Tuesday 3 September 2013

Tat Nanas Syawal


Assalamualaikum wbt...
Bulan Syawal dah nak meninggalkan kiter....tp dapo ni baru nak tayang tat nanas.....walaweiiiii!!!
takpe...better late than never!!!! Ok...sy tau ada banyak resepi tat nanas yang best-best...and I think this is one of it.......
resepi ni sy ditutunkan dr kakanda saya yang bernama Syawal...Resepi ni sangat senang dan sangat memenuhi citarasa saya dan pengorder-pengorder masa musim raya baru ni...cuma masa shooting gambo ni..masih guna acuan lama..
so very the ugly.....tapi sy dh ada acuan baru yang lebih cumil....ok...cekidauttt!






Tat Nanas Syawal
250 gm butter
2 sdb gula icing
2 bj kuning telur(tambah sedikit pewarna kuning)
2 sdb susu tepung ( Fernleaf untuk lebih wangi)
3 sdb tepung jagung
5 senduk nasi tepung gandum (i used Bakers Choice)
Cara-cara
Kacau butter dan gula icing dengan senduk hingga rata.
Tambah  telur kuning dan kacau rata.
Tambah semua bahan lain dan uli hingga rata dan menjadi doh yang lembut.

Jem Nanas
2-3 biji nanas madu (diparut/mesin)
2 senduk gula
sedikit butter
Nanas yang telah diparut atau dimesin dimasak di atas api hingga hampir kering sambil dikacau selalu.
Bila sudah hampir kering tambahkan gula dan kacau lagi hingga agak kering sedikit.

Paipkan adunan tat ke dalam tray dan letakkan sedikit jem nanas dan gulungkan.
Sapukan kuning telur yang dicampurkan sedikit pewarna kuning ke atas tat.
Bakar  pada 180 celcius hingga masak (10-15 minit)

#Sy mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang ramai sahabat yang telah mencuba pelbagai resepi dr blog ini terutamanya resepi Nasi Mandy Kambing dan ada yang bertanya di mana nak beli rempah  Al Bayt tu..sy beli melalui kawan saya..bole juga dibeli online yang sy telah link di entry berkenanan...kalo tak jumpa juga..anda tinggalkan address yang boleh dihubungi dan sy akan belikan untuk  anda. Harap dapat membantu.

7 comments:

  1. tu dia gebus2 tat nenas dia...
    selamat hari raya.. (lagiberapa harijer nak habis syawalkan)

    ReplyDelete
  2. keluar pun tart nenas dia...akk kat sini masih mahu makan biskut raya,lagi2 time duduk2 dari wat kerje rumah..

    ReplyDelete
  3. wahhh.. keluar dah tart dia.. akk suke tart yg tak tutup aurat.. yg ternganga gitew.. hihihi.. tpi tgok yg separuh alim ni .. tetap terliurr... kihkihkih

    ReplyDelete
  4. Assalam ummi
    Ok je tetap ada kan he hee
    No hal lambt tayang janji ada
    Feberet ramai, akak wat jg tp tayang versi tart bunga je gulong x sempat

    ReplyDelete
  5. Assalam ummi
    Ok je tetap ada kan he hee
    No hal lambt tayang janji ada
    Feberet ramai, akak wat jg tp tayang versi tart bunga je gulong x sempat

    ReplyDelete
  6. Tq kerana sudi memanjangkan resepi kuit tat ku dengan follower2 mu. Dindaku.. tp sekarang jarang wat gulong ..suka buat bunga pulak.

    ReplyDelete
  7. Tq kerana sudi memanjangkan resepi kuit tat ku dengan follower2 mu. Dindaku.. tp sekarang jarang wat gulong ..suka buat bunga pulak.

    ReplyDelete