 sdb serbuk kari daging
2 sdb serbuk lada hitam
3 sdb sos tiram
3 sdb sos tomato
sayur-sayuran  ( dipotong kecil) spt karot,bunga kubis,mix vege,cendawan butang

 Bancuhan A
5 bj telur
200 ml susu segar
sedikit garam
2 sdb tepung gandum
-pukul telur dgn whisk dan campurkan bahan-bahan lain dan gaul rata

Topping
mayonis cheese
sos cili
bawang goreng

Tumis bawang puting dan bawang besar hingga wangi.
Tambah serbuk kari,serbuk lada hitam dan daging. Tumis hingga masak.
Tambah sos tiram,sos tomato dan sayur-sayuran dan garam.
Tambah makaroni yg telah direbus dan goreng hingga sebati dan cukup rasa.
Sediakan loyang 4 segi yang telah disapu majerin atau lapik dengan aluminium foil.
Tuangkan makaroni ke dalam loyang.
Tuangkan bancuhan A kedalam loyang hingga makaroni terendam.
Bakar pada 180 celcius hingga masak lebih kurang 20-25 minit.
Setelah masak dan disejukkan. Sapukan sos cili dan mayonis cheese dan tabur bawang goreng.


Tuesday 8 May 2012

Golden Potato bun (2)



Assalamualaikum wbt....
bole dikatakan selang sehari kena kerah cik  BM ulikan roti...kalo harapkan tulang terlebih lemak ni...memang adunan tu keras kejung la jadinya ....dh byk kali buat potato bun ni..resepi  ada  kat sini  ye...
babai!!!!!

Saturday 5 May 2012

Puding Mangga Tropika







Assalamualaikum...
selamat berhujung minggu...terima kasih krn masih sudi menjengah dan bertegur sapa di dapur yang selalu tak berasap ni...muahahahaha...
tuan tanah tengah tak tentu arah dengan urusan dunia yang tak pernah selesai...*sigh*
tapi sempat gak mencelah buat puding mangga ni...berkenan tengok puding kat dapur zila ..kebetulan ada mangga masak ,elok la dipudingkan...tapi puding ni saya ubahsuai dari resepi zila (asal dari mat Gebu).....minta maaf kerana saya dh ubahsuai disebabkan stok bahan2 yg terhad dan terima kasih kerana berkongsi resepi..
Resepi ni sangat sesuai bagi pencinta mangga...lapisan bawahnya lemak manis dan lapisan atasnya kenyal-kenyal dan ada mangga segar...



 Puding Mangga Tropika ( adaptasi dari resepi Puding Mangga Mat Gebu )
125 gm serbuk Konyaku Jelly (plain)
500 ml air
100 ml susu cair
3 sdb gula
isi mangga (untuk hiasan)

Puri mangga (blend)
300 gm isi mangga
150 ml air

1. Didihkan  air. Masukkan serbuk konyaku dan kacau hingga larut.
2. Tutup api. Keluarkan 220 ml bancuhan ( lebih kurang 1 bekas taufufa).
3. Panaskan semula  bancuhan di dalam periuk tadi dan tambahkan puri mangga,susu cair dan gula.
4. Kacau sebentar hingga semua bahan larut dan bolehla tutup api.
5. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang yang disukai samada loyang besar atau bekas-bekas kecil.
6. Biarkan ia agak beku.
7. Susun potongan mangga mengikut kreativiti.
8. Tambahkan bancuhan  jernih yang diasingkan tadi.
9. Sejukkan puding di dalam peti sejuk.
**sukatan ini menghasilkan 4 bekas taufufa

ok..n3 kali ni sgt spesel kerana diserikan dengan award sulung dari blogger celebrity Shahriah novelis ...tengkiu Kak Shah!!!



Tuesday 1 May 2012

Kek Alunan Kasih


Assalamualaikum ..
arini lapor kek plak....teringatkan kek yg popular kt fb tak lama dulu...kek Alunan Kasih oleh Pn Mastura Yasak...kek yang klasik, mengingatkn kita dengan kek orang2 lama...


ni plak mak andam dh pakaikan bedak cap nyonya...nk bli bedak mac takde bajet!!!!


ni setelah pos motem....hehehe...jemput makan semua...


Kek Alunan Kasih (Pn Mastura Yasak-Kongsi Resepi FB)
1 1/2 cawan marjerin (sy guna butter)
2 cwn gula halus
5 bj telur
esen vanila
2 1/2 cwn tepung
1 sdk  baking powder
1/2 cwn susu cair
serbuk koko
1. Ayak tepung dengan baking powder.
2. Pukul majerin dan gula halus hingga kembang.
3. Tambah Telur sebiji demi sebiji.
4. Tambah esen vanila.
5. Tambah tepung yg telah diayak berselang seli dengan susu cair.
6. Gaul rata adunan.
7. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Tambahkan warna yg disukai.
8. Sediakan loyang yang telah dilapik kertas minyak. Tuangkan separuh adunan bagi warna pertama ke dalam loyang.Ayakkan serbuk koko ke atas adunan. (sy tambah serbuk milo).Ulang proses hingga habis.
9. Bakar adunan pada suhu 180 celcius hingga masak.