Tuesday 11 February 2014

Kari Ikan Nyok-Nyok


Assalamualaikum wbt...


 hari ni ai hidangkan kari ikan nyok-nyok my style..
the way like my mak always do....ai dibesorkan dengan kari...orang perak panggil gulai rempah!....
semoga bermanfaat!

Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalm periuk  untuk menumis.
2. Tumis bawang besar,bawang putih,bawang merah,halia,daun kari dan halba campur hingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari ikan dan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air.
4. Tumis serbuk kari hingga garing dengan api perlahan. Jika terlalu kering dan melekat, tambah sedikit minyak.
5. Masukkan santan dan air secukupnya terpulang kepada kepekatan kuah yang dikehendaki.
6. Apabila santan mendidih,masukkan ikan, bendi, tomato( dibelah 4),pes asam jawa dan garam.
7. Apabila ikan telah masak dan cukup rasa garam, tutup api.

Saturday 8 February 2014

Goreng Pisang Terlajak Laris






Assalamualaikum wbt....



Tak lama dulu ada tengok citer JJCM..En. pengacara makan pisang goreng cheese ...punya la terlior tengok dia makan...mana pulak nak cari  pisang goreng cheese kt sini..
kalo nak goreng pisang sendiri..tepungnya slalu tak rangup! ingatkan takat buat goreng pisang..tak payah le nak gugel...tp kali ni terpaksa gak mintak tulong pakcik gugel sbb nak goreng pisang yang betul-betul rangup...
Alhamdulillah..dengan izin Nya...Pakcik Gugel tak pernah menghampakan...dapat resepi kat sini..
my favourite blog juga ni...terima kepada Kak Daria dan En Hairul yang sudi berkongsi resepi yang memang terlajak laris........
teruih miker  raser nak meniage goreng pisang depan rumah miker ni ha...hahahaha
ok...goreng pisang tu ai drizzle dengan chocolate sos ( bole beli siap je)..dan parutkan cheddar cheese...

Selamat menikmati...semoga bermanfaat!
Tepung goreng pisang ranggup sumber dari hairul.com dan  resepidaria.com
Bahan-bahan:-

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan pekat (santan kotak)-sy ganti dgn kelapa kering
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar majerin yang telah dicairkan
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali majerin dan air.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga pekat
  3. Masukkan majerin cair dan kacau rata

Saturday 1 February 2014

Tart telur


 Assalamualaikum wbt....

se
semoga anda semua sihat-sihat je....selamat bercuti panjang sempena CNY...
gong xi fa chai utk yg meraikannya....hihihi..
sy masih lg fail buat egg tart....dr segi rasa...egg tart ni dh sedap...cuma pastri nya tu cepat lembut..tak tahan lama kerangupanya...huhuhu...camne ni...saper bole share resepi yang menten rangup je pastri tu?