Thursday 28 February 2013

Talam Keladi


Assalamualaikum wbt..dan salam hari Jumaat...
Jangan mare..harini showcase kuih talam lagi...sekrang ni bule katakan..hari2 dok menalam...kiter nk gi kelas kuih talam komersial  orang rumah tak bagi..kena la belajo dengan tenet je...sib baik kat tenet ni ramai sifu yang yang sudi kongsi ilmu kan...salah satu dari koleksi talam yang dah berjaya ialah talam keladi ni..dulu-dulu ada buat sekali..tapi tak cukup ummmphh...yang ni memang perfect la...
ok..resepi ni hasil skodeng dapur  Kak siti delima...dan Kak Siti berkongsi pula dari  Kak Yatie dan 
Kak Yatie pula share resepi dari Chef Asma ...Terima kasih kepada semuanya yea....

Kuih Talam Keladi
Sumber : Yatie Memories
Di Olah : Che CT

Bahan Lapisan Bawah :
2 Cawan tepung beras
3 Sudu besar tepung ubi
1 1/2 Sudu kecil garam
6 Sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air

300 gm keladi - dibersihkan dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam. Potong kiub dan kukus selama 5 minit - (kukus dulu, baru ditimbang).

Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi yang di potong kiub tadi.
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit

Bahan Lapisan Atas :
1 1/2 cawan tepung gandum
250 gm gula halus
3 biji telur
250 ml santan
500 ml air
Sedikit pewarna purple dan perisa Yam

Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit lagi. Lap tutup kukusan setiap 5 minit sekali.

Saturday 23 February 2013

Talam Suji



Assalamualaikm wbt...
Semoga kawan-kawan sihat walafiat dan ceria selalu...kalo tak ceria..cuba buat kuih talam suji ni...InshaAllah ceria le bila dah dapat makan....hehehee...sebabnya buat kuih ni yang teramat senang...dan rasanya plak..yang teramat sedap...resepi ni dapat hasil google...tersangkut kt dapor tersohor Kak Siti dan  beliau dapat resepi ni dari chef idola ku Kak Hanieliza  ....terima kasih kepada kedua-duanya kerana berkongsi resepi berguna ni...sayang anda berdua!

TALAM SUJI

Lapis bawah :

1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
1 cawan gula merah

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. Hidangkan.