Monday, 26 March 2012

Green Peas Cookies





Assalamualaikum wbt..
 buat sekut kacang hijau ni semalam..untuk kudap-kudap ..hihihi..camne nk slim..mulut asik exercise jek!
aritu masa musim raya buat gak..tp guna kacang peas yg original..kali ni guna tepung kacang peas ready made..lagi senang..takyah blender-blender..resepi lama dh hilang google resepi baru tersangkut kat dapo Along ..tengkiu Along Roz dan Kak Wan

 Green Peas Cookies
Source: AlongRoz@HomeKreation
Source: Citarasawan
Bilangan: +/- 50biji
BAHAN2:
120g Tepung Kacang Peas
20g Serbuk Santan
180g Tepung Gandum
100g Gula Aising
1/4 st Garam
120ml Minyak Jagung
Utk sapu: 1 biji Kuning Telur + 1 st Air

CARA2:
1. Campurkan kesemua bahan sehingga membentuk adunan.
2. Bulat2kan sebesar guli.
3. Sapu atas biskut dgn kuning telur.
4. Bakar 160C selama 20 minit.
5. Sejukkan & simpan dlm bekas kedap udara.

5 comments:

  1. Salam kak, dr hari raya tahun lepas nak buat biskut ni tp tepung kacang peas takde, nak proses sendirik kacang peas jadi tepung tak reti :D mesti sedap kn kak? termengidam...

    ReplyDelete
  2. wah..mengkukis di luar musim nih...terpikat jadinya..

    ReplyDelete
  3. assalam Ummi
    nk copy ye resepi ni, nanti raya nak bikin sebalang he he

    ReplyDelete
  4. Akak ada beli tepung kacang hijau konon kononnya nak buat kukis ni. Tapi tak terbuat pun....

    ReplyDelete
  5. Salam kak,
    Tepung green peas ready made pun dah ada ek. Macam2 ada bahan baking sekarang. Balik nanti saya pun nk g geledah kedai kek dan baking. hihi
    Ijan

    ReplyDelete