Monday, 6 February 2012

Tasty Little Butter Bun




Assalamualaikum...
ku meroti lagi..ku meroti lagi...di saat kau tinggalkan diriku pergi...tak pernah ada yang menghiasi hariku..

huhu...sambil buat roti..sambil menyanyi...
roti ni lembut..lemak2 manis...buat cumil-cumil..senang nak ngapp!

Tasty Little Butter Bun (I Can Bake-Agnes Chang)

Doh roti manis
400 gm tepung roti
100 gm tepung gandum
1 sdb susu tepung
1 sdt garam
1 sdb yis
100 gm gula kastor
1 telur
220 ml air
75 gm butter/marjerin
  • Campurkan semua bahan kecuali butter dan uli hingga menjadi doh yang tak melekat dan kenyal. Tambahkan butter dan uli lagi hingga doh kenyal dan lembut. 
  • Tutup doh dengan tuala lembap dan letak di tempat yg panas supaya doh cepat naik.



Filling
200 gm butter (dilembutkn dan dicampur dgn 40 gm gula icing)

  • Bahagikan doh kepada 10 gm dan bentukkan bulat. Leperkan doh tersebut dan masukkan sedikit filing dan tutup kembali.
  • Susun dalam tray. Tutup dengan kain lembap dan biarkan doh naik hingga rapat antara satu sama lain. sapukan sedikit kuning telur pada satu arah saja. (utk elakkan permukaan keras)
  • Bakar pada 180 celcius selama 15-20 min.
  • Selepas masak,keluarkan dr oven dan terus sapukan butter untuk kilatkan permukaan roti.








2 comments:

  1. Aslmkum Aishah.laaa ingatkan org baru..hi...bila tengok dapur baru...tak cam pulak...gambar2pun cantik. Roti tu nampak kilat cantik....panas2 sedap mkn gitu...sambil minum teh o.

    ReplyDelete
  2. visit here, welcome to visit us back!!

    ReplyDelete