Assalamualaikum wbt...
Pilihan saya semasa berbuka kuih muih yang savouri.....Cucur udang ni memang kegemaran sekeluarga...macam biasalah ..resepi saya semuanya serba ringkas. Semoga bermanfaat!
Cucur Udang Sempoi
Bahan-bahan
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung gandum
200-250 gm udang saiz kecil (dibuang kulit)
2 cawan air
2 genggam tauge
1 biji bawang besar (dihiris)
setangkai daun sup dan daun bawang (dihiris )
sedikit garam dan kunyit
Campurkan semua bahan.
Panaskan minyak hingga panas untuk menggoreng.
Sudukan adunan ke dalam minyak panas dan goreng hingga garing.
Pasti sedap ni ummi...boleh letak list menu berbuka
ReplyDeleteMmg antara kuih faberet as nie ummi ;)
ReplyDeletesedapnya nampak rangup
ReplyDeleteselamat hari raya Ummi
ReplyDeletemaaf zahir batin