Wednesday, 5 December 2012

Bubur Durian




Assalamualaikum wbt
meh kiter jamu bubur deriyan cicah ngan roti!!!!
walllaaaaa...rasanya sangat mencengkam jiwa...especially kalo bubur baru keluar peti ais!
 


Bahan -bahan .
10-15 ulas durian
250 ml santan kotak Ayam Brand
100 gm gula
sedikit garam
2 helai daun pandan
air secukupnya

Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga mendidih.
Rasakan manisnya dan tutup api.

Saturday, 1 December 2012

Simple kebab

Assalamualaikum wbt..
dolu-dolu masa blajo kt kl....selalu le jenjalan cuci mata kt soping kompleks cam the mall ..sogo..
bila lapo..mesti cari kyros kebab..tu la mknn yg paling sedap  rasanya masa tu....
peh tu bila dh tak duduk kolumpo..dh kawen...jarang le  merasa  g jenjalan..makan kebab mcm masa single dulu...uhuk..uhuk..
So..masa g giant baru2 ni..terperasan lempeng omputeh ni..terus le ai sambor sepeket!
Esoknya  pagi-pagi lagi dah memerap daging dengan garam,lada hitam yg ditumbuk kasar dan bawang putih cincang. Peh tu ai grill kan atas kuali beger tu...next...panaskan sekejap lempeng tadi tu...peh tu di letak le daun salad,tomato,daging grill,mayonis,sos cili...peh tu digulung dan makan!  
Moral of the stori...dh tak rindu dah kt Kyros kebab!



Wednesday, 28 November 2012

Choc Fudge Cake


Assalamualaikum wbt..
kiter mmg pantang tengok orang tayang kek cekelat...teruih2 datang je angin rajin...hehehe...geram tengok kek cekelat Ayu kt Singapore tu..kiter pon berkayuh le di dapo..tp buat kek cekelat versi sempoi je... ok resepi dari Ibu Halimah Shuib yang dikongsi di dalam majalah Saji...tastewise..kaya dengan rasa cekelat..kurang manis..lembab dan bole ulang-ulang makan!

 Resepi asal kek coklat blueberi..tapi saya tukarkan kepada ganache filling..

Bahan-bahan
250 gm gula castor
250 gm mentega
4 biji telur
250 gm tepung naik sendiri* ayak
70 gm serbuk koko *ayak
1 sd kecil serbuk penaik *
250 ml air sejuk

Ganache
350 gm coklat masakan
150 whipping cream
1 sdb butter
1.Masak coklat dan whipping cream secara double boiler hingga coklat cair.
2.Kacau rata dan tambahkan butter
3. Biarkan ganache sejuk dan pekat pada suhu bilik.
Cara-cara
1. Pukul gula dengan mentega hingga kembang.
2. masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
3. masukkan bahan yang telah diayak tadi dan air sejuk.
4. Gaul sebati.
5. Kukus selama 45 minit.
6. Bila sudah masak,biarkan sejuk dan belah kek menjadi tiga lapisan.
7. Sapukan ganache di antara ketiga-tiga lapisan.


Tuesday, 27 November 2012

Sup Ikan Merah Bersuhun


Assalamualaikum wbt....
Ni nk share menu semalam..menu utk anak bujang yang baru masuk jawi...
takleh makan makanan gatal-gatal...  ummi masakkan sup ikan merah...jarang-jarang beli ikan lima bintang ni..spesel untuk org berpantang...hehehehe







Sup ikan merah bersuhun
Bahan-bahan
1 ketul ikan merah
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
se inci halia
sebiji tomato
sedikit suhun (direndam sekejap)
1/4 kiub ayam

Cara-cara
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumiskan bawang merah,bawang putih dan halia hingga wangi.
3. Tambah air secukupnya.
4. Masukkan ikan,kiub ayam dan sedikit garam.
5. Bila dah mendidih dan cukup rasa masukkan suhun dan tomato dan renehkan sebentar sebelum ditutup api.

Monday, 26 November 2012

Pau Goreng Kacang Merah

Assalamualaikum wbt..
sempena musim cuti sekolah mak-mak ni kena la selalu dok kat dapo kan...ater yang ade aje order yang masuk...nak makan itu ini...org perak kata." lapo semedang!"  muahahahaha
so ai pon mengarahkan cik BM menguli pau goreng ni...guna inti kacang ready made...sekejap je dah siap...Alhamdulillah..resepi dari Ummihakim Myresepi..terima kasih banyak2 yea Ummi!


Bahan-bahan ( 20-25 biji )

  • 500g tepung gandum (sila tambah ikut kesesuaian-sy tambah sikit lagi sbb adunan lembik dan masih melekat di tangan)
  • 260 ml air
  • 6 sb gula halus
  • 3 sb marjerin
  • 2 sb susu tepung
  • 1 1/2 sb yis kering(sy letak 1 peket)
  • 1 telur
  • 1 st baking powder
  • sedikit garam
  • utk Inti : Inti kacang merah secukupnya (beli ready-made ada jual kat kedai kek)
  • Minyak masak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Guna BM : masukkan semua bahan (kecuali inti) dan pilih menu utk uli, tunggu hingga siap. Guna tangan : masukkan semua bahan (kecuali inti) dlm mangkuk adunan, uli selama 30 minit atau hingga adunan tak melekat kat tangan.
  2. Bahagikan doh kepada bebola kecil (anggaran 20 - 25 biji).
  3. Ambil satu bebola kecil tadi, leperkan dan letak inti secukupnya. Tutup balik doh tadi supaya jadi bentuk bebola dan leperkan menjadi setebal anggaran 1cm.
  4. Ulang langkah 3 hingga habis semua bebola tadi. rehatkan pau ini selama 30 minit hingga menjadi 2x ganda saiz asal.
  5. Bila agak-agak dah cukup mengembang, bolehlah digoreng menggunakan api sederhana.
  6. Tunggu pau sejuk sikit, lepas tu boleh lah dimakan

Sunday, 25 November 2012

Durian Crepe...


Assalamualaikum wbt..
kali pertama sy mkn DC ni kat sweet chat...teramat la sedap rasanya...lagi sedap dr mkn deriyan fresh tu..tp regenya alahai...3 ketui dekat sepuluh ringgit..hehehehe
so sempena musim deriyan...dan satu malaysia pon tgh demam deriyan crepe ni...kiter pon teringin gak nk meng'crepe'!
kebetulan singgah di dapo zila...ada resepi ni...terus la sy k dapo dah menggodek bantal emas ni..
Alhamdulillah percubaan pertama menjadi...terima kasih kepada zila yang telah memanjangkan resepi dari eyna haneyna...resepi ni mmg best! terima kasih krn sudi share resepi!



RESEPI DURIAN CREPE
by : eyna haneyna

dicuba oleh : zila4ever.blogspot.com


bahan-bahan-20gm tpg gndum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pwrna kuning
-perisa durian 


cara-caranya

masuk semua bahan kedalam mangkuk.sebatikan dengan whisk dan tapis..
kalau pekat  tambah air sedikit
boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu.untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih..
ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yangg dipegang..
layangkan kuali agar adunan sekata
masak atas api kecil.
masak hingga kering,angkat tak perlu terbalikkn semasa  mengangkat.
|
filling
-150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..

(boleh mix sekali dgn 2sdb isi durian)
-isi durian..

-ltkkn fresh cream letak isi durian ..dan letak lagi fresh cream di atasnya..
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..

-siap


 
Anda mungkin juga meminati:

Tuesday, 20 November 2012

Salam Muharram 1434

 Assalamualaikum wbt..
salam rindu  dan salam kembali untuk kawan-kawan alam maya...Alhamdulillah akhirnya saya dapat juga kembali di dapo maya ini after a few months senyap sunyi..hehehehe...
Di sini saya share bbrp foto yang relevan dengan ke'senyap'an saya....ujian melanda keluarga saya pada bulan ramadhan lepas...lebih kurang 10 hari b4 syawal...kebakaran disebabkan litar pintas...So saya mengambil masa berbulan2 juga untuk pulihkan rumah dan semuanya...doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga yea...inshaAllah..dh bersemangat semula untuk beraksi di dapur maya ni...ok jumpa lagi..






Tuesday, 24 July 2012

Banana Grilled Foldover With Cooconut Filling

 Assalamualaikum..
okay selamat meneruskan iabadat puasa kepada kawan2...
ni tayang menu minum petang sebelum puasa...lambakan pisang awak menyebabkan dapur ku asik berbau cekodok..lempeng..muahahahah..
bole juga dijadikan menu berbuka kan!
hanya perlu lenyek pisang hingga hancur..tambahkan sedikit gula dan tepung gandum..sikit je tau..nanti keras pulak kalo terlebih tepung...
Pastu disudukan ke atas daun pisang dan diratakan.pastu disudukan pula inti kelapa parut yang telah digaul dengan garam.
pastu dilipat dua  daun pisang tadi  dan boleh la dipanggang di atas kuali hingga masak ok..



Monday, 23 July 2012

Buah melaka bonda

 Assalamualaikum..
okay...ni ada sikit buah melaka juadah berbuka hari ke 2..buah melaka ni buat sy yang buat..tp air tangan bonda tersayang..so takde la resepi yg spesifik...sy cuma tolong gentel2 je..bonda dah bancuhkan..
katanya bancuh je tepung pulut ngan air perahan daun pandan hingga doh sederhana lembut. pastu bulatkan dan isikan dengan ketulan gula melaka.
Pastu didihkan air dalam periuk hingga mendidih..masukkan bebola tu dan rebus la hingga bebola tu timbul...toskan dan golekkan dlam kelapa parut putih yang telah digaul garam.


Thursday, 19 July 2012

Chicken Floss Bun

 Assalamualaikum wbt..
lamanya dah tak bersiaran....sesangat bznya 2-3 minggu ni...byk menu yang tak sempat nk publish..tau-tau dah masuk ramadahan..ok selamat berpuasa semua...semoga kita sama-sama meningkatkan ibadah kita sempena bualan mulia ini..
Ok...ni ada dua ketui chicken floss yang tinggal...muahahahaha..rasanya bulan puasa ni jarang-jarang le jumpa roti...ok resepinya ada kt bawah yea....

Resepi Doh Roti Asas

400 gm tpg roti
100 gm tpg gandum
5 sdb gula
2 sdb majerin
1 sdb shortening
1 sdb susu tepung
1 sdb yis
1 sdt garam
200 ml air
1 bj telur (dikacau dengan garpu dan tinggalkan sedikit utk glis atas doh roti)

Cara-cara
Campurkan semua bahan kecuali majerin dan shortening.
Uli hingga menjadi doh yang kenyal. tambahkan majerin dan shortening dan uli hingga jadi doh yang licin dan tidak mudah koyak.
(sy uli guna Breadmaker selama 30 min)

Doh yang telah siap licin dibiarkan pada suhu bilik (seeloknya di tempat yg agak panas) sehingga ia naik 2 kali ganda.
Bahagikan doh kepada  bahagian kecik (sy dapat 13 ketul)
Biarkan doh naik 2 kali ganda.
Bakar pada suhu 190-200 celcius selama lebih kurang 15-17 min

Chicken Floss Bun.
Ambil bun yang telah siap dibakar.
Belah Memanjang di bahagian tengah (jangan putus)
Sapukan mayonis  di belahan tersebut  dan di luar bun.
Taburkan chicken floss di luarkan dan di belahan bun

Monday, 9 July 2012

Crispy Spicy Chicken Chop +Homemade Wedges

 Assalamualaikum..
sesekalibila tekak tu teringin nk  makan yg western-western sikit..sy akan buat chiken chop sempoi-sempoi camni...puas hati makan kt rumah...untuk keluarga besor cam sy...makan pon tak kelam kabut ...takde adegan garpu terbang...yg penting jimat bajet!

 tp sy minta maaf sebab tiada resepi yg spesifik.. sy hanya gaulkan isi ayam dengan bancuhan  tepung goreng berempah yg sy bli dr peniaga pasar malam dan sy golekkan dlm breadcrumb dan digoreng garing.
Wedges tu pulak,sy gunakan kentang yg besar dan panjang..sy rebus hingga lembut (bersama kulit)..
 dibelah lapan dan digaul bersama bancuhan tepung yang sama...dan sy  drizzle sos keju..rasanya tak la sama mcm kepci punya...tp bole la tahan sedapnya...muahahaha..
ok..tujuan sy post gambar makanan di sini bukan untuk menggoda atau membuat anda kempunan...cuma untuk menggalakkan sesama kita untuk masak sendiri..itu saja..di samping minat sy untuk 'cook-shoot-blog'
ok...if i can cook..so do you!


Monday, 2 July 2012

Coconut Bread

Assalamualikum wbt...
here's a quick update frens....
buat roti nyor ni jumaat lepas...sedap dimakan panas... doh yg lembut (sbb BM yg ulikan!) ..intinya lemak manis dan bila kunyah tergigit pulak isi kelapa tu....sy gunakan 90% parutan kelapa segar dan yang lebihnya guna kelapa kering.
dapat resepi dari Corner Cafe..terima kasih kerana sudi berkongsi resepi...banyak resepi yang best-best kat situ....rasa cam nak cuba semuanya!

Di Blog tu ada ditunjukkan step-by-step untuk membentuk doh roti tu...saya tak reti pulak nak buat kekdah step by step tu...kalu nak tengok gi tgk kt sini ye...
ok saya kopipes resepinya dlm B.I...ok tak? ok lah ekkk..takdan le nk translate..
Di sini saya edit kuantiti bahan menjadi separuh untuk padankan dengan kuantiti inti kelapa tu..

[Ingredients]
190g bread flour
50g plain flour
15g milk powder
30g caster sugar
1/4 teaspoon salt
1/2 sachet  instant dry yeast
1/2 egg, lightly beaten
75ml (approx.) lukewarm water, adjust as necessary
20g butter, cubed
Water-Roux Paste  ( guanakan separuh sahaja)
25g (just under 2 tbsp) bread flour
125ml (1/2 cup) water
* Water-Roux is basically 1 part bread flour to 5 parts water.
http://cornercafe.wordpress.com/
[Preparation]
Water-Roux (湯種):
Mix flour and water in a small saucepan. Cook over low to medium heat, stirring continuously until it reaches 65ºC. It should have thickened to a paste at this stage, that is when you stir you can see the bottom of the pan. Remove from heat, place a cling film over the paste and leave until lukewarm, or room temperature, before using. (Alternatively if you don’t have a thermometer, cook as before until it starts to thicken, then continue to cook for about 1 more minute before removing from heat.) This water roux can be kept in an airtight container after cooling in the refrigerator for 1 day if not used immediately. However DO NOT USE if it turns grey in colour, that means it has gone bad.
(sy campurkan tepung dan air,panaskan sampai pekat sambil dikacau)
Coconut Filling:
100g desiccated coconut (sy guna kelapa parut segar)
70g caster sugar
30g butter,softened
30g egg, lightly beaten
http://cornercafe.wordpress.com/
[Preparation]
1. To prepare the Coconut Filling: Mix everything together. Divide into 8 equal portions.
2.  Shape the buns using one of the methods as descibed here
4. Let rise, lightly covered, until double in size on a lightly greased tray. When ready, brush with egg wash.
5. Bake in preheated 190°C oven for about 12-15 minutes, or until golden brown.

Thursday, 28 June 2012

The everGREEN Pandan Layer

 Assalamualaikum...
hari ni ai jamu u ol dengan kek lagi....kebetulan je ada kek ni...takde masak spesel yang lain dr yang lain...biasa-biasa aje...ulang-ulang masak sup..masak kicap...itu aje yang sempat!

 ok...jemput makan kek pandan ni...resepi dari buku 'I Can Bake' dr Chef Agnes Chang....
Terima kasih Chef!
Untuk resepi rujuk sini

Tuesday, 26 June 2012

Light Fruit Cake...

 Assalamualaikum...
kek lagi? heheheh...kebetulan je ni...takde la rajin sangat buat kek pon......
kek ni belen buat kek penganten pepel aritu...ada sikit batter tu...ai campur ngan mix fruit...maka jadi la light fruit cake ni ...resepi sama cam kek butter biasa...cuma rasanya gak kering...next time kena tambah cecair cam jus oren ke..sikit untuk bagi moist....
ok..untuk resepi..bole tengok sini


Saturday, 23 June 2012

Fanatic Furfle Cake!

 Assalamualaikum...
terima kasih kepada yg masih sudi bertandang....dh lama tak bersiaran...tuan tanah  sesangat bz..
romah macam kapei karam!  dapo pulak kurang sikit je dari tongkang pecah! so dah lama takde menu baru... tuan-tuan dan puan-puan layan saja lah gambo kek  purple ni...ai buat untuk wedding kek anak buah yg bertemakan purple...mmg semua purple... dari pelamin sampai la ke ayornya!
kek ni ai gun resepi kek  rainbow  yang sebelum ni...tapi ai frost dengan cream cheese buttercream....

Tuesday, 12 June 2012

Pai tee....

 Assalamualikum wbt...
arini kiter layan resepi Pai Tee pulak..ada jugak yg panggil Top Hat...bentuknya kan cam topi gitu....
Pai Tee ni fofular kat kedai Ciken Rice Shop tu kan..sy tak penah makan kt situ  tapi selalu tgk kt iklan je...bila teringin nak makan kena la buat sendiri... Resepi ni dapat masa aktif kt Kongsi Resepi FB...skrang dh tak aktif dah...Resepi disumbangkan oleh rakan FB Nur Zehan Ardhea. Terima kasih ye Nur..sekali buat dah menjadi, cuma kena faham rentak acuannya . Acuan tak boleh terlalu panas..nnti bila dicelup dalam batter,ia akan masak di situ dan tertanggal terus. Kalau acuannya sejuk pulak,nnti kuihnya pecah pulak...jd pandai-pandai la adjust kepanasan acuan tu sebelum dicelup dalam batter.
Intinya pula bergantung pada kesesuaian. bole dipelbagaikan intinya tu..Contohnya sy gunakan tumisan udang dan pelbagai sayuran.Anda bole sediakan kelongsongnya dulu,simpan dam bekas kedap udara. Sediakan pula intinya dan bila nk makan barula diisi inti dalam kelongsongnya.

 Pai Tee (Nur Zehan Ardhea-Facebook)
4 sdb tepung gandum
3/4 cawan tepung beras
3/4 cawan air
1 bj telur
garam
sedikit air kapur
Satukan semua bahan dan kacau dengan whisk hingga semua bahan larut.
Panaskan minyak dan celupkan acuan pai tee sekejap dalam minyak.
Celupkan acuan dalam batter dan celupkan pula dalam minyak.
Biarkan kelongsong separuh masak dan keras sedikit.
Tolak kelongsong dari acuan dengan lidi.
Goreng hingga masak.

Monday, 11 June 2012

Lemang Kukus Seenak Rasa

 Assalamualaikum..
Selamat memulakan minggu yang baru ...semoga semua urusan kita dipermudahkan ...
Alhamdulillah...urusan saya nk makan lemang kukus ni pon dipermudahkan...duduk di dapur dr pagi sampai tengah hari..bila dh siap tu..terus fengsaann...ater fes taim buat..memang la teraba-raba..peh ni rasanya dh efisien sikit kot...Resepi lemang kukus ni dapat dari biras baru saya..orang pulau pinang...rasanya cam ketupat palas...lagi sedap dr lemang rasanya...kaedahnya sama mcm buat kuih lopes iaitu pulut ditanak dulu sebelum dikukus.
Sukatan yang tepat tak dapat saya berikan ..tunggu sy trial n error lagi..dh puas hati..dah dapat sukatan yg tepat br saya share di sini yea...
cubaan kali pertama ni 95% menjadi cuma rasanya tak selemak yang sifu buat.Ok lah tu kan...raya ni tak yah beli lemang lagi...hehehehe
.

Lemang kukus
1 kg beras pulut (dibasuh dan ditus)
1/2 kg santan pekat
daun pandan 
garam.
daun pandan (dilayur)
tali rafia.
Panaskan periuk.
Panaskan santan pekat dan sedikit air. hingga mendidih.
Tambah beras pulut,daun pandan dan garam.
Tambah air secukupnya hingga beras pulut tenggelam dan lebihkan lebih kurang seinci. gaul rata.
Tanaklah pulut tersebut separuh masak.
Sediakan daun pisang yang telah dikoyakkan.
Letakkan lebih kurang satu senduk pulut yg telah ditanak tadi.
Gulungkan dengan ketat.
Ikat mati satu hujung dengan tali rafia.
Bawa hujung tali yang panjang dan simpul di tengah dan ikat mati hujung satu lagi.
Kukus pulut tadi hingga masak. (lebih kurang 20 minit)





Saturday, 9 June 2012

Fruity Healthy Creamy Cream Puff

 Assalamualaikum wbt..
okay very quick apdet for tonite...berebut2 tiga beranak nk ngadap pc huhu....
ni ada le cream puff buat aritu..guna resepi yg sama dan mabeles dari citarasawan 
Terima kasih yg tak terhingga Kak Wan......Hanya allah yg mampu membalas jasa insan2 yang sudi berkongsi ilmu seperti Kak Wan .
Resepi nya ada kt sini yea.. cumanya sy tambah buah-buahan yang kebetulan ada...ada kiwi,peach dan anggur..kalo ada stoberi ,laici,mango pon best...i likeeee!




Monday, 4 June 2012

Simple pizza my version

 Assalamualaikum wbt..
dah berhari-hari meninggalkan dapur nyata dan dapur maya...dah lama tak pegang senduk sendiri...hehehehe..kemalasan pon melanda,....jd kita makan pizza ajer....

Doh pizza (sama ngan doh roti biasa)
400 gm tepung roti
100 gm tepung gandum biasa
200 ml air
1 bj telur
6 sd bsr gula
1 sd bsr yis kering
2 sd bsr majerin /butter
1 sd bsr shortening
1 sdk garam
1 sdb bsr susu tepung

Ai masukkan sume dalam breadmaker... bole juga diuli secara manual


Campurkan semua bahan kecuali butter. Uli hingga jd doh yg elastik dan kenyal (lebih kurang 10-15 min )
Tambah butter dan uli lagi hingga jd doh yg lembut.
Tutup doh dengan tuala lembab dan biarkan doh naik 2 kali ganda.
Bahagikan kepada 3 bahagian. Sapukan majerin pada pizza pan dan ambil satu bahagian doh dan tekan don hingga memenuhi pizza pan.
Tuangkan sos pizza (kalau ada) atau campuran sos cili dan sos tomato.
Taburkan semua bahan2 lain .
Biarkan ia naik lg 2X ganda.
Bakar hingga masak pada 180 celcius.

Filling pizza

1/2 peket daging kisar ramli (ditumis ngan sos lada hitam)
Cili benggala (hiris dadu)
Sosej (hiris nipis)
Sos Cili dan tomato
Oregano kering
Mayonis
Keju mozarella