Saturday 29 June 2013

Jom Indulgence!


Assalamualaikum wbt...
selamat berhujung minggu dan selamat berehat...harini layan gambo dulu yea...resepi tepek kemudian....
ok..i'm back..ni resepi yea...dr Buku Delicious Cakes by Amy Heng...a must buy book for a baker!!!
Semoga bermanfaat!


Kek Span Coklat
220 tepung sponge mix
5 bj telur (B)
2 sdb koko serbuk
60 ml air
60 ml minyak jagung
Griskan loyang 9 inci dan lapik dengan kertas minyak.
Panaskan oven 180 darjah celcius.
Campurkan semua bahan kecuali minyak dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan pekat,kembang dan kental (lebih kurang 10 min).
Tambah minyak dan pukul dengan kelajuan rendah . (sekejap sahaja).
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit.
Lepas masak terus terbalikkan kek di atas jaring dan biarkan sejuk.
Hiris kek kepada 4 lapisan.

Sirap kopi
2 sdb serbuk nescafe 3 in 1 bancuh dengan 1/2 cawan  air panas

Mousse (seeloknya disediakan awal sehari)
750 ml UHT whipping cream (dairy- brand Anchor)-keluarkan kotak dr peti sejuk dan goncang sebelum pukul.
165 gm coklat gelap (cairkan secara double boil)
165 gm coklat putih (cairkan secara double boil)
Pukul cream hingga sedikit pekat( Jangan terlebih pukul.Nanti mousse keras).
Keluarkan  250 gm cream dan masukkan ke dalam mangkuk berasingan. tambahkan coklat gelap cair dengan cepat dan kacau segera.
Coklat putih cair ditambah ke dalam baki 500 gm cream tadi. kacau dengan cepat.
Sejukkan  kedua-dua krim di dalam peti sejuk.

Topping Chocolate (Ganache)
300 gm coklat gelap
150 ml UHT whipping cream
1 sdb butter
Cairkan coklat secara double boil,tambah cream UHT dan butter. Kacau rata dan biarkan ia pekat pada suhu bilik.

Topping Fresh cream.
150 gm non dairy whipping cream
Dipukul hingga kental.

Letakkan sekeping kek span coklat di atas cake board.Basahkan dengan sirap kopi.
Sapukan mouse white chocolat yang disejukkan tadi.
Letakkan sekeping lagi kek span coklat.Basahkan dengan sirap kopi.
Sapukan mouse coklat gelap.
Letakkan sekeping lagi kek span coklat.Basahkan dengan sirap kopi.
Sapukan baki mousse white chocolate tadi.
Letakkan  kek span coklat yang terakhir.Basahkan dengan sirap kopi.
sapukan keseluruhan kek dengan Fresh cream dan sejukkan dalam peti sejuk. beberapa jam.
Letakkan kek yang telah sejuk tadi di atas jaring,tuangkan topping coklat (ganache) hingga rata.
Bersihkan keliling kek dari lelehan ganache. 
Sejukkan semula ke dalam peti sejuk beberapa jam. 

12 comments:

  1. assalam
    wow, nak sepotong cukuplah he heee2
    cantik dan sgt mabeles
    sedap giler kek ni kan tp fikir banyak kali nak buat ke tak ha haa

    ReplyDelete
  2. fuiyoooooo...pitam akak dik oiii!! baik lariiiiiiiiiiiiiiikk!!

    ReplyDelete
  3. hajat nak buat dah lama, tapi lum terbuat lagi. nak buat yg kosong pun malas, lagi nak berlapis2 ni...tunggu rajin luar biasa nanti kot...

    ReplyDelete
  4. alaaaa...belum terkejar oleh akak, tp mmg teringin nak buat..nampak sdap kan..

    ReplyDelete
  5. Yummy..nasib baik baru pas buat kek coklat gak last week..

    ReplyDelete
  6. salam
    uht whipping anchor biru tu ye

    ReplyDelete
  7. salam
    uht whipping anchor biru tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..sori lmbt reply...ya..yg kaler biru tu brand anchor

      Delete