Thursday, 29 March 2012

Kuih Talam Roti Paun


 Assalamualaikum wbt..
tetiba terajin plak nk menalam bila tgk roti paun aka roti benggali dh nak kering dalam plastik.Terus skodeng dapo Kak Azlita....dapat resepi ni...hasilnya sy dapat menikmati kuih talam yang sangat sedap...rasanya agak unik..kombinasi roti,rasa pandan dan kastad yang memang ngamm..
terima kasih kepada Chef Asma dan Kak Azlita Aziz!

TALAM ROTI PAUN
By : Chef Asmah
 
Lapisan Bawah
4  keping roti Butterscotch ~ resepi asal roti putih
3 keping roti Choco Raisin ~ resepi asal roti putih
1 biji telur
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
100 ml santan pekat
125 ml air
1/4 sk vanilla essence


Panaskan kukusan
Sediakan loyang bulat berukuran 8 inc
Oleskan minyak makan pada loyang dan lapik dasar loyang dengan plastik.
Oleskan juga minyak pada plastik.

Roti dipotong kecil atau di carik-carik. Ketepikan
Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisker hinga sebati
Masukkan roti tadi dalam adunan dan rendam roti selama 30 minit atau sehingga roti lembut dan adunan telah meresap kedalam roti.
Tuangkan adunan dalam loyang.
Tutup loyang dengan aluminium foil atau balut tutup kukusan dengan kain (utk mengelakkan air menitis atas kuih
Kukus adunan selama 25 minit
Sementara menunggu adunan masak kita sediakan lapisan tengah



Lapisan tengah

1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api

Apabila lapisan bawah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu
Kemudian tuangkan adunan lapisan tengah
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit lagi.
Sementara menunggu lapisan tengah masak, kita sediakan lapisan atas pula.
Lapisan atas
1/4 cwn tepung kastard
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1/8 sk vanilla essence
2 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau oren ~ tak letak pun takpe


Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api



Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu
Kemudian tuangkan adunan lapisan atas
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30  minit atau sehingga talam masak dengan sempurna
~ Jika tidak tutup permukaan loyang atau tidak balut tutup kukus dengan kain, lap tutup kukus setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata

Setelah kuih masak sejukkan hingga benar-benar sejuk barulah di keluarkan dari loyang
Potong talam dengan menggunakan pisau plastik yang di oleskan dengan sedikit minyak makan, ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik

4 comments:

  1. Salam Kak,
    Aduh, malam2 ni nampak kuih talam lah pulak. hehe... buat perut saya meragam mintak nak makan. sabar sabar... tunggu esok baru makan okay :D :D :D

    ReplyDelete
  2. Salam kak! kita peminat kuih2 talam :D dah lama sgt ni tak buat kuih talam, dulu2 tak suke mkn kuih2 talam ni tp sejak2 dah berjauhan ni semua kuih rasa nak buat hihihi..

    ReplyDelete
  3. slm kenal dari QH...meh jom jemput dtg ke rumah QH pula...

    sedapnya kuih talam tu...mmg sedap sgt la kot..sbb dh ramai jugak yer yg mcubanya kan...QH aje xbuat2 lg...hehehe

    ReplyDelete
  4. Along pun ada pinggan lama tu tapi Along simpan kat kampung.... arwah opah yg punya... terkenang semula... best nya kuih talam ni, dah lama tingin nak buat...

    ReplyDelete