Thursday 18 April 2013

Talam Tokyo

Assalamualaikum wbt...
lai..lai...sini ala talam..tokyo mali..hihihi....talam tokyo ni dah lama sy sekodeng..tapi tak terbuat-buat sbb bila tengok resepi ada suun...ish...camne rasa suun dalam kuih? tu yg tak kondifen tu...tp bila Kak Azie review sedap sangat talam ni...terus terbuka hati nk mencubanya...dan percubaan tidak sia-sia bila hasilnya mmg menggembirakan si pembuat dan si pemakan...rasanya mmg unik..lapisan bawahnya kenyal-kenyal kerana sagunya, lemak-lemak santan terasa...dn paling best bila tergigit kelapa parut...mcm yg Kak Azie kata..tak terasa suunnya..so dun wori ok! lapisan atasnya pulak cukup seimbang  lemak manisnya. Terima kasih  Chef Asma kerana sudi berkongsi resepi dan   Kak Azie kerana memanjangkan resepi ini!


Kuih Talam Tokyo
Tq: Azie Kitchen

Bahan Untuk Lapisan Bawah:
300gm sagu kecil warna putih
60gm sohoon
100gm kelapa parut putih
100ml santan pekat
300ml air
1 sudu kecil garam

Cara-cara:
Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.Rendam sohoon dengan air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil-kecil. 

Satukan bahan-bahan diatas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak. 

Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.



Bahan Untuk Lapisan Atas:
4 biji telur
300gm gula pasir
400m santan pekat
400ml air + 3 helai daun pandan (blender dan tapiskan)
100gm tepung kastard
Sedikit pewarna hijau
1/8 sudu kecil alkaline water@air abu *(boleh guna 1 sk air kapur) 
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan blend rata. Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.

Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit. Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.


7 comments:

  1. assalam
    rajin puan ummi ni menalam
    ada suun akak pun tak penah mkn ni
    tp cantik kan, blh cuba bila ada kerajinan he

    ReplyDelete
  2. as salam,
    aduh cantik kejadiannya. permukaannya mulus dan warnanya memang real pandan colour.

    ReplyDelete
  3. salam cikgu...

    jauhnya.. sampai ke tokyo menalam? hehe...
    akak lom pernah wat lagi ni... entah bila nk dtg seru.. tp aka pernah juga wat satu kuih yg letak suun.. mmg tak terasa pun suunnya sbb hakikatnya suun tu mmg 'tasteless' kan.. hehe.. nnt ada kerajinan yg melampau nak cuba jugaklah...

    ReplyDelete
  4. rajin sekali bikin kue talam. Minta sepotong dong, hehe...

    ReplyDelete
  5. aslmkum ummi.. lama gak akak tak menalam.. talam tokyo ni tak pernah cuba lgi.. klau beli tu rasa gula jer lebih..

    ReplyDelete
  6. Baru tau juga talam ada sohoon nya... mau coba juga tapi buatan nya lal Ummi yah..hehe

    ReplyDelete