ni resepi ayam panggang omputeh yg simple dan sedap...buatnya pon senang...tumbuk2 sikit bahan2 tu..lumurkan kt cik yam tu...paling best mesti le kt kepak...tp tak elok makan ayam kepak ayam selalu..kt situ la depa inject chemical bagi ayam cepat besor! kalu ayam organic takpe la...
LEMON ROSEMARY GRILLED CHICKEN
-Jamie Oliver 1 ekor ayam 1 biji lemon 3 ulas bawang putih - 2 sudu besar olive oil - guna minyak biasa ja Segenggam Rosemary Kering 1 sudu besar serbuk lada hitam 2 biji kentang dibelah 2 2 biji tomato Baby carrots - guna carot biasa 1 biji capsicum - potong kasar2 1 biji bawang besar dibelah 4 2 sudu serbuk Paprika (guna serbuk cili) Kicap Pekat - teman boh sos lada hitam Garam dan gula secukup rasa (gula tu dlm 1 sudu besar & garam tu agak2lah yer ) Cara menyediakannya: 1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos. 2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat. (rosemary tu payah sikit nak lumat.. kasar2 pun takper ) 3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam, gula, paprika dan serbuk lada hitam. 4. Ambil sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, carrots, capsicum dan tomato. 5. Lemon tadi dicucuk-cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam. 6. Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi setakat mana muat perut ayam tu... hehehe.. 7. Cucuk/jahit lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi. Boleh guna dawai bunga yg bersih.. macam jahit guni jer jadiknya.. ) 8. Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk lebihan tadi dan masukkan dalam loyang. 9. Susun kentang, tomato, bawang, capsicum dan carrots di sekeliling ayam dan bakar didalam oven dengan suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan bersama mashed potato, coleslaw atau baked bean. |