Thursday, 5 April 2012

Jom Tiramisu!

assalamualaikum wbt...
dah lama tak bersiaran....program penambahan berat badan terus berlangsung di dapoku...
moh kita layan tiramisu....best layan tiramisu sejuk-sejuk...


Chocolate Sponge Cake
250 gm sponge mix
3 sdb serbuk koko
4 bj telur
60 ml air
60 ml minyak jagung
Campurkan tepung sponge mix dengan telur dan pukul dengan mixer  hingga campuran menjadi putih,pekat dan kental .
Tambah serbuk koko dan air dan pukul lagi hingga kental.
Tambah minyak dan pukul perlahan hingga rata.
Tuang adunan dalam loyang yg telah dilapik dengan kertas minyak dan disapu shortening di tepinya.
Bakar pd suhu 180 celcius selama 35-40 min.
Setelah masak terus terbalikkan kek diatas jaring selama 10 min.
Selepas itu bole kel;uarkan kek dr loyang.

Filling
1/2 cwn air suam dibancuh dengan 1 sdt nescafe dan 1 sdt gula
Coklat masakan ( untuk diparut)
125 gm cream cheese
150-200 gm gula icing (ikut manis yg disukai)-update 100 gm
300 gm whipping cream (dipukul hingga pekat)
Cream cheese dipukul dengan gula icing hingga kembang.
Tambahkan whipping cream dan pukul rata hingga kembang

Hiriskan kek span coklat kepada 3 lapisan.
Letakkan lapisan yg pertama dan basahkan kek dengan air nescafe.
Sapukan campuran cream cheese dan whipping cream.
Parutkan coklat keatas krim.
Ulang hingga habis.
Sapu krim untuk menutup seluruh kek.
Ayakserbuk koko di atas kek.
Sejukan kek beberapa jam.



9 comments:

  1. Salam kak :D kita dtg sambil bwk roti monyet nii kita tarik sama2 makan sama2 hihihi... tp nak tiramisu se cwn tau! mmg sedap lerr mkn tiramisu, lemak2 pun sedap jugak kat dlm bdn nii huh!

    ReplyDelete
  2. nak 2 gelas.. aku nk hadap sengsorang dlm bilik. pintu kasi tutup tak mo ada yng ngendeng. kiki.. sedap tuuu

    ReplyDelete
  3. sedapnyer laa tun nengok tiramisu tu.. tgh2 panas gini dpt segelas tu sedap nih.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Umie,
    WAllahhhhh.....ni yang tak tahan ni, my all time favourite ada kat sini....siap posing glamer lagi, mai segelaih...

    ReplyDelete
  5. Kita datang nak rasa Tiramisu....

    ReplyDelete
  6. nak 5 gelas kak for family of 5.. hehe

    ReplyDelete
  7. salam ziarah... sedapnye tiramisu ;)

    ReplyDelete
  8. ummi...
    sedapnye tiramisu, kalu reti wat sendiri dah lama akak wat ni he he suke bebenor tau yum yum beli kat SR tu sekejap je licin he he
    akak ambik resepi Ummi ni kot2 dtg mood rajin boleh try ..Tq Ummi

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Ummi,
    sesekali layan memang terangkat!

    ReplyDelete