Thursday 10 May 2012

Makaroni Bakar

 Assalamualaikum..
Terima kasih kasih kepada semua kawan-kawan sehati sejiwa...sudi bertegur sapa mahupun yang mengintai dalam diam...arini ai jamu you all makan makaroni you......
sila la cuba kalau teringin..dan harap-harap menepati citarasa ya!

 Makaroni Bakar
350 gm makaroni (rebus hingga lembut dan tus)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 bj bawang besar( didadu)
200 gm daging cincang /ayam
3 sdb serbuk kari daging
2 sdb serbuk lada hitam
3 sdb sos tiram
3 sdb sos tomato
sayur-sayuran  ( dipotong kecil) spt karot,bunga kubis,mix vege,cendawan butang

 Bancuhan A
5 bj telur
200 ml susu segar
sedikit garam
2 sdb tepung gandum
-pukul telur dgn whisk dan campurkan bahan-bahan lain dan gaul rata

Topping
mayonis cheese
sos cili
bawang goreng

Tumis bawang puting dan bawang besar hingga wangi.
Tambah serbuk kari,serbuk lada hitam dan daging. Tumis hingga masak.
Tambah sos tiram,sos tomato dan sayur-sayuran dan garam.
Tambah makaroni yg telah direbus dan goreng hingga sebati dan cukup rasa.
Sediakan loyang 4 segi yang telah disapu majerin atau lapik dengan aluminium foil.
Tuangkan makaroni ke dalam loyang.
Tuangkan bancuhan A kedalam loyang hingga makaroni terendam.
Bakar pada 180 celcius hingga masak lebih kurang 20-25 minit.
Setelah masak dan disejukkan. Sapukan sos cili dan mayonis cheese dan tabur bawang goreng.


5 comments:

  1. sedapnya...best mkn hangat2 ni...

    ReplyDelete
  2. lama tak buat ni ummi.. anak bujang akk mmg suke menu pesen gini..

    ReplyDelete
  3. ummi kita jamu mata je ni he he ada lg tak he he

    ReplyDelete
  4. Slmt berhujung minggu Ummi.kalau western food gini anak2 suka. tapi Syakirah mkn makaroni rebus gitu je....yg tak da rasa dia suka pula..

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaa..saya pun suka jenis bakar ni...lama betul tak buat...nanti nak cuba resepi ummi pulak...:)

    ReplyDelete