Saturday 18 January 2014

Masak Lemak Cili Api Tempoyak Ikan Jelawat dan Belimbing Buluh

Assalamualaikum wbt...


Sesekali masak ala kampung macam ni memang makan tak ingat dunia...bertambah-tambah plak nasinya...penat je jogging  kunun-kunun dapat kurangkan sparetyre!
Resepi ni bagi peminat ikan air tawar....bagi yang tak minat ikan air tawar..bole juga gantikan dengan ikan laut seperti ikan kembung...tapi nikmatnya lain...ahaks!







Masak Lemak Cili Api Tempoyak  IkanJelawat dan Belimbing Buluh
1 ekor ikan jelawat (sederhana besar-dipotpng )
15-20 biji cili api kampung
3 btang serai (hiris kasar)
2 cm kunyit hidup
5-6 biji belimbing buluh (belah 2)-jika tiada boleh gantikan dengan limau kasturi
3 sdb tempoyak
2 cawan santan (sederhana pekat-dr 1/2 bj kelapa)
2 cawan santan pekat (dr 3/4 bj kelapa)

Cara-caranya:
1. Cili api ,serai dan kunyit hidup dikisar bersama.
2. Masukkan santan cair , cili api ,serai dan kunyit yang dikisar,belimbing buluh serta tempoyak ke dalam periuk dan jerang hingga mendidih.
3. Masukkan ikan, santan pekat dan garam.
4. Jerang hingga mendidih dengan api perlahan dan sentiasa dikacau.
5. Apabila sudah mendidih rasa masinnya dan tutup api.

Monday 13 January 2014

Cheddar Cheese Sugar Bun

Assalamualaikum wbt...

 Salam maulidurrasul....selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...
Kalau rajin hari ni jom kita meroti....roti yang lemak-lemak manis...sangat berbaloi bila buat sendiri!
Semoga bermanfaat!




Bun manis asas
400 gm tepung high protein
100 gm tepung low protein (tpg gandum biasa)
10 gm susu tepung
1 sdt garam
1 sdb yis kering
100 gm gula castor
1 bj telur
220 ml air
75 gm marjerin/butter
4-5 sdb gula (utk ditabur)
100 gm atau secukupnya cheddar cheese (diparut di atas doh)
1. Campurkan semua bahan kecuali majerin ke dalam mangkuk pengadun.
2. Gaulkan dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Tambah marjerin dan uli lagi hingga doh  menjadi licin,lembut dan elastik serta tidak lekat pada mangkuk.
4.Biarkan doh di dalam mangkuk dan tutup dengan kain lembap.
5. Biarkan doh naik 2 kali ganda. Seeloknya letakkan di tempat yg panas.
6. Tumbuk doh dan keluarkan udara di dalamnya.
7. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang dikehendaki.(untuk adunan ini boleh dapat 18-20 biji saiz sederhana)
8. Bentukkan doh kepada bentuk yang dimahukan.
9. Taburkan gula pasir ke atas doh.
10. Parutkan keju cheddar ke atas doh dan boleh lah dibakar pada 180 celcius hingga keperangan.


Wednesday 8 January 2014

Clear Soup Noodle with vegetables and Enoki Mushroom




 Assalamualaikum wbt...
 Apa kabo kengkawan pengunjung-pengunjung dapo usang ni...lamanya tak berupdate blog ni....bz yang berkesudahan.......
ok untuk n3 pertama tahun 2014....ai hidangkan mi sup yang simple...kegemaran anak-anak...
mi ni tak pedas...untuk lebih kick..sila ketukkan 2-3 batang cili api dan campakkan ke dalam mangkuk sup ye tuan-puan!

 
Clear Soup Noodle with vegetables and Enoki Mushroom
4-5 keping mi kering ( dicelur hingga lembut) (serves 4-5 person)
Sup
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 batang celeri (dihiris)
1/2 batang lobak (dihiris)
4-5 batang fish cake/fish ball
1 biji tomato (dibelah 4)
sedikit cendawan enoki
1/2 kiub ayam knor
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
Tambah air secukupnya dan masukkan semua bahan-bahan lain dan masak hingga mendidih.
Rasakan garamnya dan tutup api.
Tuangkan kuah sup ke dalam mangkuk berisi mi celur tadi.
Hidangkan bersama daun sup.