Monday, 26 November 2012

Pau Goreng Kacang Merah

Assalamualaikum wbt..
sempena musim cuti sekolah mak-mak ni kena la selalu dok kat dapo kan...ater yang ade aje order yang masuk...nak makan itu ini...org perak kata." lapo semedang!"  muahahahaha
so ai pon mengarahkan cik BM menguli pau goreng ni...guna inti kacang ready made...sekejap je dah siap...Alhamdulillah..resepi dari Ummihakim Myresepi..terima kasih banyak2 yea Ummi!


Bahan-bahan ( 20-25 biji )

  • 500g tepung gandum (sila tambah ikut kesesuaian-sy tambah sikit lagi sbb adunan lembik dan masih melekat di tangan)
  • 260 ml air
  • 6 sb gula halus
  • 3 sb marjerin
  • 2 sb susu tepung
  • 1 1/2 sb yis kering(sy letak 1 peket)
  • 1 telur
  • 1 st baking powder
  • sedikit garam
  • utk Inti : Inti kacang merah secukupnya (beli ready-made ada jual kat kedai kek)
  • Minyak masak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Guna BM : masukkan semua bahan (kecuali inti) dan pilih menu utk uli, tunggu hingga siap. Guna tangan : masukkan semua bahan (kecuali inti) dlm mangkuk adunan, uli selama 30 minit atau hingga adunan tak melekat kat tangan.
  2. Bahagikan doh kepada bebola kecil (anggaran 20 - 25 biji).
  3. Ambil satu bebola kecil tadi, leperkan dan letak inti secukupnya. Tutup balik doh tadi supaya jadi bentuk bebola dan leperkan menjadi setebal anggaran 1cm.
  4. Ulang langkah 3 hingga habis semua bebola tadi. rehatkan pau ini selama 30 minit hingga menjadi 2x ganda saiz asal.
  5. Bila agak-agak dah cukup mengembang, bolehlah digoreng menggunakan api sederhana.
  6. Tunggu pau sejuk sikit, lepas tu boleh lah dimakan

3 comments:

  1. woweee... lama tak makan pau...nak seketoi...!!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya pau goreng! Tumpang minum petang di sini ye Ummiaisyah...

    ReplyDelete
  3. he he semedang lapo je kan
    besaa duk umah ja apalagi kejanya makan makanlah isi perut
    ate anak2 temanpun suker bebenor kalu ada pau inti kacang ni goreng panas2 suam tu uihhh sedapnya aii
    tp tak penah dibuat sendiri lg nih asyik beli je kat mokcik gerai kuih tu

    ReplyDelete