Tuesday, 3 December 2013

Murtabak Lapis Cracker



Assalamualaikum wbt..


Makin cuti makin lemau mood memasak....ape ke he?
ni je yg ada sepanjang cuti sekolah ni kot!

Murtabak Lapis Cracker
Bahan-bahan
Inti
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang besar (didadu)
400 gm daging cincang
1 sdb rempah kari
1 sdb serbuk cili
2 sdb sos lada htam
Tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing.
Masukkan daging cincang,rempah kari,serbuk cili dan sos lada hitam.
Masak semua bahan hingga daging masak sepenuhnya.
Rasakan garam dan gula.
Tutup api dan sejukkan.

Bahan-bahan murtabak
1 tin susu cair
5 biji telur
1/2 bungkus biskut cracker 4 segi cap Ping Pong

Sediakan loyang 4 segi 9x9 inci dan disapu majerin.
Satukan telur dan susu dan kacau dengan whisk hingga rata.
Celupkan biskut cracker sekejap di dalam bancuhan tersebut.
Susunkan biskut cracker di dalam loyang dan taburkan inti daging.
Teruskan melapis hingga inti habis.
Tuangkan baki bancuhan susu dan telur ke dalam loyang
Bakar pada suhu 180 celcius selama lebih kurang 25-30 minit.

Bahan hiasan
Mayonis
Sos Cili
Daun sup
Paipkan mayonis dan sos cili ke atas murtabak dan taburkan daun sup.


10 comments:

  1. wah saya baru tau ada martabak dilapis begini... jadinya crunchy kali yah:)

    ReplyDelete
  2. Kira rajin jgk tu..kita ne lg la..kkdg x msk apa2..mmg mls he hee

    ReplyDelete
  3. Salam umiaisyah,
    Makin mengancam gambar sekarang ye... nice work. Oh ye hujung minggu lepas akak pergi Teluk Intan, teringat kalau tak silap umiaisyah tinggal kat situ kan?

    ReplyDelete
  4. sedap nampaknya martabak tu... ^_^

    ReplyDelete
  5. salam ummi.. hujan2 ni mmg laparrr manjang... sedap nmpk murtabak cracker nih.. tun pernah buat sekali, tp versi sardin guna resepi kak noorsha :)

    ReplyDelete
  6. assalam
    sedapppp nampaknya
    cuti2 ni memang lemau sikit he heee cam akak kat kg aduhh malas la nk mask dapur
    syokk lg sembang2 sampai tak sedaq tengahari meninggi dah he hee

    ReplyDelete
  7. mak oooi sedapnyer tu... rasa cam nak makan kejapni gak..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Umie,
    Senyap jer ni, cuti cuti Malaysia ka Umie. Cantik tersusun murtabak kraker yang Umie buat, kalaula ada lagi teringin juga nak jamah barang sepotong;

    ReplyDelete