nampaknya cuti sekolah dh nak habis....semangat nak duduk di dapur 24 jam pon tinggal semangat je la...lagi cuti lagi malas rupa-rupanya tuan tanah ni....
tp hari ni i rajin nak share resepi yang tip-top ini....bukan i yg cakap....tp kebanyakan si pemakannya yang cakap...hehehehe ..resepi ni hasil olahan @ modification kawan baik sy...Puan Sharifah Azizah...Terima kasih Kak Pah...jasamu dikenang!
Carrot walnut Cake
5 biji putih telur (dipukul hingga tidak menitis)
5 biji kuning telur
250 gm butter
200 gm brown sugar
200 gm tepung gandum (diayak bersama 1 1/2 sdt baking powder dan 1/2 sdt soda bikabonat)
1 sdt serbuk kulit kayu manis
80 gm kismis (direndam dengan 4 sdb jus oren)
60 gm walnut( dibakar sebentar dan dicincang)
180 gm carot parut ( sy guna 2 batang)
1. Pukul butter,gula perang dan kuning telur hingga kembang.
2. Tambah tepung gandum.
3. Kaup balik putih telur (yang telah dipukul)
4. Tambah semua bahan-bahan lain dan kacau rata.
5.Tuangkan adunan ke dalam dalam loyang yang telah dilapik kertas minyak atau di dalam acuan kek cawan.
6. Bakar pada suhu 180 celcius sehingga masak (lebih kurang 45 min)
Cream Chese Topping
250 gm cream cheese
1/2 cawan butter
1 cawan gula ising
Pukul semua bahan hingga kembang dan berkrim dan boleh lah disapu ke atas kek atau dipaip di atas cupcake.