Wednesday, 12 March 2014

Strawberry Velvet Cupcake


 Assalamualaikum wbt..


Resepi strawberry velvet ini adalah hasil olahan dari resepi asal  Fazlinil Irma  ..terima kasih Irma sudi berkongsi kekdah step by step untuk menyediakan kek ni...ni mungkin salah satu resepi yang patut dicuba oleh peminat kek velvet...saya menggantikan buttermilk dengan srawberry yoghurt untuk extra moist!
Ok...terima kerana sudi singgah...semoga entri ini bermanfaat!

Strawberry Velvet CupCake (di olah dari Fazlinil Irma )
Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml yoghurt strawberry
2 tbsp pewarna merah

Bahan C
113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A (atau 3 gred B)
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting (Olahan Tuan tanah)

250 gram cream cheese(dilembutkan pd suhu bilik)
1/2 cawan butter
1 cawan gula ising
1 cawan fresh cream (dipukul kembang )


1.Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.

2. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih
Masukkan telur satu persatu.  Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.
 
3.  Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.
 
4. Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan. 

5. Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
 
6.  Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas.
 
7.   Masak selama 30 minit dengan suhu 175-180 darjah celcius.
 
8.   Setelah masak biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.
 
9.  Pukul cream cheese,butter dan gula ising hingga kembang. tambahkan fresh cream dan pukul rata. Sedia untuk disapukan ke atas kek yang telah sejuk.

5 comments:

  1. salam..

    nampak sangat menarik pula bila gantikan buttermilk dengan yogurt strawberi..mesti rasanya lebih sedap kan..

    ReplyDelete
  2. iyaa...merahnya nampak menggoda sangat....saya belum pernah membuat red velvet cake.....jadi pengeen ^^

    ReplyDelete
  3. Assalam
    Merah yg menawan hati
    Yum yummm sedappp tu

    ReplyDelete
  4. aslmkum ummi.. salam rindu juga salam sayanggggg... hrp ummi skrga sihat selalu.. akk biasa2 sahaja.. sibuk2 sendiri.. hihihi.. mmg rindu nk berblog .. apakan daya... berkejar2 dgn masa.. tak sanggup nak tgok kek velvetmu yg menawan itu... verangan nak berblog semula ni.. harap2 panas smpai ke petang.. oopp .. minta hujan.. minta hujan skrg ni..

    ReplyDelete