Assalamualaikum wbt...
mi tengah berasap pon x raser ape ...sbb dok dlm ekon!
ni tengah-tengah hari rembang...musim summer pulak tu... makan mi sizzling!!!! memang berpeluh yuuuu!
Anyway..memang tak menyesal try resepi ni...memang akan buat selalu...resepi refer dari dapur mamashikin
terima kasih Mamashikin!
RESEPI MEE SIZZLING
BAHAN-BAHAN
* 2-3 mi sanggul (gulung)
* 5 ulas bawang putih
* 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
* 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
* 3 biji cili kering- potong 2
* 2 sudu besar sos tiram
* 3 sudu besar kicap cair
* 1 sudu besar kicap pekat
* 1/2 in halia- hiris nipis
* Serbuk lada hitam
* garam- secukup rasa
* Beberapa titik Minyak bijan
* 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
* sedikit minyak utk menumis
CARA PENYEDIAAN
1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3. Masukkan 2 cawan air.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.
itu cendawan nya menggoda sekali ummi...^^
ReplyDeleteNampak sedaplah ummiaisyah. Akak memang berselera kalau menu ala ala chinese ni....
ReplyDeleteassalam ummi
ReplyDeletefuhhh kita pun berpeluh tgk ni ummi he hee
sedap bangat ni
Waawaaaa..sodap weh....aisya kalo k.lin wat sizzling ni pakai kuali bodo2 je boleh ke???
ReplyDeleteboleh je kak lin...janji kuali...hahahaha
DeleteTak de kuali, k.lin guna baldi je! Hahaaa....suke resepi2 aisya, simple n sedap...tqvm sya =)
Delete