Thursday, 26 January 2012

Doughnut

Doughnut-the all time favourite


Assalamualaikum..
Terpampangnya gambo donat kat atas tu..maka dengan rasminya entri pertama untuk blog baru...blog lama
 ada problem...so tahun baru blog baru..*wink*
Donat ni ialah makanan yang sentiasa laku  kat rumah ni...dh banyak versi yang telah dicuba..dan inilah rasaya versi yang terbaik...

Doughnut (Joy Of Baking)

160 gm tepung gandum
340 gm tepung roti
80 gm gula halus
1 sd teh garam
1 sd teh baking powder
15 gm susu tepung
10 gm yis segera
100 gm telur
200 ml air sejuk
60 gm lemak sayuran

Cara:
Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk (kecuali lemak sayuran) dan adun dengan 'hook' selama 3 minit.
Tambah lemak sayur dan adun lagi selama 10 minit sehingga doh matang.
Kemudian biarkan doh rehat selama 15 minit atau lebih.
Gelek adunan dan potong dengan donut cutter
Biarkan donut kembang selama 1 1/2-2 jam sebelum digoreng dengan api yang perlahan 

** Selepas dipotong dengan donut cuuter seeloknya diletakkan di atas talam yang dilapik dengan kain tuala..InshaAllah takkan melekat dan senang diangkat bila hendak digoreng

Selamat Mencuba


































No comments:

Post a Comment