Thursday 28 November 2013

Double choc chip muffin


Assalamualaikum wbt...

Resepi ni sesuai kalo nk buat projek kt dapo bersama-sama anak-anak sempena cuti sekolah ni...
Resepi ni sy olah dari resepi  muffin mix yg  dijual kt kedai bakeri tu....walaupon hasilnya bukan 100% sama  dengan  muffin mix...tp tetap berbaloi-baloi!
Ok selamat mencuba..semoga bermanfaat.
Double Choc Chip Muffin (menghasilkan 8 bj saiz M)
120 gm tepung naik sendiri
100 gm brown sugar
30 gm serbuk koko
50 gm choc chip
55 ml air
70 ml minyak
Campur semua bahan kecuali minyak dengan kelajuan minima selama 1-2 minit.
Putarkan lagi dengan kelajuan sederhana selama 4 minit.
Masukkan minyak masak  dan putar dengan kelajuan minima selama 1 minit.
Tuangkan adunan ke dalam acuan menggunakan ice cream scoop hingga 3/4  penuh dan  bakar pada suhu 180 celcius selama 20-25 minit.

Tuesday 26 November 2013

Sup Tulang Ala Chef Wan



Assalamualaikum wbt....

 Menu seterusnya ni aceli dah lama dibuat...ni baru nak buat tayangan amal....
Resepi yang best  dari Chef Wan....dikongsi dr dapur Mamasya...tq...tq..tq
Aceli ai dh lama usha resepi ni..dari zaman fotopages dolu-dolu....cuma baru ni la baru sampai hajat....hehehehe.. Alhamdulillah dapat juga merasa!
Sup ni agak heavy...kaya dengan spices...dan sesuai dicuba bagi sesiapa yg dah jemu rasa sup yang biasa tu....
Ok....Selamat mencuba dn semoga bermanfaat!
Sup Ekor/Tulang Lembu Chef Wan
Sumber; Blog Zaiy@Kenangan Terindah
oleh; Dapurmamasya
Bahan-bahan:
125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran - guna minyak masak biasa
500g ekor lembu, dibersihkan & dipotong2- ganti dg tulang lembu
2 sb ketumbar tumbuk
1 sb jntan putih
1 sb jintan manis
1 1/2 sb puri tomato - letak 2 sb
1.5 l / 6 cwn air - air ditambah sbb tulang lambat empuk
1 btg karot - didadu
2 btg saderi - didadu-tak letak
1 biji kentang - didadu
garam, lada hitam yg baru dikisar
daun ketumbar - dihiris2-tak letak
bawang goreng

Rempah Tumis
4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus2:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai, dihiris2
1 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan.
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang.

Monday 25 November 2013

Pau Mantau


Assalamualaikum wbt..


Dah lama sesangat tak buat pau...macam merajuk je ngan pau ni..tiap-tiap kali buat ....asyik fail je...
tetibe tringat kt resepi pau mantau dalam majalah Anis yang dikongsi oleh Chef Faizal Ng...
Alhamdulillah cubaan kali ini berjaya....sumpahan pau telah berakhir!!!
Pau mantau ni kosong je....sesuai dimakan dengan kuah kari, atau kaya ...tp rasanya lemak-lemak manis menjadikan is sedap juga dimakan begitu saja...

Pau Mantau -Chef Faizal Ng
Anggaran 20 biji
Bahan A
500 gm tepung pau
20 gm yis kering
150 gm gula halus
80 gm shortening
5 gm garam

Bahan B
300 ml air

Bahan C
Pewarna makanan-merah /hijau/oren
kertas pelapik-dipotong 4 segi mengikut saiz pau

Cara membuatnya:
1. Panaskan kukusan-sebaiknya gunakan pengukus buluh.
2. Campurkan semua bahan A dalam mangkuk adunan. Pastikan garam dan yis tidak diletakkan berdekatan sebelum digaul. gaul bahan hingga rata.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Gaul adunan dan uli hingga lembut. Jika adunan masih keras tambahkan baki air tadi.
4. Adunan yang diluli hendaklah lebih lembut dari adunan membuat roti. Pastikan adunan benar-benar lembut dan tidak bergentel-gentel. Sebaiknya gunakan mesin penguli untuk mendapatkan adunan yang sekata cantik.
5. Timbang adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian.
6. Biarkan ia kembang seketika.
7. Setelah itu bahagian 1 berwarna asal. Uli menjadi bulat semula.
8. Bahagian 2 tambahkan dengan sedikit pewarna (warna hendaklah pekat untuk mencantikkan pau) dan uli hingga warna rata ke seluruh doh. setelah itu bulatkan.
9.Terap doh putih (tanpa warna) menjadi bulat leper. Ketepikan
10. Terap pula adunan yang berwarna menjadi leper. saiz hendaklah sama dengan yang tidak berwarna tadi.
11. Letak doh berwarna di atas doh putih. Tekan supaya rata.Gulung perlahan-lahan dan ketat supaya doh benar-benar melekat. kemaskan bahagian hujung.
12. Tekan hujung kiri dan kanan supaya kemas. Potong selebar 2 cm.
13. susun di atas kertas biarkan ia kembang sekejap (jangan terlampau kembang)
14. Letakkan di atas pengukus dan kukus selama 10-15 minit.

Tuesday 19 November 2013

Snowwy Mowwy Donut


Assalamualaikum wbt...

Macam biasa...kiter berdonut lagi..ahli-ahli rumah ai mmg hantu donat....heheheh...
kali ni buat donut byk versi...bergula,bercoklat dan bercheese.....
Resepi donut ada kat sini
Untuk donut bercheese aka Snowwy Mowwy Donut..ai celup dengan coklat putih cair dan parutkan cheddar cheese....ala-ala Apel Besor!!tapi tak leh mkn byk-byk...manis dan lemak tu !!!!


Sunday 17 November 2013

Sushi simple

Assalamualaikum wbt...


Kemunculan sushi ni adalah disebabkan keteringinan en suami....tetiba pulak asyik2 sebut nak makan sushi....tak penah dibuat ...ish..ish..ish...
susah gak la nk menggulungnya sbb seaweed tu yg kecik...nasinya pulak melekit-lekit....
lihatlah kecomotannya! tapi Alhamdulillah...lepas gak kt tekak kami ni...
Buat sushi hasil rujukan di sini.. terima kasih Enichandiet kerana sudi berkongsi kekdah step-by-step buat sushi ni...

Saturday 16 November 2013

Roti Sandwich


Assalamualaikum wbt...



Selamat bercuti kepada kengkawan...
 Roti sandwich ni dibuat untuk merasmikan acuan roti bertutup yang sekian lama terperam..Sangat excited dengan hasilnya..cuma roti tu tak la lembut sangat mcm gadenia tu...tapi boleh la untuk percubaan buat roti sanwich kali pertama...akan prektis lagi  dan lagi.....





Roti Sandwich- Chef Anuar

Bahan-bahan
500 gm tepung roti
25 gm gula castor
10 gm garam
7 gm bread improver
10 gm yis kering
25 gm shortening
20 gm butter
260 ml air

1. Campur tepung roti,gula,garam dan bread improver. Gaul rata dengan tangan.
2. Masukkan yis dan gaul lagi dengan tangan.
3. Masukkan mentega dan shortening. Gaul sebati dengan tangan.
4. Tuang air sedikit demi sedikit uli adunan sehingga menjadi doh lembut.
5. Bulatkan doh,bungkus dengan plastik dan rehatkan 20 minit pada suhu bilik hingga kembang.
6. Tumbuk doh dengan tangan sehingga kempis untuk mengeluarkan udara.
7. Gulung ketat doh untuk mengeluarkan baki udara yang masih ada.
8. Masukkan doh di dalam acuan roti (berukuran 18 cm panjang,12.7 lebar dan 11.5 cm tinggi) yang telah dilenser dengan majerin dan tutup.Rehatkan doh lebih kurang 1 jam hingga kembang dan memenuhi 3 suku acuan.
9. Bakar roti sehingga masak pada suhu 200 celcius lebih kurang 35 minit.

## sy guna kekdah shortcut...uli guna breadmaker..harap maklum

Saturday 9 November 2013

Chocolate Coated Almond Pretzel Cookies

Assalamualaikum wbt...

 anak tekak ai dok teringin nk mkn pretzel cookies macam yg tengah hot kt fb skrang ni...tp bila google-google takde pulak resepi yg berkenaan..kalau ada pun resepi  biskut dibentuk cam pretzel.....
so akan teruskan misi mencari resepi !!!
untuk n3 ni takde resepi hokey...sbb rasa sekut ni cam biasa2 saja..ala-ala almond london je...tunggu la kot2 ada yg sudi share resepi pretzel cookies yg ori dan  power!