Thursday 31 October 2013

Kek Pelangi Kasih



Assalamualaikum wbt....
Salam Jumaat  penghulu segala hari....
malu taw..nk share kek comot ni.....buat nak bagi siap cepat je...anak2 burung kt belakang asyik suruh potong cepat...
.nk tunggu set lama sikit lam peti ais pon susah..5 minit sekali tanya pasai kek....
tu la bila dipotong pon jadi tak kemas...
ok saya guna resepi asas  di sini  ..cuma di'raninbow'kan.... dibahagi kepada 3 lapisan dan disapu cream cheese topping yang nipis di dalam dan luarnya.. 
kalo bole anak2 burung tu tak nak yang ada aising pon!
Macam comotttt jer...
Macam sempoii jer...
Cantikkk ker?
Cunnnn ker?



 ni saja nk share kek munge-munge ...dlmnya kek carrrot walnut cheese..



Nasi Lemak Sambal Sotong


 Assalamualaikum wbt...
Sesekali  buat nasi lemak sendiri...utuk makan malam...kes dah tak tau nk masak apa..
Resepi ringkas yang semua org tau buat...tetapi didokumenkan di sini untuk kemudahan anak cucu makcik!!!

 
Nasi Lemak
3 cawan beras (sy guna basmati) -dibasuh bersih
1 1/2 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air
1 sdt garam
2 cm halia (hiris halus)
2 helai daun pandan.

Masukkan semua bahan dan masaklah nasi seperti biasa.

Sambal sotong
300 gm sotong (dibersihkan)
4 ulas bawang putih dan 1 biji bawang besar-dikisar
7 -8 sdb cili boh
1 sdb pes asam jawa
1 biji bawang besar (hiris bulat)
garam dan gula

Tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan cili boh,garam dan gula dan tumis hingga garing.
tambah pes asam jawa dan sedikit air.
Tambah sotong dan bawang besar.
Rasa masam,manis dan masinnya.

Saturday 26 October 2013

Cinnamon Cronut



Assalamualaikum wbt....
selamat berhujung minggu.....selamat bereksperimen di dapo....ni hasil eksperimen mrnggunnakan frozen puff pastry...asik baca pasai cronut je kt dapo-dapo mat salleh...bertapa excitednya depa dengan cronut ni...mmg tgh hot..siap beratoq panjang pasai nk beli cronut ni...hehehe...bila google pasai cronut ni..bayak jenis cronut ada..depa buat tebal-tebal berlapih-lapih...ai punya ni nipih je...lenkali le baru buat yg tebal...buat pon yang plain je...ditabur dengan gula ising dan serbuk cinnamon.
Keputusan eksperimen mendapati..cronut ini memang sedap dimakan semasa panas...
tapi agak oily sbb puff pastry tu pon dah ada majerin...digoreng plak lagi!
by the way...
takde resepi di sini kerana hanya gunakan frozen puff pastry...*wink*




Thursday 24 October 2013

Talam Ubi Kayu Terbaik




Assalamualikum wbt..
selamat berhujung minggu...selamat berehat.....meh jamu mata  dengan  kuih talam yang terbaik ini...Resepi dr pakar talam Chef Asma..Terima kasih chef! 
Saya bole makan kuih ni sampai separuh loyang...sbb sedap sangat!



TALAM UBI KAYU ( Rujukan Dr Resepibdaria, Resepi Asal Chef Asma)

LAPISAN BAWAH
Bahan-bahannya:-
  • 700gm ubi kayu (parut dan timbang)
  • 100ml santan pekat
  • 300ml air
  • 250gm gula castor
  • sedikit pewarna kuning
Cara-caranya:-
  1.  Satukan kesemua bahan-bahan kedalam periuk dan kacau rata
  2.  Masak semua bahan-bahan sehinga pekat
  3. Tuang kedalam loyang dan kukus selama 25 minit
LAPISAN ATAS:-
Bahan-bahannya:
  • 100gm tepung beras
  • 50gm tepung ubi
  • 50gm tepung gandum
  • 2 tsp garam
  • 200ml santan pekat
  • 800ml air
  • * sy guna 500 ml santan sederhana pekat dan 500 ml air
Cara-caranya:-
  1. Bancuh semua bahan-bahan diatas
  2. Tapis kedalam periuk, masak sehingga naik wap
  3.  Tuang keatas lapisan bawah
  4.  Kukus selama 30 minit.

Tuesday 22 October 2013

Yong Tau Foo Soup


 Assalamualaikum wbt....
Dah lama sy tercari-cari resepi sup untuk Yong Tau foo...sy pernah tanya pada tokei mi kicap kt Greentown Mall,Ipoh..mcm mana buat supnya...dia kata pakai ikan bilis je....sy bayangkan ikan bilis tu digoreng dan dikisar dan dimasukkan dalam sup....tapi tak pernah saya cuba pon....hehehe...
Tetiba terpandangkan resepi sup untuk yong tau foo yang menggunakan ikan bilis yang di kongsi oleh pakar nasi kandar di Penang tu
En Mamak Haji... terus la berkobar-kobar nak memulakan projek.
Alhamdulillah projek Yong Tau Foo berjaya....yeah...sangat puas hati makan sepuasnya!! Terima kasih Mamak Haji  kerana sudi berkongsi resepi! Dah ada resepi supnya...aksesori lain tu sy pandai-pandai sendiri saja..terutamanya Cili Hijau Sumbat tu...sib baik menjadi.
Kepada peminat Yong tau foo...jangan lupa cuba!








Stok Sup / Pengasas sup   Mamak Haji
- 3 liter cawan air.
- 2 cawan ikan bilis yg telah basuh dan ditoskan.
- 1 sudu besar biji lada putih.
- 5 ulas bawang putih diketuk.
- 2 ketul kiub stok ayam.
- 2 inci Halia diketuk.
- 1 sudu besar gula.
- Garam secukup rasa.
 
Cara: Layukan bawang dan ikan bilis, Tambah air dan masukkan ikan bilis dan juga semua bahan-bahan tadi. Simmer/ reneh sup ini selama 1 jam. Seelepas 1 jam tapis airnya dan sedia sup yong tau foo yg lazat 'ala singapura.
Cili Hijau Sumbat
  • 4 biji cili hijau (dibelah tepi jangan putus)
  • 1/2 ekor ikan bawal (dicelur separuh masak)
  • 2 sdb tepung ubi
  • sedikit garam 
    Ikan diambil isinya dan dihancurkan. Gaulkan isi ikan hancur dengan tepung ubi dan garam hingga rata.Sumbatkan ke dalam cili hijau. Celur sebentar.
Bahan-bahan lain (dicelur di dalam sup)
  • Kangkung kampung, Bebola ikan,Fucuk, Kepingan ikan,Jejari Ketam,Cili Sumbat


Friday 11 October 2013

Bavarian Doughnut


Assalamualaikum wbt..
dah lama kiter tak buat donut kan....bila terpandangkan gambo donut yg begitu menggiurkan kat fb...
 teruih tergoda!!!  Terima kasih kepada penyumbang resepi Sis Shima Maz...donut ni  sangat awesome ....sama sedap ngan kt dunkin donut tu!
Buat pon senang...cam biasa cik BM yang tolong ulikan...uli manual pon tak susah sangat kan...kan!
Buat filling custard tu dulu supaya pekat dan senang disudukan. Cabarannya masa nk isikan filling tu dan masa nak tutup semula doh...ada yang kebocoran..hahaha..berhati-hati!


Bavarian Donut   (Shima Maz)
Bahan untuk filling custard 
  • 2 biji kuning telur 
  • 1 sdb tepung custard 
  •  1 sdb tepung jagung  
  • 1 sdb tepung gandum  
  • 3 sdb gula castor 
  • 1 cawan susu segar 
  • 1 sdb butter 
  • Sedikit pewarna kuning
Caranya : Semua bahan dicampur n dimasak atas api kecil. Kacau non-stop sampai pekat.

Bahan doh :
 
  • 2 cwn tepung gandum (ayak 3X) **sy tambah 1 sdt baking powder
  • 2 sdb tepung jagung
  •  2 sdb butter
  •  1 sdb shortening
  •  1 sdb susu tepung (tak letak pun takpe)
  •  1 sdb gula
  •  1/2 sk garam 
  • 1 biji telur
  •  6g yis mauripan (agak2 1/2 packet lebih sikit)
  •  90ml air suam (anggaran jer)
Caranya : Pukul telur n garam- kocok jer Satukan semua bahan..masukkan telur tadi...Gaul sampai bersatu...Masukkan air sedikit demi sedikit..Uli sampai doh tk melekat ditangan Rehatkan doh..tutup sebentar n biarkan doh naik 2x ganda Bila doh dah naik...tumbukkan doh untuk keluarkan angin Bahagikan kpd bahagian kecil...Canai sedikit n masukkan filling..tutup doh balik n bulatkan semula..tekan sedikit, biar leper Tunggu sebentar biar doh naik sedikit...goreng dgn api sederhana Dah sejuk, tabur gula icing

Friday 4 October 2013

Tilapia Masak Kacang Soya


Assalamualaikum wbt...
Aritu tgk dalam citer JJCM...si Qi makan kat Sabah....semua menunya mengecurkan air lior....salah satu menunya yg chef demo ialah  Kepala Kerapu Masak Kacang Soya ...chef nya bagitau la serba sikit ramuannya..yang lain ai pandai-pandai sendiri ja....kepala kerapu takdak....tilapia je yg available!!!! susah sikit la nk makan ..banyak tulang!....next time cuba ikan lain pulak...anyway tengkiu Chef!!!



Tilapia Masak Kacang Soya.
1 ekor ikan tilapia (buang kepala, badan potong kecil-kecil)
isi ikan digaul dengan sedikit tepung goreng serbaguna dan digoreng garing

3-4 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1/2  batang serai
8-10 biji cili padi thai
sebungkus taucu
-semua bahan dikisar
4 sdb minyak (untuk menumis)
1 biji bawang besar dihiris bulat
2 sdb sos tiram
2 sdb kicap manis
sedikit daun ketumbar

Cara-cara
1. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan wangi.
2. Masukkan  ikan ,bawang besar,sos tiram,kicap dan sedikit air.
3. Perasakan dengan sedikit garam.Masak hingga semua bahan mesra.
4. Tutup api. Taburkan daun ketumbar.

Tuesday 1 October 2013

Chicken Floss Carrot Bun


 Assalamualaikum wbt....
jom buat chicken floss bun sendiri di rumah!!! saja-saja divariasikan kepada bentuk carrot.....kalo nk lagi ngan bole guna chicken floss yg spicy..klaernya lebih merah...lagi ala-ala carrot gitew!!!


Bun manis asas
400 gm tepung high protein
100 gm tepung low protein (tpg gandum biasa)
10 gm susu tepung
1 sdt garam
1 sdb yis kering
100 gm gula castor
1 bj telur
220 ml air
75 gm marjerin/butter
1. Campurkan semua bahan kecuali majerin ke dalam mangkuk pengadun.
2. Gaulkan dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Tambah marjerin dan uli lagi hingga doh  menjadi licin,lembut dan elastik serta tidak lekat pada mangkuk.
4.Biarkan doh di dalam mangkuk dan tutup dengan kain lembap.
5. Biarkan doh naik 2 kali ganda. Seeloknya letakkan di tempat yg panas.
6. Tumbuk doh dan keluarkan udara di dalamnya.
7. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang dikehendaki.(untuk adunan ini boleh dapat 18-20 biji saiz sederhana)
8. Bentukkan doh kepada bentuk yang dimahukan.
9. Untuk membuat bentuk carrot, ambil satu bahagian doh dan canai nipis.
10. Potong kepada 3 bahagian secara menegak (jangan putus)
11. Jalinkan ketiga-tiga jaluran dengan kemas. Doh akan lebar di bahagian atas dan  runcing di hujung.
12. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
13. Bakar pada 180 celcius selama 20 minit.

Chicken Floss Carrot Bun
Bun manis yang dibentuk sperti carrot
Mayonis
Chicken floss
Daun salad
Bun dibelah sedikit di bahagian atas (bahagian lebar)
Sapukan satu sudu besar mayonis ke atas bun.
Taburkan chicken floss.
Sumbatkan daun salad di bahagian yg dibelah tadi.