Tuesday, 11 June 2013

Fresh homemade chicken pie (updated!!)



Assalamualaikum wbt...
dah lama tringin nk buat pastry puf sendiri...tp asik terlupa bli pastri majerin... dulu2 pernah bli pastri majerin tu kt Yen..tp tak terbuat2..sampai exired ..pakai masuk tong je....heheheh ..
so...bila beli lagi baru-baru ni..teruskan projek dengan penuh saspen..jadi ke tidak...
alhamdulillah ..penat menggelek doh..akhirnya terubat bila tgk pai tu cantik menjadi..berlapis2  mcm kt bakeri tu...Alhamdulillah..seronok sesangat....satu adunan tu dapat bayak juga...puas la mkn anak beranak!!!
resepinya nanti-nanti yea...penat le nak taip..heheheh terima kasih kekanda Zachoes di atas penerangan yang panjang lebar. jasamu dikenang!

Puff Pastry (Joy Of baking)
600 gm tepung serbaguna (sy guna tpg gandum Bakers Choice)
150 gm butter
1/4 sdt garam
1 sdb jus lemon
1 bj telur
170 ml air
300 gm pastri majerin
Cara-cara membuatnya (hasil R&D dari  Joy Of Baking dan sini )
1. Gunakan tangan untuk mencampurkan tepung dan mentega hingga sebati.
2. Tambahkan jus lemon,telur,garam dan air.
3. Uli hingga menjadi doh. (seperti doh karipap)
4. Bentukkan doh kepada bentuk bulat.
5. Kelar doh bentuk't" di tengah doh. (jangan putuskan doh)
6. Tolak dengan tangan setiap bahagian ke arah luar (ada 4 bahagian).(jadi macam kelopak) Tak paham boleh tengok sini
7. Letakkan pastri majerin di bahagian tengah doh.
8.Tutupkan pastri majerin dengan 4 bahagian kelopak tadi dan tutup dengan kemas dengan menggunakan doh. Pastikan tiada pastri majerin yang terkeluar.
9. Gelekkan doh denagan penggelek membentuk segi empat tepat.
10.Lipat doh tadi kepada tiga lapisan.
11. Simpan dalam paltik dan letakkan dalam peti sejuk selama 15 minit.
12. Keluarkan doh dari plastik dan letakkan doh tadi pada kedudukan asal dan kemudian alihkan doh 90 darjah dan gelek seperti tadi. (Gelek doh secara berlawanan pula berbanding sebelumnya)
13.Ulangi langkah 10 hingga 12 selama beberapa kali (maksimum 7 kali).
14. Apabila hendak digunakan. bahagian doh kepada 2 bahagian dan gelek nipis sebelum diterap dengan acuan mengikut saiz casing.
15. Ambil sekeping doh yang telah diterap dan letakkan di dalam aluminium casing.
16. Tambahkan filling.
17. Tutup filing dengan sekeping lagi doh dan kelimkan di bahagian keliling supaya filling tidak terkeluar.
Sapukan sedikit kuning telur di atasnya.
18. Bakar pada 180 celcius sehingga masak.
19. Masa pembakaran agak lama (lebih kurang 35 -40 minit)
** Adunan ini agak banyak. Dapat 20 bj pai dan ada doh lebih yang boleh di frozenkan. Potong bentuk 4 segi,,lapiskan dengan kepingan plastik dan simpan dalam taperware.
 Boleh kurangkan sukatan menjadi separuh kalo nak cuba dulu.

Filling ayam
Beberapa keping dada ayam (potong kiub)
3-4  ulas bwang  putih (dicincang)
1 biji kentang saiz besar(potong dadu)
1/2 biji lobak merah (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 sdb serbuk lada hitam
1 sdt serbuk lada putih
2 sdb sos tiram
3-4 biji cendawan butang (hiris nipis)
1/2 cawan whipping cream

Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan kentang dan sedikit air dan masak kentang hingga separuh lembut.
Tambahkan lobak merah dan masak lagi hingga kedua-duanya lembut.
Tambahkan semua bahan-bahan lain kecuali whipping cream.
Perasakan garam dan pedasnya.
Tambahkan whipping cream dan masak sekejap sebelum ditutup api.

5 comments:

  1. Teringin gak nk baut pie ni..asyik lupe je nk beli pastry nya...nnti2 le nk try gak..:-D

    ReplyDelete
  2. Kagum2! Saya penah jyga try buat dulu.mhehe...berserabai keluar semua majerin tu...

    ReplyDelete
  3. teringin nak wat camnie...cepat2 nak resepi..
    hehe..xsabar nk buat..haha
    dtg followwww =)

    ReplyDelete
  4. Assalam Ummi aisyah,
    chicken pie memang dah lama dalm list akak..
    ada pastry puff dalam freezer, dah bertahun tak buat2 lagi..
    kalau nak buat from scratch kulitnya tu..kirim salam ajelah..hehe

    ReplyDelete
  5. Cantik elok je...akk pun dah lama teringin nk menerai..tp klu dah beli mmg nk kena terus buat, takut simpn lama2 n expired..

    ReplyDelete